Thursday, March 09, 2017

Impian Miliki Rumah Kedua Jadi Kenyataan

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Cukup dua tahun kami menunggu, baru-baru ni saya dan Encik Suami telah selesai urusan mengambil kunci rumah baru kami.Alhamdulillah:).Kalau anda rajin tengok-tenngok post saya sebelum ini, memiliki rumah kedua ini adalah impian kami pada tahun 2015, dan telah dapat kami miliki menjelang Februari 2017.

Ingat lagi masa plan nak beli rumah tu, banyak jugak cabaran yang kami hadapi.Ketika itu berbelah bagi sama ada nak beli tanah lot atau beli rumah dah siap. Sampai satu tahap, Encik Suami hampir nak beli rumah second yang orang nak jual.Sesungguhnya, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kami .Akhirnya, Encik Suami jumpa satu iklan di mudah.my.

Harga rumah tu antara mampu milik dan mampu tengok je mulanya.haha.Akhirnya kami buat keputusan untuk datang sendiri dan tengok rumah yang katanya sedang dalam fasa pembinaan.Yeahh. Kini, Allah rezekikan kami untuk miliki rumah double storey dengan empat bilik tidur, tiga bilik air dan keluasan rumah 22 x 75 sq,  dan juga dalam lokasi yang seperti kami inginkan.

Bandar Springhill di Port Disckson, lokasi yang menjadi pilihan kami sekeluarga
untuk menetap selepas ini.Insha Allah.

anak beranak kami angkut time nak pi ambik kunci rumah baru.
excited bebenor ni.kehkeh.

Dalam tempoh mula membeli rumah kedua ini, ada beberapa hal yang kami hadapi. Sebagai kakitangan awam, memang saya dapat kemudahan pinjaman untuk membeli rumah.Jadi, saya manfaatkan kemudahan ini. Pinjaman perumahan saya ini hanya lulus sekitar 80 peratus sahaja.Pada peringkat awal, kami tersalah merujuk gred gaji saya, dan membuat pinjaman perumahan  sebanyak RM400,000.

Selepas permohonan, rupanya saya hanya layak memohon sehingga RM 380 00O sahaja.Masa tu pulak, dah suka sangat dengan rumah dan lokasi yang kami dapat, kami teruskan juga pembelian rumah ini dan harus pula membayar wang beza sekitar RM20,000.

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami, dalam tempoh dua tahun, rumah yang kami tunggu pun siap pembinaannya.Antara perkara menarik mengenai rumah kedua kami ini ialah, ia seperti kebetulan tetapi kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Sebenarnya, sebelum kami buka mulut kepada keluarga tentang hasrat kami untuk membeli rumah kedua di Port Dickson, Abang sulung saya lebih dahulu bertanya sama ada saya sudah rancang untuk beli rumah dengan kemudahan dari kerajaan. Abang Long saya ni, nama je kerja Lecturer, tapi minatnya terhadap pelaburan hartanah sangat hebat,dia berkongsi minat dengan suami saya.

Lalu, Abang Long saya mula bercerita tentang sebuah lokasi yang sering dilaluinya tiap kali menghantar anak sulungnya di Uitm Seremban.Abang Long saya pernah tedetik dalam hatinya, untuk mencadangkan supaya kami membeli rumah di kawasan tesebut.

Yang surprisenya, rumah yang Abang Long saya maksudkan itu, adalah area rumah yang sama yang sedang kami usahakan untuk membelinya pada masa itu.Subhanallah!Dan sekarang, alhamdulillah, rumah itu sudah dapat kami miliki dan Insha Allah bakal kami diami tidak lama lagi:)

 Bersama Evelyn, lawyer yang uruskan hal pengambilan kunci rumah 

Masa ni kami perlu selesaikan bayaran deposit air dan api dan juga bayaran 
lewat proses permohonan  pinjaman perumahan pada peringkat awal dahulu.
Jumlah bayaran sekitar RM2000 +- ( selepas dapat pengurangan)

 Perjalanan ke rumah baru. Satu lagi yang kami suka tentang rumah ini ialah lokasinya yang dekat dengan masjid. Antara ciri-ciri lokasi rumah yang saya dan Encik Suami impikan:)

 Konon-konon baru first time nak buka pintu rumah, padahal dah banyak kali jugak kami singgah sini time otw balik ke kampung di Johor atau balik ke Kuala Lumpur.kehkeh.
oklah, bagi chance kat mama...

Seronok budak-budak ni dapat tengok rumah baru.At least, impian nak duduk rumah landed bersama anak-anak dapat kami penuhi, Insha Allah.

 Ini pemandangan sebelah dalam rumah, masa ni kami tengok rumah di area tempat kami yang sedang dalam renovation.

 menarik jugak kalau dapat buat ruang tamu dengan lighting macam ni kann..
duitnya pun menarik jugak ni..mueheheh...

ruang tangga untuk ke tingkat atas

 bahagian wet kitchen


 bahagian dry kitchen

view belakang rumah

Orait, kita balik dulu.Lain kali kita singgah lagi.
semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga untuk menetap di sini.aamin.


Ini pula cerita kami buat minor renovation untuk rumah kedua ini : Rumah Kedua Siap Buat Minor Renovation-

Kepada readers, jika anda kakitangan awam dan belum lagi menggunakan kemudahan peminjaman yang disediakan bagi pembelian rumah, saya nasihatkan mulalah berfikir untuk memiliki rumah sendiri. Jangan ambil masa terlalu lama, sehingga usia sudah 30-an tetapi masih belum memiliki rumah sendiri.Ia akan melibatkan urusan tempoh bayaran balik pinjaman dan banyak lagi.

Kita perlu rancang dan gunakan kemudahan yang disediakan kepada hal-hal yang dapat menambah baik kehidupan dan kewangan keluarga.Saya pula sangat bersyukur dan berterima kasih kerana suami saya seorang yang menyukai pelaburan hartanah dan bijak mengurus kewangan keluarga.

Pada usia kami pertengahan 30an lagi, kami sudah dapat merealisasikan banyak perancangan dan impian kami.Dalam senyap-senyap juga, suami sudah membeli rumah ketiga yang terletak di Cyberjaya sebagai salah satu aset pelaburan dan rancangan mengukuhkan kewangan keluarga. 

Jika anda tidak punya ilmu berkaitan hal pembelian rumah atau pengurusan kewangan, usahakan mencari dan mengumpul maklumat dan info yang tersedia dalam banyak laman web yang berkaitan.Ya, usaha mendapatkan ilmu dan belajar memahami ilmu yang diketahui sangat mudah dan penting.

Dalam zaman teknologi maklumat seperti ini, kemudahan mendapatkan pelbagai ilmu sebenarnya hanya dihujung jari sahaja!Usahakan sekarang, anda pasti beroleh hasilnya:)

Thanks, reading this entry !
Mohon doakan urusan pertukaran perkhidmatan saya ke Negeri Sembilan diluluskan dan dipermudahkan ya.:)

Boleh baca post ini mengenai permohonan pertukaran saya yang sudah diluluskan : Permohonan eg Tukar Guru Saya Sudah Berjaya

RANDOM POST :

2 comments:

  1. Tahniah ye MK.... Dapat bayangkanlah macamana seronoknya dapat miliki rumah baru. Betul sangat tu. Alang alang dapat kemudahan gunakanlah sepenuhnya kan.....

    Rumah sekarang tak de yg murah ye MK....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih singgah blog saya:)rumah sekarang kalau di bandar besar atau bandar baru, semuanya dah start dengan 400k-600k..itu ikut keluasanlah dan jenis rumah..huhu..kalau fikir kemampuan, memang macam tak mampu, tapi kalau sesiapa yang tahu selok belok pengurusan hartanah, ada caranya..Insha Allah, boleh diusahakan..:)

      Delete

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)