Percutian Keluarga di Swiss Garden Resort And Spa, Kuantan Pahang-Part 1

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, rezeki anak-anak Cuti Deepavali kali ini,kami sekeluarga berpeluang bercuti ke Kuantan dan menginap di Swiss Garden Resort And Spa, Kuantan Pahang.Ini merupakan kali pertama kami bawa anak-anak ke Swiss Garden Resort ini, sebelum ini kami pernah menginap di hotel yang sama di Pulau Pangkor.Jadi kali ini, nak tengok penginapan mana lagi best.hehe.

hotel best di kuantan
Swiss Garden Resort And Spa, Kuantan Pahang. 

Percutian kami bermula pada 29 Oktober hingga 31 Oktober 2016-setakat ini, saya ingat inilah percutian terbaik dan menarik yang pernah kami ikuti berdasarkan lokasi, keselesaan penginapan dan juga kemudahan tempat makanan-yeahh.Alhamdulillah, syukur!

kat ruangan Lobi hotel sebelum check in.Masa ni budak kemetot dah buat hal.
yang bersepah atas meja tu barang-barang dialah tu.haih.

 Pemandangan dari tingkat atas lobi hotel, tak sabar dah ni nak mandi manda kat pool tu.haha.

 Ruang makan di bahagian luar, berhampiran pool, ada juga ruang makan yang lebih privacy di sebelah dalam

 Reading corner pun ada beb..

Di tingkat atas lobi hotel, disediakan seat yang selesa sementara kita tunggu nak check in. Seat ini menghubungkan pemandangan pantai dan sekitar kolam yang indah dan bersih.

 Kakak Receiptionist yang cun, sedang uruskan pendataran penginapan kami:)

Rutin biasa kalau nak check in hotel kan.Kad yang biru tu towel card utk mandi kolam dan resit kuning tu untuk breakfast second day dan juga fliers untuk password wifi.yess.jimat data I you:)

Jika anda baru pertama kali plan nak pi Swiss Garden Resort ni, kat situ dia tunjuk dah siap-siap time check in and check out.

Rezeki anak-anak juga sebab bilik penginapan kami terletak dekat level G, jadi depa senang nak pi main dan mandi kat pool dan juga pantai.Mak dengan bapak pon lagilah suka kann, dari balcony bilik dah boleh nampak depa kat pool.kira sepelaung je gitu.haha.Dasar nak bercuti sangat lah kononnya kan.

 Bilik penginapan kami, nampak selesa.

 Budak kemetot dah rasmikan nampaknya..hihi

kemudahan heater, televisyen, wifi dan mini fridge bagi memudahkan pengunjung berehat dalam bilik 

 Haa, kan dah kata tadi bilik kami dekat dengan pool, ni pemandangan dari balcony bilik kami

Bilik air siap dengan kelengkapan mandian. 

Bath tab yang akan buat budak kemetot mandi lama dalam bilik air..

 orait, semua dah selamat rasmikan pool-yay!

 sakan budak-budak ni mandi kolam, macam tak mandi setahun gamaknya

 ok, mak budak pon sama naik nampaknya mandi kat pool tu..

budak kemetot paling happy kat sini..budak mana tak suka main air kann..

Banyak juga kemudahan yang disediakan kepada pengunjung kat Swiss Garden Resort ni seperti Spa, Game Centre, Gym, cafe, ballroom untuk sebarang majlis, court tenis dan bola tampar.Pendek kata, untuk mendapatkan percutian yang santai dan selesa khasnya kalau anda nak rehatkan dan manjakan diri, memang resort ni tak mengecewakanlah.InshaAllah:)

Saya sukakan pantai di sebelah belakang resort ni yang landai, bersih dan anak-anak pun puas nak main pasir sambil mandi pantai.Ikut koranglah nak mandi dan main pasir lama mana, sampai hangus kulit muka pon boleh..hahha..tinggal ko sanggup dengan tak je!

 Pagi second day, bawak anak-anak mandi kat pantai pulak.Best!

swimming suit dengan pilihan warna biru hitam ni nampak sangat assobiyahnya kan.Si Ayah kalau dah suka biru, kalau boleh semua benda nak biru..huh! 

part paling depa suka, main pasir dan mandi pantai puas-puas

 Pemandangan Swiss Garden Resort dari sudut sebelah pantai

Pemandangan dari pool resort 

Pemandangan pantai yang luas, indah dan nyaman
kalau nak honeymoon kat sini pun very recommended!

Orait, part 1 percutian kami sekeluarga sampai sini dulu.Part 2 nanti saya kongsi pulak tempat makan murah dan sedap di Kuantan.Thanks for reading this entry!

Sampai jumpa lagi..:)

Post a Comment

1 Comments

  1. SIS...nk tnye...sis duduk 1 bilik ye.....ke 2 bilik??
    breakfast 1 kepala berapa rm

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!