Rumah Kedua Sudah Siap Buat Minor Renovation

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Rumah Kedua Sudah Siap Buat Renovation- Alhamdulillah. Memandangkan kami bakal berpindah ke rumah baru pada penghujung November atau awal Disember tahun ini, semua urusan berkaitan rumah baru kami di Negeri Sembilan sudah mula berjalan. Syukur pada Allah Taala, atas limpahan rahmat, rezeki dan kasih sayangNya sehingga kami dapat meneruskan usaha membuat minor renovation untuk rumah kedua ini.

Kalau dalam post yang lalu : Impian Miliki Rumah Kedua Jadi Kenyataan- dalam post kali ini saya kongsikan sedikit minor renovation yang kami buat untuk rumah kedua ini.Alhamdulillah, Allah permudahkan hasrat dan urusan kami berkat doa ibu bapa dan mungkin juga readers blog yang mengikuti perkembangan post saya dalam blog ini:)

Kediaman baru kami di Bandar Springhill, Port Dickson.

Alhamdulillah, Akhirnya impian kami sekelaurga hampir menjadi realiti sedikit masa lagi.InshaAllah

No money no talk.haha.Husband saya banyak kali "patahkan" hasrat atau angan-angan saya tatkala cuba-cuba survey bahagian living room, bilik tidur atau cabinet dapur yang cantik dan terbaik untuk rumah baru kami ini.Yup! saya tahu, kami sudah menggunakan hampir semua sumber kewangan yang kami ada untuk perbelanjaan minor renovation yang kami sudah lakukan.

Minor Renovation Rumah Kedua
Bukanlah renovation sangat pun sebenarnya, tapi lebih kepada pecahkan bahagian dapur supaya lebih luas dan praktikal untuk kami yang mempunyai family besar.Selebihnya kami buat perkara basic sebelum masuk ke rumah baru iaitu pasang grill satu rumah, pasang kipas dan lampu dan juga buat roof di bahagian balcony dan juga porch rumah.Itu pun dah banyak kali juga "jammed" mana nak korek duit lagi ni.hehhehe.

Kisahnya begini.Asalnya kami merancang untuk berpindah dan menetap di Port Dickson dalam setahun dua lagi.Tetapi Allah jua merancang, apabila permohonan pertukaran sekolah saya ke Port Dickson tiada sebarang masalah dan kini saya sudah pun berkhidmat di sana, sementara Encik Husband dan anak-anak sahaja yang masih menetap di KL.

Itu yang menyebabkan usaha-usaha melengkapkan keperluan asas rumah  baru ini perlu disegerakan kerana kami merancang untuk berpindah pada hujung tahun ini.Apa pun, kami sangat bersyukur, sekurang-kurangnya hal basic untuk rumah ini di diami sudah siap.

keadaan rumah ketika kontrakto sedang menyiapkan plaster ceiling rumah dan
keadaan rumah kami apabila sudah siap buat plaster ceiling dan selesai pasang kipas dan lampu


 Inilah bahagian dapur yang kami minta kontraktor pecahkan dan menjadikan daripada dua ruang kepada satu ruang dapur yang lebih luas dan lapang.Baru siap pasang table top, tapi cabinet hold dulu sebab No money no talk.hahah.

ini ruang dapur bahagian tingkap dan sinki semasa dalam proses renovate

 ini pula ruang yang sama selepas siap renovate.

Ini pula bahagian belakang rumah yang kami buat minor renovation

Alhamdulilllah.Selesai renovate bahagian dapur.Kalau ikut pelan asal bahagian dapur tu sama macam dapur jiran sebelah rumah tu. 


 ruang laluan tangga ke tingkat atas

laundry room-haih.Tak sabar nak decorate ruang ni macam kat majalah dan contoh ruang laundry yang cantik dan menarik yang banyak kat internet tu..huhi.

ruang depan rumah, time ambil pic ni grill untuk tingkap depan ni belum siap pasang lagi.

pintu utama rumah baru siap pasang grill.Kalau ikut hati, nak pasang safety door yang ribu raban tu harganya, tapi apakan daya..no money no talk.Insha Allah, kalau ada rezeki lain nanti akan di usahakan.aamiin.

Allah Sebaik-baik Penolong
Beginilah keadaannya.Dalam pada kita merasakan seperti tiada upaya untuk mencapai impian dan hasrat yang kita inginkan, Allah jua sebaik-baik penolong buat kita.Jangan pernah putus asa dengan janjiNya bahawa mintalah apa sahaja padaKU, dan akan aku kabulkan permintaanmu-

Banyak pengalaman ajaib sebenarnya tatkala kami sedang berusaha untuk menyelesaikan usaha-usaha menyiapkan renovation rumah ini, sesungguhnya rahmat Allah itu sangat luas.Apa yang kami nampak, semakin kita memerlukan pertolongan Allah, perbanyakanlah buat apa sahaja yang Allah perintahkan.Misalnya selalu menziarah orang tua atau bertanya khabar, minta doa mereka supaya usaha kita dipermudahkan.

Berbakti kepada orang tua seperti mengembirakan mereka dan sedaya upaya penuhi keinginanan mereka, walaupun ada masa kita rasa tidak punya kemampuan dan kelapangan masa untuk melaksanakannya.Insha Allah.Pertolongan  Allah akan sampai.aamiin.

Alhamdulillah, doakan kami supaya dipermudahkan semua urusan berpindah rumah dan dapat menjadikan kediaman ini seperti mana yang kami impikan.Terima kasih semua.Sampai jumpa lagi:)

Post a Comment

3 Comments

  1. Seronoknye boleh duduk rumah baru kan. Selamat berpindah rumah 😊😊😊

    ReplyDelete
  2. yup, betul tu sis, memang excited nak masuk rumah baru, tapi penatnya memang lain macam..

    ReplyDelete
  3. Your home looks great, Rumah. We are also into House Renovation Singapore service. If interested, do visit our site. Thanks for your new home renovation with us!

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!