Jana Income Lumayan Sebagai Affiliate Tudung Si Comel

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Melihat kepada Program Affiliate sebagai part time untuk dapatkan pasif income yang sangat lumayan dan masyuk, baru-baru ini saya sertai satu lagi Program Affiliate bersama Tudung Si Comel.Asalnya nak cari tudung untuk anak-anak pompuan saya, akhirnya saya pilih untuk jadi Rakan Niaga Affiliate dengan Online Shop Tudung Si Comel.



Banyak perkara menarik yang ingin saya kongsikan kenapa saya berminat dan mengajak anda semua yang ingin jana duit melalui Blog.Ok, antara yang best bila kita sertai Affiliate Tudung Si Comel ini dan kita tak dapat kalau join Program Affiliate lain ialah :

  1. Apabila kita Daftar untuk jadi Affiliate Tudung Si Comelautomatik RM30 akan dimasukkan sebagai earnings dalam akaun kita.Ia dianggap sebagai bonus dan hanya boleh dikeluarkan jika komisen kita mencapai RM100.Maknanya kita akan dapat tambahan RM30.Menarik bukan?
  2. Setiap kali berjaya buat Sales dengan ID Affiliate, kita dibayar sebanyak 15 percent dari harga jualan produk tersebut.Memang taklah banyak sangat, tapi saya telah sertai Program Affiliate yang hanya tawarkan komisen 10 percent, tapi saya telah berjaya jana pendapatan sehingga RM700.
  3. Tugas sebagai Affiliate di Tudung Si Comel sangat mudah sebab kita hanya promo produk yang mensasarkan kepada golongan remaja dan kanak-kanak berusia 3 tahun hingga 17 tahun.Kebanyakannya tudung sahaja!
  4. Online shop Tudung Si Comel ini mempunyai website jualan yang menarik, produk dipamerkan dengan sangat cantik dan kemas, pembeli juga mudah membuat pilihan dari segi saiz, warna dan melihat testimoni pembeli.
  5. Sebagai Blogger, saya menyokong visi menjual tudung kanak-kanak yang ingin dicapai oleh pemilik Online Shop Tudung Si Comel ini supaya dapat mendorong lebih ramai ibu bapa muslim melatih anak-anak perempuan bertudung pada usia muda.
Orait, mungkin juga ada antara pembaca yang nak tengok sendiri, macam manalah rupa tudung budak-budak yang depa dok jual kat Online Shop Tudung Si Comel ni kan.Jangan risau, memang kerja saya kongsikan gambar-gambar tudung budak pompuan ni kepada anda semua:)

Jom kita layan gambar dulu:)
Tudung dengan label My Love, khusus direka untuk pasangan adik beradik untuk dipakai sedondon

Maklumat Tentang Tudung My Love

  1. Tudung Kanak-kanak 'My Love' Tudung ini adalah rekaan sedondon adik dan kakak. Diinspirasikan dengan harapan dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara adik serta kakak.
  2. Dihasilkan dengan materiel Cotton Prada berkualiti Korea yang pastinya membuatkan anak anda merasa selesa dan gembira memakainya.
  3. Ianya mudah dan sangat sesuai digayakan untuk apa sahaja majlis. Terutama untuk anak anda menghadiri kelas mengaji al-Quran.
  4. Ia juga sesuai untuk Si Comel yang mula berjinak-jinak untuk bertudung kerana ianya sangat selesa dan sejuk dipakai.
  5. Awning lembut yang mudah dipakai dan dibasuh. Dihasilkan dengan kain Cotton Prada berkualiti Korea membuatkan kanak-kanak selesa serta gembira memakainya.

Panduan Pemilihan Saiz Tudung

  1. Tudung ini dihasilkan dengan 3 saiz utama iaitu saiz bayi, saiz xs, dan saiz ss
  2. Size Bayi sesuai digayakan oleh kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 1 tahun setengah. Model si adik kita berusia 1 tahun 6 bulan. Lilit muka: 16 inci dan Labuh dari dagu: 10 inci.
  3. Size XS sesuai digayakan oleh kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 5 tahun. Model si adik kita berusia 5 tahun. Lilit muka: 18 inci dan Labuh dari dagu: 12 inci.
  4. Size SS sesuai digayakan oleh kanak-kanak berusia 4 tahun hingga 8 tahun. Model kita berusia 6-7 tahun.Lilit muka: 20 inci dan Labuh dari dagu: 14 inci.
Kalau ikutkan banyak lagi pilihan tudung dengan label My Love ni, dan designnya  pun pelbagai juga bukan setakat tudung kosong ya!kali ini warna tudung berbeza pulak dengan warna awning kat tudung tu Jom saya belanja lagi dua tiga keping gambar,percuma je beb:)

pilihan tudung dengan warna awning yang berbeza.Pilihan tudung yang ini nampak lebih ceria kann

Kenapa Pilih Tudung Yang Ada Awning?
Mungkin bagi sesetengah ibu bapa yang belum mempunyai anak perempuan atau ingin hadiahkan tudung yang cantik dan selesa ini kepada anak buah atau atau anak sahabat handai, tudung ini sangat sesuai digunakan untuk kalangan kanak-kanak yang baru belajar nak pakai tudung.

Dengan awning pada tudung, tudung yang dipakai akan kelihatan lebih kemas, terletak dan selesa apabila dipakai.Ia berbeza dengan tudung yang tanpa awning yang akan menyebabkan rambut mudah terkeluar dari skarf, mudah tertanggal dan mudah longgar hingga kadangkala menutup dahi dan mata anak kecil yang lasak.haha.Betul apa..:)

Orait, jika ada rakan taulan anda yang mencari online shop tudung kanak-kanak, bolehlah anda reccomendkan online shop Tudung Si Comel ini.

Terima kasih luangkan masa baca entri ini dan semoga anda dapat manfaat dari perkongsian ini-
Sampai jumpa lagi..:)

Post a Comment

2 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!