Tudung Sekolah Murah Beli di Online Shop Tudung Si Comel

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Tudung Sekolah Murah Beli di Online Shop Tudung Si Comel- Kalau ikutkan dah banyak kali juga saya singgah di Online shop Tudung Si Comel ni.Selain banyak pilihan tudung sekolah untuk anak-anak, online shop ni juga berikan kita pilihan harga yang sangat berpatutan dengan kualiti kain.Memang tak jumpa kat tempat lainlah!

Kadang-kadang budak zaman sekarang ni, nama je umur kecik lagi kan, tapi bab melawa tu bukan main lagi.haha.Tengok kat sekolah saya macam tu lah juga.Al maklumlah, sekolah saya ni pompuan semua budaknya, kalau sekolah buat program yang bagi chance depa pakai baju raya atau baju tradisional, cikgu-cikgu pon hilang glamer.Depa pakat melaram semua.

Samalah dengan bab pakai tudung sekolah.Tak nak dah pakai tudung yang dua lapis tu.Susah pun ya dok? Kalau budak darjah satu yang saya ajar tu, ada jugak yang pakai tudung dua lapis, karang time nak buat kerja sekolah, mula lah tudung tu senget benget.kihkih.

Tu belum lagi bila bukak tudung tak reti nak pilih mana yang sebelah luar, mana yang sebelah dalam.Haru beb!Kalau anda mak-mak budak yang ada anak nak masuk darjah satu, dan nak latih anak tu bertudung, carilah tudung sekolah yang sarung dan siap-siap ada awning lembut.

Senang depa nak pakai dan selesa pun selesa.Orait, cakap pasal tudung sekolah yang selesa, kain yang lembut dan ada awning lembut siap-siap, tak sah kalau saya tak recommended online shop ni.Memang terbaik.

Meh say kongsikan pic tudung sekolah selesa dengan harga mampu kita nak membayarnya.Kedai online ni bukak 24 jam beb.Boleh pilih banyak jenis colour juga.Manalah tahu, anak anda bakal pengawas sekolah ke,librarian ke atau ahli pengakap atau puteri Islam ke kann.

ha, kan dah kata.manisnya hadoi adik berdua ni bila pakai tudung sekolah warna putih dengan awning lembut.Mesti anak anda pun akan manis macam tu kan bila pakai tudung awning lembut ni.

Tudung sekolah pink ni untuk anak-anak yang masuk unit uniform Puteri Islam,
bolehlah pilih yang jenis macam ni,nampak lebih kemas dan berkeyakinan kan.

Tudung sekolah biru gelap dan biru light ni biasanya dipakai oleh pengawas sekolah.warna mungkin ada sedikit perbezaan kerana faktor pencahayaan.

Pengakap kat sekolah pulak boleh pakai tudung sekolah yang warna kelabu ni.Biasanya budak-budak ni akan pakai sekali dengan uniform pengakap dia oranglah kan.

Kalau jadi Librarian sekolah, tudung sekolah hijau ni biasanya menjadi pilihan.
Dipadankan dengan baju kurung hijau dan kain biru gelap.

Sebenarnya banyak lagi pilihan tudung sekolah yang ada kat online shop ni.Ikut anda nak pilih warna apa, mengikut keperluan.Satu lagi, kalau cakap bab harga, memang tak boleh lawan kat tempat lain.Tak sampai RM20 pun untuk sepasang tudung sekolah dengan kain yang lembut, selesa dan awning yang lembut.

Orait, kalau anda suka dengan tudung sekolah yang saya kongsikan ini, boleh tengok sendiri tudung-tudung ni dengan klik pic kat bawah ya!

tudung sekolah awning lembut istimewa - 1

Thanks reading this entry, dan boleh juga shopping banyak lagi tudung yang murah untuk anak-anak anda.:)

Post a Comment

0 Comments