Monday, May 01, 2017

Kuih Kapit Crunchy JDT Produk Laris Musim Raya 2017

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Kuih Kapit Crunchy JDT Produk Laris Musim Raya 2017-Alhamdulillah.Tahun kedua, pada tahun ini, kami melibatkan diri sepenuhnya dalam perniagaan #kuihkapitcrunchyJDT-Sangat bersyukur pada Allah SWT kerana dengan kehendak dan izinNya, produk yang kami pilih untuk memulakan perniagaan buat kali pertama ini sangat laris dan mudah jual.

Kuih Kapit Crunchy JDT-Produk laris, wajib jual pada musim perayaan

Paling mengujakan, bila tiba musim perayaan, kuih kapit ini mendapat sambutan di luar jangkaan.Berdasarkan pengalaman inilah, pada tahun ini, kami terus melangkah ke hadapan dengan positif dan menawarkan peluang yang lebih luas kepada sesiapa sahaja yang mahu buat part time atau memulakan perniagaan sebagai Agen Jualan Kuih Kapit Crunchy JDT.

Pembekal Utama Kuih Kapit Crunchy JDT di Lembah Klang
Kami bukan sahaja menjual runcit kuih kapit crunchy ini, tetapi pada tahun ini kami maju lagi setapak sebagai pembekal kuih kapit crunchy JDT bagi area Lembah Klang. Selain mendapat bekalan mencukupi sepanjang tahun, bekalan kuih kapit kami juga boleh di perolehi di Bukit Gambir, Muar, Johor dan juga di Selayang, Batu Caves, Selangor.

Bekalan kuih kapit crunchy JDT yang mencukupi untuk musim perayaan 

Tawaran harga borong kuih kapit kami antara yang terendah di area Lembah Klang

Ini bagi memberi kemudahan kepada para pelanggan kami yang tinggal di lokasi berhampiran untuk mengambil sendiri bekalan kuih kapit atau kami buat penghantaran dengan caj tambahan mengikut lokasi pelanggan kami.

Kelebihan Produk Kuih Kapit Dengan Jenama Kuih Kapit Crunchy JDT
Kami pernah berkongsi cerita dalam post sebelum ini : Kuih Kapit Crunchy Inti Coklat dan Peanut Butter Yang Sedap- bahawa asalnya dahulu sebelum kami mula menjual kuih kapit berinti atau berperisa ini, kami telah dipelawa untuk merasai kuih kapit ini oleh bapa saudara yang juga pembekal kuih-kuih tradisional.

Rasa inti peanut butter yang pasti tidak dapat dilupakan kepada anda yang sudah mencuba kuih kapit crunchy JDT :) 

 Packaging yang sangat kemas dengan susunan kepingan kuih kapit yang memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya

filling atau inti tebal yang sangat digemari oleh ramai pelanggan kami

Jadi, secara peribadi, kami kenal sangat dan tahu produk ini dari segi rasa dan kualiti inti coklat dan peanut yang digunakan.Pendek kata, kami makan dan kami jual produk ini.

10 Kebaikan & Keistimewaan Kuih Kapit Crunchy JDT Yang Anda WAJIB TAHU
  1. Menggunakan inti coklat dan peanut butter dari gred yang berkualiti
  2. Disediakan dengan cara dibakar supaya tidak berbau tengik dan berminyak
  3. Kepingan kuih kapit yang rangup tetapi tidak mudah hancur
  4. Harga yang lebih rendah daripada harga pasaran dengan kandungan antara 36-38 kepingan kuih kapit bagi satu balang
  5. Packaging yang menarik, smart dan bergaya yang membuat pelanggan tertawan pada saat kali pertama melihatnya:)
  6. Produk dikeluarkan oleh usahawan bumiputera Muslim dari Johor.
  7. Satu-satunya produk kuih kapit yang menjadi perintis kepada filling coklat dan peanut yang tebal dan melimpah dari luar.
  8. Menawarkan 3 jenis harga borong yang kompetetif kepada sesiapa yang mahu menjadi Agen Jualan kuih kapit Crunchy JDT.
  9. Merupakan produk yang sangat mudah jual dan untung yang lumayan
  10. Antara kerja part time yang paling diminati kerana sangat laris, mudah jual, modal fleksibel dan pakej produk yang premium.
Gambaran sebenar kuih kapit crunchy JDT dengan inti coklat yang hebat

kuih kapit crunchy JDT dengan inti peanut butter yang memikat

Cabaran dan Persaingan Perniagaan Kuih Kapit Berperisa
Kami pernah ditanya oleh seorang Agen Jualan kami yang baru sahaja mahu memulakan bisnes part time dengan menjual kuih kapit.Katanya begini :
Pada akak dan Abanglah kan, ok ke jual kuih kapit ni.? Pasaran kuih kapit ni macam mana? Saya pun baru jugak kenal produk ni.Tapi saya tengok, sambutannya macam ok je..
Terus terang kami beritahu, sebenarnya kalau Adik Google kat internet, ramai peniaga yang menjual kuih kapit ni.Macam-macam nama kuih kapit ada.Kat area Lembah Klang saja, banyak tempat juga yang membekalkan atau mengeluarkan kuih kapit ni.Tapi masa kami  mula buat online marketing, kebanyakan kuih kapit berinti yang dijual ialah kuih kapit yang bentuknya nipis dan intinya juga sedikit.
Tapi selepas kami kenal dengan kuih kapit yang inti tebal ni, dan kami sendiri dah cuba sendiri rasanya, kami terus yakin yang produk ini, yang dikeluarkan di Muar Johor ini memang boleh pergi jauh.
Bayangkan, harga runcit kami jual hanya RM22 sebalang, tetapi pada tahun ini, harga kuih kapit jenis berinti tebal, dengan balang saiz medium yang boleh memuatkan antara 36-38 pcs ini sudah mula dijual dengan harga dari RM28- RM35 sebalang! 
Saya pun tengok jugak, kuih kapit yang akak dan abang punya ni, packaging dia memang smart, dengan inti tebalnya, rasa coklat dan peanutnya pun memang kita tahu dari gred yang bagus.Alhamdulillah.Rezeki saya dapat jumpa Akak dan Abang..Dapat pulak harga borong yang ok sangat ni..hehheeh.. 
Akhirnya Rasa dan Kualiti Produk Juga Yang Menjadi Pilihan Pelanggan 
Kami sangat positif bahawa apabila kami menceburi perniagaan jualan berasaskan makanan, maka yang menjadi keutamaan pelanggan kami ialah rasa dan kualiti produk itu sendiri.Memang kami akur bahawa taste atau citarasa setiap orang berbeza, cuma yang dapat kami katakan, mana-mana pelanggan yang sudah membeli dari kami, mereka tahu produk kuih kapit kami nyata lebih enak, dari segi rasa intinya, tidak berminyak dan kerangupan yang tersendiri iaitu rangup tetapi tidak terlalu rapuh.

Jadi, sebagai pembekal kuih kapit crunchy JDT, kami ingin anda tahu bahawa kami menjual produk premium yang boleh dianggap sebagai TRUSTED BRAND, dari segi rasa, kualiti dan juga HARGA!

Penghantaran stock ke lokasi pelanggan

Penghantaran sehingga ke pintu rumah dengan caj penghantaran yang berpatutan:)

Trusted Brand-Kuih kapit crunchy JDT

Produk mudah jual dan untung lumayan

CARA HUBUNGI KAMI
Segala informasi berkaitan produk hot kami ini boleh di dapati di fanpage kami di sini : 

Boleh juga terus hubungi kami di sini :


Terima Kasih baca artikel dan review kami tentang produk hot dan paling laris #kuihkapitcrunchyJDT.Boleh kongsikan artikel ini bagi membantu rakan-arakan atau saudara mara anda yang sedang mencari-cari produk untuk buat part time dan jualan pada musim perayaan.

Jika anda sedang mencari maklumat dan mahu dapatkan info tepat tentang #kuihkapitcrunchyJDT kami, kami sarankan anda baca review-review di bawah ini :
Semoga Allah SWT memudahkan semua urusan kita, semoga apa sahaja yang sedang kita usahakan, marilah kita laksanakan dengan penuh tanggungjawab, ikhlas dan amanah, Insha Allah limpahan rezeki dariNya tidak akan pernah berhenti untuk KITA semua:)aamiin.

PENGUMUMAN :
Mulai Mei 2017, kami telah menaikkan harga retail bagi kuih kapit crunchy JDT kami memandangkan kenaikan kos harga borong yang telah ditetapkan oleh pengilang. Harga baru kami ialah RM23 sebalang dengan kuantiti 36-38 pcs.Boleh rujuk Page #kuihkapitcrunchyJDT untuk info lanjut. 

SILA KLIK PAGE KUIH KAPIT CRUNCHY JDT UNTUK MENDAPATKAN INFO TERKINI TENTANG HARGA BARU KAMI-


RANDOM POST :

2 comments:

  1. Memang melimpah nampaknya inti kuih kapit tu...

    ReplyDelete
  2. yup sis, terima kasih singgah blog ini, untuk makluman kami sudah naikkan harga kuih kapit kepada rm23 sebalang mulai 15 Mei 2017, kalau berminat nak order sis boleh wassap 012 7878386 utk fast respon:) terima kasih.

    ReplyDelete

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)