Cara DIY Tanam Benih Cili Merah Di Rumah

Dengan Bismillah
As Salam dan Salam Sejahtera,
Cara DIY Tanam Benih Cili Merah- Saya tidak pasti bila minat saya bermula terhadap tanaman sayuran dan bunga-bungaan.Cuma seingat saya, apabila saya secara tidak sengaja terbaca mengenai penanaman sayuran secara hidroponik yang tidak memerlukan ruang bertanah yang luas dan boleh menanam sayuran hanya dengan bergantung pada air!

Anak benih cili merah yang saya semai sudah mula tumbuh subur

Sebenarnya banyak panduan menanam sayuran dengan kaedah hidropnik.Cara yang saya ikut ini pula pernah saya lihat di facebook dan saya cuba menirunya dengan bahan yang saya ada di rumah.Kalau ikutkan taklah seratus peratus menyamai kaedah penanaman hidroponik sebenar seperti yang saya lihat di facebook, tapi saya tiru cara mudah yang ditunjukkan iaitu hanya menggunakan bahan terbuang atau recycle di rumah kita.

kaedah penanaman anak pokok dengan pengunaan siraman air yang sangat minima.
Sesuai untuk mak-mak yang sibuk dan bekerja tapi ada hati juga nak buat gardening kat rumah.haha.

Cara sebenar bagaimana menanam anak pokok menggunakan botol plastik
sangat mudah, murah dan jimat:)

Saya gunakan botol minyak masak yang sudah dibersihkan.
Kemudian saya potong kepada dua bahagian.Terbalikkan bahagian penutup botol.

Saya tabur benih cili merah di atas tanah yang sudah saya gemburkan.

Antara contoh penggunaan botol sebagai medium penanaman pokok

selepas dua minggu inilah hasilnya.Benih cili merah sudah tumbuh menjadi anak pokok cili.
Memang happy sangat bila tengok pertuumbuhan pokok ni.

Ada lebih kurang 30 anak pokok cili merah yang baru tumbuh dan ada juga yang
 baru nak tumbuh

Kalau ikutkan, saya akan pindahkan anak-anak cili ni ke dalam bekas yang lain supaya anak-anak pokok ni dapat membesar lagi cepat dan subur.Haih.tak sabar den nak rasa cili nih.hahah.Orait, nantikan perkembangan pokok cili saya dalam tempoh dua minggu lagi ya!

Klik sini untuk lihat perkembangan anak pokok cili saya yang sudah pun saya pindahkan ke pot yang baru:) klik sini : 
  1. Anak Pokok Cili Saya Semakin Subur dan Membesar!
  2. Tips Tanam Pokok Cili Merah Supaya Subur 
Kali pertama ketika dipindahkan ke pot yang baru


Pokok Cili Merah yang saya tanam kini semakin subur pada minggu ke-4.
Alhamdulillah:)





Post a Comment

17 Comments

  1. Replies
    1. Yup..alhamdulillah.Hari-hari tengok anak pokok cili ni.Macam dapat baby baru pulak rasanya..hhehe..

      Delete
  2. Tahniah
    mudah2an dapat menuai hasilnya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih.Bukan pandai sangat berkebun pun..tapi nak cuba hobi baru..:)

      Delete
  3. jimat juga cara ni , kalau tak sempat nak siram pokok pun kita dah tak susah hati kan

    ReplyDelete
  4. Hi awak.apa bahan yang kena letak di bahagian mulut botol tu ye? Supaya tanah xjatuh tapi akar dpt keluar..?saya nampak mcm ada certain material kt situ..tp xtau apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm sis, owh yang itu,okey, penutup botol tu, kita kena lubangkan ( saya hiris bhgian tgh dengan pisau je atau boleh guna paku) kemudian masukkan sejenis kain flanel yang boleh serap air).

      Delete
  5. Salam.. Boleh sy tahu.. Media semaian awk gun tanah ape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya guna tanah hitam yang dalam pack 5kg kat tesco/giant dll pasaraya rasanya ada jual..

      Delete
  6. Pokok cili yg tlh dipindahkan dlm pasu biasa atau masih gunakan teknik hidroponik

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tuan, pokok cili saya pindahkan ke dalam pasu biasa sahaja.

      Delete
  7. Semai biji benih 2 sekali boleh ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis, saya tabur je mana biji cili yang ada dalam satu pasu atau bekas, nanti kalau dah tumbuh daun, kita pindahkan dalam pasu lain.

      Delete
  8. Benih cili merah tu..kita hiris cili fresh dan ambik benih dia pastu terus semai ke sis? Tq sudi jawab. Baru nak belajar menyemai pokok cili

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya guna biji cili kering atau boleh beli biji benih di nursery bunga.Kemudian saya taburkan dalam bekas berisi air.Tujuannya untuk kita kenal pasti mana satu biji benih yang elok.Caranya ialah dengan melihat biji benih yng timbul atas air tu maknanya dah tak elok.Yang itu boleh asingkan dan semai biji yang tenggelam dalam air sahaja.Kalau malas, tabur je semua.hehe.

      Delete
  9. Assalamualaikum, kalau guna botol mineral yg kecil je boleh ke? Boleh ke kalau semai benih selain cili? Harap balas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslm, boleh juga kalau guna botol mineral kecil setakat untuk semai benih, tapi kalau benih dah tumbuh daun 3-5 helai, boleh tukar ke bekas atau pasu yang lebih besar supaya pokok dapat hidup lebih subur.Boleh semai benih selain cili, tapi kalau boleh jangan tabur banyak sangat biji benih sesuai dengan saiz botol yang kecil.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!