4 Rahsia Mengapa Ramai Suri Rumah Buat Bisnes Bakeri Dari Rumah Sahaja

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
4 Rahsia Mengapa Ramai Suri Rumah Buat Bisnes Bakeri Dari Rumah Sahaja-Yup! Inilah kenyataan yang saya rasa para suri rumah kena ambil tahu, khasnya kepada kalangan ibu-ibu yang mempunyai kepakaran membuat bun, roti, kek dan semua jenis pastri.Dalam senyap, sebenarnya sudah ramai dari kalangan ibu-ibu yang berstatus suri rumah tapi berjaya menjana pendapatan ribuan dan mungkin puluhan ribu ringgit hanya dengan buat bisnes bakeri dari rumah.Menarik bukan?

kek marble juga antara kek yang mendapat jualan tinggi daripada kalangan peniaga bakeri yang hanya buat bisnes ini dari rumah

bun manis seperti ini memang menjadi kesukaan ramai anak-anak kecil

Mengapa Bisnes Bakeri Dari Rumah?
Ada banyak sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah.Mari saya kongsikan rahsia yang kini bukan lagi rahsia malah dah terbongkar pun, tentang buat bisnes bakeri dari rumah sahaja.

Bisnes donut yang dibuat dari rumah juga telah berjaya menjana pendapatan yang hebat!

Kos Pemulaan Yang Kecil
Memandangkan anda memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah, jadi, anda tidak perlu membayar sewa kedai, dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya.

Anda juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa.

Anda boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di rumah anda!

Roti sarang lebah bukan lagi asing kepada penggemar roti pada masa kini

Tidak Perlu Terlalu Menjual.
Untuk menjual produk bakeri anda, anda tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk anda sehingga berbuih-buih mulut sepertimana yang sering dilakukan oleh penjual produk-produk MLM! Cukup sekadar anda menunjukkan gambar dan harga! Jika mereka suka, mereka akan order!

Hanya Buat Berdasarkan Tempahan!
Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah! Anda hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepas anda mendapat tempahan sahaja! Jadi, tiada risiko kuih/kek/roti anda tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual.


Urusan Rumahtangga Masih Terjaga!
Ya! Memandangkan anda hanya membuat kuih di dalam rumah, maka, anda masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak anda. Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti biasa. Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami anda yang mungkin risau andainya anda terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga!

Malah sebenarnya ada banyak lagi kebaikan dan keistimewaan jika anda buat bisnes bakeri dari rumah.Tambah-tambah pada zaman teknologi dihujung jari, hampir tiada masalah untuk menjual produk bakeri dari rumah kerana kebanyakan pelanggan yang berkerjaya pada masa ini juga lebih suka membeli hanya melalui online.Mereka order dan anda siapkan tempahan mereka!

Jika anda serius mahu mencuba bidang baru dalam hidup anda, dan bisnes bakeri adalah pilihan muktamad anda, mengapa tidak anda dapatkan tips dan panduan lengkap yang boleh anda perolehi dari sini ?

Post a Comment

0 Comments