Cara Mohon MRSM Ulul Albab di Semenanjung Malaysia

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Panduan Mohon MRSM Ulul Albab di Semenanjung Malaysia-Saya kongsikan panduan ini sebagai sedikit informasi kepada kalangan ibu bapa yang ingin menghantar anak ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan memilih program Ulul Albab yang ditawarkan.


Setakat yang kami maklum sehingga tahun 2016 ini, terdapat hanya empat buah MRSM yang menawarkan Program Ulul Albab iaitu :
1. MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan
2. MRSM Sungai Besar, Selangor
3.MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang
4. MRSM Kota Putra, Terengganu

Permohonan online ke MRSM Ulul Albab

Kebetualan anak sulung saya baru sahaja menduduki UPSR Tahun 2016 dan kami berhasrat untuk menghantar anak kami ke MRSM yang ada menawarkan program Ulul Albab ini.Jadi, sambil saya melayari internet mengumpul maklumat tentang MRSM Ulul Albab ni, lebih seronok kalau saya kongsikan terus dalam blog.


Sebelum tu, al maklumlah saya dan Encik Suami ni, nama je hantar anak ke sekolah aliran agama di Gombak, tapi kami memang buta huruf bab Bahasa Arab ni.hahaha.Jadi, saya usahakan mencari apakah maksud Ulul Albab yang dok MRSM ni tawarkan.

Apakah Maksud Ulul Albab?

Ulul Albab bermaksud satu golongan yang mempunyai asas yang kukuh dalam Al-Quran, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian tuhan melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya.Objektif utama pelaksanaan Program Ulul Albab adalah untuk melahirkan genarasi Ulul Albab yang bercirikan 3 komponen iaitu:

QURANIK
Hafiz 30 juzu’ Al Quran serta memahami berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar.
Dilakukan bermula dari jam 7.40 -9.00 pagi dan 2.00-2.40 petang secara formalnya dan antara waktu maghrib hingga isyak untuk kelas tambahan.
Sasaran hafazan ialah 30 juzu’ al-Quran selama 3 tahun ( Tingkatan 1- 3).

ENSIKLOPEDIK
  • Berpengetahuan dan kemahiran tinggi, menjadi tempat rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.
  • Kelas Bahasa Jepun, Mandarin akan diadakan.
  • Kemudahan ICT yang lengkap dan terkini.
IJTIHADIK
  • Berkeupayaan memberikan memberikan pandangan dalam penyelesaian umat, memaksimakan keupayaan otak dan minda, berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi.
  • Mempunyai kelab-kelab berteknologi tinggi seperti avionik, robotik dan solar.
  • Aktiviti kokurikulum konvensional bagi memantapkan sahsiah dan perkembangan minda dan fizikal para pelajar.
Panduan Mohon MRSM Ulul Albab di Semenanjung Malaysia
Pada tahun 2016, permohonan kemasukan ke MRSM bagi pengambilan pelajar ke tingkatan 1 tahun 2017 adalah melalui online. Permohonan online ini telah dibuka mulai 13 September 2016 sehingga 21 September 2016. 

"-Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka sistem aplikasi secara atas talian (online) untuk Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) pengambilan pelajar baharu bagi tahun 2017 kepada calon atau pelajar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Permohonan tersebut adalah dialu-alukan kepada pelajar tahun enam yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2016."

Ini adalah contoh iklan yang disiarkan oleh bahagian Pendidikan Menengah MARA.Semasa saya menaip post ini, sudah dua hari permohonan online ini dibuka kepada umum, khasnya kepada murid-murid tahun 6 yang telah menduduki UPSR tahun 2016.


Log masuk untuk menjawab OSA

Cara Daftar dan Isi Maklumat Peribadi
Bagi saya, permohonan online pada tahun ini kelihatannya sangat mudah jika dibandingkan dengan permohonan tahun-tahun sebelum ini yang memerlukan ibu bapa mendapatkan pin number di Bank Simpanan Nasional dan tentunya perubahan ini mengembirakan banyak pihak.Insha Allah.

Selain mengisi maklumat pemohon dalam talian,  maklumat ibu bapa juga diperlukan dalam permohonan tersebut.Pemohon juga diminta menjawab soalan Online Self Assessment (OSA) dalam masa yang ditetapkan.Soalan OSA ini merangkumi 50 soalan berkaitan keperibadian dan 30 soalan Bahasa Inggeris.

Cabaran jawab soalan online ini pastinya masalah talian atau coverage yang kadangkala kurang memuaskan.Tambah-tambah pada masa sama, pada awal permohonan semua pemohon satu Malaysia akan jawab soalan OSA ni.Tapi selepas result UPSR diumumkan, ada kalangan rakan ibu bapa yang beritahu, MRSM masih membuka peluang menjawab OSA dengan kaedah yang lebih teratur iaitu menetapkan masa menjawab bagi setiap pemohon.Kita yang akan pilih nak jawab pada tarikh  dan masa bila ( berdasarkan pilihan masa yang diberi).



Tawaran Ujian Kemasukkan Kecenderungan KE MRSM (UKKM)
Pada tahun ini, kami ibu bapa mendapat makluman tawaran UKKM ini melalui email yang ibu bapa berikan semasa membuat permohonan online. Dalam makluman tawaran ini, pemohon dibenarkan membuat pilihan lokasi MRSM untuk menjalani UKKM.


Contoh email yang diterima oleh ibu bapa pemohon MRSM Ulul Albab

Oleh kerana permohonan ini adalah melibatkan MRSM Ulul Albab, maka para pemohon telah diminta untuk menghafaz surah dari Al Quran. Ini merupakan antara syarat wajib apabila anak anda memohon MRSM Ulul Albab.Pada tahun ini, pihak MRSM Ulul Albab telah menetapkan hafazan surah Al Mulk ayat 1 hingga 12.

Ini merupakan kesempatan baik bagi para pemohon kerana surah untuk hafazan sudah diberitahu terlebih awal.Cuma pastikan anak-anak anda juga menghafaz dengan bacaan tajwid yang betul dan lancar.

Ujian ini diadakan pada minggu pertama bulan Disember.Jadi kepada ibu bapa yang terlibat, harus merancang cuti kerja anda kerana Ujian UKKM ini diadakan pada hari bekerja. Memandangkan permohonan yang ramai, ketika kami menghadiri ujian ini, rupanya pihak pengurusan di MRSM Sungai Besar telah membuat beberapa sesi pendaftaran dari pukul 8.00 pagi, 9.30, 12.30 tengahari dan 2.00 petang.

Pada masa pemilihan lokasi MRSM untuk menjalani UKKM, automatik tarikh dan masa ujian ini akan diberikan.Pada masa permohonan ini anak saya mendapat sesi pendaftaran ujian pada jam 2.00 petang dan hanya selesai semuanya pada jam hampir 5.00 petang. 

Penyediaan Sijil dan Dokumen Sebelum UKKM
Berkenaan sijil dan dokumen lain yang diperlukan semasa menghadiri UKKM ini ialah seperti berikut :
  • Surat tawaran menghadiri UKKM ( print dari website )
  • Borang permohonan online ( print dari website )
  • Penyata gaji bapa yang terkini
  • penyata gaji ibu yang terkini ( jika bekerja )
  • sijil ko kurikulum murid ( termasuk slip UPSR )
  • Kad pengenalan pemohon

Dokumen ini hendaklah disahkan oleh pengetua, Guru Besar atau pegawai yang layak yang ada disebutkan dalam surat tawaran.Nasihat saya, ketika menghadiri UKKM ni, bawa juga dokumen atau sijil yang asal.Manalah tahu, ada dokumen atau Sijil yang kita tertinggal semasa membuat salinan.

Simpan semua sijil dan dokumen yang perlu diserahkan semasa membuat pendaftaran nanti dalam sampul surat saiz a4 atau kalau banyak sijil, sampul yang lebih besar.Boleh juga
guna fail atau plastik saiz A4 berwarna jernih supaya apabila kita menyerahkan dokumen tersebut, semuanya sudah tersedia dengan lengkap dan sempurna.Susun juga sijil dan dokumen mengikut urutan seperti yang diminta.

Boleh baca post ini untuk dapatkan info dan tips temuduga MRSM Ulul Albab :Pengalaman Temuduga MRSM Ulul Albab di Sungai Besar-

Orait, saya harap sedikit sebanyak perkongsian ini dapat beri gambaran awal kepada para pemohon dan ibu bapa yang ingin memilih MRSM Ulul Albab sebagi salah satu institusi pendidikan alam menengah.Jika ada kekurangan dan kelemahan penyampaian dan perkongsian maklumat ini, saya mohon maaf kerana itu semua adalah atas kekurangan saya sendiri.

Terima kasih sudi baca post ini dan semoga urusan anda semua dipermudahkan hendaknya!

Post a Comment

22 Comments

  1. syarat dia asalkan hafal quran je eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara syarat yg diminta ialah hafaz surah tertentu sebelum temuduga. Ada juga syarat lain antaranya result upsr yang baik dan keterlibatan dlm akt koku sekolah.

      Delete
  2. Alhamdulillah..terima kasih di atas info yg diberi..Semoga ALLAH SWT mempermudahkan jg urusan cikgu..Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis☺️terima kasih singgah blog ini utk dapatkan info ttg mrsm ulul albab..

      Delete
  3. As Salam Cik Matahariku. Terima kasih atas info mengenai mrsm ulul albab. Buat pelajar lepasan PT3 untuk ke MRSM Ulul Albab berpeluang ke agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam puan, terima kasih singgah blog ini:)Berdasarkan syarat umum kelayakan kemasukan ke tingkatan 4 ke MRSM, yang saya perolehi dari portal mara, pelajar lepasan pt3 pada tahun lepas hanya ditawarkan mengikuti kursus atau aliran tertentu untuk menyambung pembelajaran di MRSM contohnya sains keusahawanan atau teknikal.Namun, jika puan ingin mendapatkan penjelasan lanjut, boleh sahaja ke laman sesawang Portal rasmi Majlis Amanah Rakyat, terima kasih:)

      Delete
  4. waalaikumusalam puan, terima kasih singgah blog ini:)Berdasarkan syarat umum kelayakan kemasukan ke tingkatan 4 ke MRSM, yang saya perolehi dari portal mara, pelajar lepasan pt3 pada tahun lepas hanya ditawarkan mengikuti kursus atau aliran tertentu untuk menyambung pembelajaran di MRSM contohnya sains keusahawanan atau teknikal.Namun, jika puan ingin mendapatkan penjelasan lanjut, boleh sahaja ke laman sesawang Portal rasmi Majlis Amanah Rakyat, terima kasih:)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Boleh saya tanya, sekiranya sudah tempah slot, boleh ke kalau nak buat pertukaran atau tidak?

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam puan, jika mahu tukar slot ujian, sy cadangkn puan hubungi terus pejabat mara bagi mndptkn kepastian ya, tq☺️

      Delete
  6. Assalamualaikum, MRSM ULUL ALBAB hanya membuka tawaran kemasukan ke tingkatan satu sahaja atau tingkatan 4 sekali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam puan, kl ikut pemahaman sy, program ulul albab hnya ditawarkn kpd mrd tingkatan 1 shja.

      Delete
  7. Assalamualaikum puan..Izinkan saya bertanya .. bolehkah mrsm ulul albab ni anak masuk masa form 4? Selepas pt3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam puan, berdasarkan maklumat yang saya perolehi dari MARA, syarat pengambilan atau kelayakan murid ke MRSM Ulul Albab adalah seperti berikut :

      PENGAMBILAN PELAJAR
      Syarat kemasukan ke MRSM Ulul Albab mesti mendapat 5A dalam UPSR, Penilaian dan pemilihan calon akan dibuat melalui temuduga. Perkara yang akan diuji semasa temuduga
      adalah seperti berikut:
      8.1 Kebolehan membaca
      al-Quran
      8.2 Keupayaan menghafaz
      al-Quran
      8.3 Kemahiran jawi
      8.4 Keupayaan berkomunikasi ( Bahasa Melayu &
      Bahasa Inggeris)
      8.5 Ujian Sikap, Sains dan Metematik

      Delete
  8. Trime kaseh ats info nya ya puan..

    ReplyDelete
  9. As Salam,
    Terima kasih atas info yg dikongsikan, saya telah pun selesai menghantar permohonan anak untuk sesi 2020 pengajian ulul alban ni.
    Disini saya ingin bertanya.. sekiranya tamat pengajian dari MRSM.. kemanakah haluan seterusnya bagi mereka menyambung pelajaran..
    Harap pun dapat memberikan sedikit panduan.
    Terima kasih atas masa membaca komen saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun nak tanya soalan yang sama. kemanakah haluan seterusnya bagi mereka menyambung pelajaran bidang ulul albab ni?

      Delete
    2. terima kasih bertanya puan, kalau mengikut pemahaman saya, pelajar yang mengikuti aliran agama contohnya seperti lepasan sekolah ulul Albab ini, peluang mereka memohon atau memasuki mana-mana univ sama seperti pelajar lepasan lain kerana mereka juga mengambil SPM dengan subjek yang sama rakan lain cuma bezanya mereka ada silibus khas berkaitan penagajian tahfiz yang perlu diselesaikan apabila tamat tingkatan 5 di sekolah tersebut.Malah bagi saya secara peribadi, mereka ini lebih istimewa kerana boleh memohon mana-mana kursus termasuk aliran agama kerana mereka mempunyai kelebihan belajar bahasa arab dan hafaz Quran.Kalau mereka meminati bidang kejuruteraan atau perubatan sekalipun, lebih hebat lagi kerana hujungnya nanti mereka adalah bakal doktor atau jurutera yang haffaz Quran:)semoga penjelasan ini memberi sedikit pencerahan kepada ibu bapa yang berminat mengahantar anak ke sekolah Ulul Albab.

      Delete
  10. Assalamualaikum, saya nk bertanya, adakah MRSM Ulul Albab menerima kemasukan pelajar baru ke tingkatan 4 ? Anak saya mmg dari sekolah tahfiz & bercadang nk sambung di MRSM Ulul Albab. Bagaimana cara memohon? Saya dh isi borang online tapi masa pilih aliran tu tk tau nk klik mana? Yg ada cuma Program Biliran & Program Premier. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslm puan, setakat pengetahuan saya, mrsm ada menawarkan kemasukan ke tingkatan 4, tetapi saya tidak pasti jika mrsm Ulul Albab pun ada menawarkan peluang yang sama.Saya cadangkan puan rujuk terus ke bahagian pendidikan Mara.Terima kasih.

      Delete
  11. Boleh ke mohon mrsm biasa dan mrsm ulul albab sekaligus? Incase ulul albab tak lepas

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!