Pageviews Blog Capai 21k Sudah Melebihi Target!

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Pageviews Blog Capai  21k Sudah Melebihi Target!Alhamdulillah, baru sahaja awal bulan lepas saya kongsikan pageviews blog yang menjangkau 20k, kali ini dengan penuh rasa gembira saya ingin maklumkan bahawa pageviews Blog Cik Matahariku sudah melebihi target atau sasaran saya untuk tahun ini iaitu telah mencapai 21k.yiehaaa.Bajet retis pulak ko ni ha.kihkih.


Ada juga saya menerima email dari readers yang juga bloggers bertanya apakah tips atau rahsia yang saya buat sehingga pageviews blog dapat meningkat dengan mudah.?

Content Is King
Haih,Saya pernah bagitahu dalam post pageviews juta-juta saya ( muehehe..) bahawa yang paling penting bagi sebuah blog ialah content.Content blog memang kena selalu jaga dan perhatikan.Maksudnya kurangkan dan kalau boleh elakkan copy content dari blog orang .

Usahakan juga menulis post atau artikel yang anggaran panjangnya sekitar 300 hingga 400 patah perkataan atau lebih lagi.Gunakan juga penulisan dengan teknik atau strategi yang ada nilai SEO ( search Engine Optimization ).Kenapa kena ada benda-benda ni semua?

Tulis Artikel Dengan Teknik SEO
Itulah yang Google suka dan mahu dari  blog kita.Bila kita menulis post atau artikel, kita mesti harap ada pembaca bukan? Dari mana readers nak tahu artikel yang kita tulis? Tentunya melalui enjin carian. Google salah satu enjin carian terkemuka yang digunapakai ramai pembaca atau pencari maklumat ( ini pemerhatian saya sendiri je.hhehe).



Target Artikel Berada di First Page Search Engine
Orait, melalui penulisan dengan SEO lah artikel dari blog kita akan mudah dirank ke halaman pertama enjin carian.Tentu pengalaman anda sendiri membuktikan, bila kita mencari info atau maklumat di internet, apa yang enjin carian tu bagi kat skrin mobile kita itulah yang akan kita klik kan? Biasanya kita terus klik artikel yang first atau ada masa kita pilih dulu mana yang sesuai pada first page tersebut.

Image result for google serp image
Inilah layout first page yang ada di enjin carian Google

Kebanyakan artikel yang berada pada first page itulah yang akan diklik oleh ramai pembaca yang lain.Inilah yang akan membuatkan blog atau artikel anda dikunjungi traficc yang mencurah-curah.Insha Allah.

Tips yang saya kongsikan ini berdasarkan pembacaan, pemahaman dan pengalaman saya di blog sendiri.Kalau ada yang tak sama atau terkurang, maafkanlah saya ya!Saya pun baru belajar dan masih belajar.:)

Kena Buat Target PV Blog Yang Baru
Haih.Nampaknya saya kena buat target pageviews blog yang baru untuk sampai hujung tahun ni kann.Apa kata kita up sampai 24 k, okey tak? Seram pulak dengarnya.Yang penting keinginan untuk capai yang lebih baik tu harus diteruskan.Kalau tak dapat capai, ia bukanlah hal besar sangat sebab sebelum ini pun kita bermula dengan angka yang lebih kecil dari itu kann?

Anyway, sekali lagi, jutaan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi singgah membaca atau tumpang lalu di blog kecil ini.Semoga rahmat Allah, hidayahNya dan kasih sayangNya mengiringi perjalanan hidup kalian.

Saya tidak punya apa-apa untuk digantikan dengan apa yang pembaca blog ini berikan melainkan sedikit idea, pengetahuan dan pengalaman yang juga tidak seberapa yang saya usahakan dengan niat sebagai sedikit jariah saya sementara saya ada di sini..

Sampai bertemu lagi di kesempatan akan datang.Mungkin untuk entri 22k pageviews pula.haha.InshaAllah.Doakan saja ya!

Post a Comment

6 Comments

  1. Tahniah..

    Saya Sendiri akui bukan mudah untuk mendaoat pageview yang tinggi mencanak

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih tuan.Betul tu, menulis blog kena ada passion:)

      Delete
  2. This post gives clear idea for the new viewers of blogging, that truly how to do running a blog.

    ReplyDelete
  3. Generally I do not learn article on blogs, but I wish to say that this
    write-up very compelled me to take a look at and do it!
    Your writing taste has been surprised me. Thanks, very nice article.

    ReplyDelete
  4. Very good blog post. I certainly love this website. Stick with it!

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!