Friday, June 02, 2017

Rahsia Kuih Kapit Crunchy JDT Inti Overload Dan Meleleh Laris Di Pasaran

Dengan Bismillah
As Salam dan Salam Sejahtera,
Rahsia Kuih Kapit Crunchy Inti Overload Dan Meleleh-Memang ramai yang sudah kenal dan tahu tentang fenomena kuih kapit berinti atau berperisa. Masa mula-mula kami buat bisnes kuih kapit berinti ni, kami hanya jumpa dua perisa sahaja iaitu coklat dan peanut butter.Tapi sekarang, citarasa pelanggan pun semakin hebat dan inginkan perisa yang berbeza seperti strawbery, cuppocino, dan banyak lagi.

Rahsia Kuih Kapit Crunchy JDT Inti Overload Dan Meleleh Laris Di Pasaran

Sebenarnya makan kuih kapit dengan inti coklat atau peanut yang overload sudah cukup menyelerakan dan enak berbanding dengan inti yang lain kerana rasa lemak manis kepingan kuih kapit itu sendiri memang ngam sangat -sangat kalau dapat intinya coklat atau peanut.Tak percaya, anda cubalah sendiri!.

Bagi kami pula, kerana menyedari bahawa permintaan kuih kapit crunchy JDT dengan inti overload coklat dan peanut memang mendapat sambutan yang sangat hangat, maka kami hanya fokus kepada dua jenis perisa ini.Bagaimana kami dapat meyakinkan pelanggan kami?

 Harga terkini kami ialah RM23 sebalang mulai Mei 2017

Pilihan terbaik kepada para peminat kuih kapit berinti

Packaging Kemas, Menarik dan Smart!
Anda pernah dengar tentang produk itu sendiri yang on behalf dalam marketing?Senang cakap, tak payah cakap banyak atau convince customer beriya, produk #kuihkapitcrunchyJDT nyata berjaya meningkatkan jualan kami dengan mudah.Senang cakap, produk mudah jual:)

Cuba tengok packaging dan brand yang kami guna di bawah ini.Kuih Kapit crunchy JDT dengan penutup balang merah dan label merah sudah cukup membuatkan pelanggan kami yakin bahawa produk ini bukan sebarangan kuih kapit seperti yang lain!

Packaging kemas dan menarik.Susunan kepingan kuih kapit yang rapi dengan inti coklat dan peanut yang overload, pastinya membuat para pelanggan tertawan biarpun baru kali melihatnya!

Inti kuih Kapit Yang Tebal, Overload dan Gred Yang Bagus
Ini satu lagi rahsia yang tidak dapat disangkal lagi oleh ramai pelanggan kami.Setuju atau tidak, dengan kemunculan inti kuih kapit yang tebal ini, para peminat kuih kapit berinti semakin tidak sabar untuk merasai keenakan kuih kapit crunchy kami.Anda bayangkan, bagaimana pengilang ini boleh dapat idea untuk memasarkan kuih kapit berinti dengan inti coklat dan peanut yang berkualiti tinggi.

Mengapa kami yakin kualiti coklat dan peanut butter kami sangat berkualiti?
Insha Allah.Saat kita gigit kepingan kuih kapit ini, kita juga akan nikmati rasa coklat atau peanut yang lazat, tidak pahit atau terlalu manis ( sekiranya inti coklat) dan tidak berbau tengik atau terlalu berminyak ( jika ia inti peanut butter).Inilah rahsianya mengapa ada usahawan lain dari luar Johor yang menghubungi kami dan bertanyakan tentang inti yang kami gunakan dalam pembuatan kuih kapit crunchy JDT.

Inti coklat yang sangat sedap dan tidak pahit juga tidak terlalu manis

Inti peanut butter yang tidak berbau tengik dan terlalu berminyak

Meskipun kami bukanlah pengeluar bagi #kuihkapitcrunchyJDT ini, kerana kami hanya bertindak sebagai Trusted Supplier bagi kuih kapit inti overload ini.Tidak dapat dinafikan, pesaing kami dalam perniagaan kuih kapit ini sangat ramai.Tetapi tahukah anda bahawa kuih kapit ini bukanlah produk musim perayaan sahaja.Ini kerana, kami telah berjaya membekalkan kuih kapit ini sepanjang masa setiap tahun dengan peningkatan jualan setiap tahun yang sangat memberangsangkan.

Harga Yang Terendah Dalam Pasaran
Mana-mana produk yang kita jual, harga sangat berperanan penting dalam memastikan perniagaan kita maju dan berjaya.Kami telah mengambil inisiatif memilih harga yang low profile tatkala kami memperkenalkan kuih kapit crunchy ini dalam pasaran.Terkini, dengan tawaran harga RM23 sebalang (36-38 pcs) kami masih lagi menerajui harga kuih kapit yang terendah dalam pasaran.

Mulai Mei 2017, harga sebalang kuih kapit kami ialah RM23 sahaja.

Kami anggap inilah rahsia mengapa kami boleh assume bahawa kuih kapit kami mudah jual!Sangat mudah jual sebenarnya.Kalangan agen jualan kami juga mengakui bahawa, produk kuih kapit kami sentiasa mendapat permintaan yang tinggi terutamanya sepanjang musim perayaan ini.

Tempoh Expired Sehingga 6 Bulan
Yang menariknya, kuih kapit kami mempunyai label expired date pada penutup balang.Nampak tak betapa sistematik pengeluaran kuih kapit kami dari kilang sehingga kami sebagai supplier tahu manakah balang yang harus diedar dahulu mengikut tarikh tamat tempohnya.

 Penghargaan Kepada Para Pelanggan
Walau apapun kami sangat akui bahawa tanpa pelanggan, apalah ertinya produk yang bagus sekalipun. Kami ingin menyampaikan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan kami yang berada di area Lembah Klang, Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Penang, Putrajaya, Sarawak, Sabah, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu.

Testimoni Agen Jualan Kuih Kapit Crunchy JDT


Tempahan atau order yang berterusan dari Agen jualan kami membuktikan bahawa permintaan terhadap kuih kapit crunchy memang tidak pernah putus.

Bagaimana kami boleh melangkaui sempadan negeri ini sedangkan kami tidak membuat penghantaran pos atau by bus? Sekali lagi rahsia kami terpaksa kami kongsikan di sini:) Keenakan kuih kapit kami tidak menghalang peminat-peminat kuih kapit ini, by hook or by crook untuk merasai sendiri kuih kapit crunchy JDT.Bagaimana caranya?

Kebanyakan mereka membeli melalui saudara mara, ahli keluarga dan sahabat handai yang berada di Lembah Klang dan membayar secara bank in ke akaun kami.Atau pernah juga pelanggan kami yang berkursus atau mempunyai mesyuarat di KL, mereka akan pulang dan membawa kuih kapit kami sebagai buah tangan kepada ahli keluarga.

Cara Hubungi Trusted Supplier Kuih Kapit Crunchy JDT
Dalam era serba moden dan canggih serta perkembangan dunia teknologi maklumat, banyak saluran anda boleh hubungi kami.Ini adalah yang paling popular, pantas dan mudah.Whatapps sahaja kami dengan no yang diberikan :

Trusted Supplier of Kapit Crunchy JDT-
  1. En.Noor Ahadi bin Yateman ( Abg Hadi )- 012 2765595
  2. Pn.Shamsiah binti Abu Yamin ( Kak Syam)-012 7878386
  3. Fanpage Kuih Kapit Crunchy JDT
fan page kuih kapit crunchy JDT

Kami mempunyai dua lokasi untuk edaran kuih kapit crunchy buat masa ini dan Insha Allah bakal menyusul lokasi edaran ketiga di Port Dickson pada hujung tahun ini:)
  1. Lokasi pertama : Selayang, Batu Caves
  2. Lokasi kedua     : Tol Bukit Gambir, Muar Johor
  3. Lokasi Ketiga    : Bandar Springhill, Port Dickson, Neg.Sembilan ( Tahun 2018 )
Akhir Sekali, terima kasih atas kesudian anda mengikuti review kuih kapit crunchy JDT.Pastikan crunchy from JDT barulah beli:)

Sebarkan perkongsian ini semoga lebih ramai yang mendapat info yang tepat tentang kuih kapit crunchy JDT:)



Blog Personal Berkongsi Panduan Kekeluargaan, Informasi Dunia Pendidikan dan Berita Semasa Serta Menulis Tentang Pengalaman & Hikmah Kehidupan.InsyaAllah.