Peruntukan Menarik Kepada Penjawat Awam Dalam Bajet 2018

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Peruntukan Menarik Kepada Penjawat Awam Dalam Bajet 2018-Alhamdulillah, syukur mendengar beberapa peruntukan menarik yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan Bajet 2018 petang tadi.Sebagai salah seorang penjawat awam dalam sektor pendidikan, pastinya peluang baik yang diberikan oleh kerajaan kami sambut dengan lafaz syukur kepada Ilahi.



Kebetulan, ketika pembentangan bajet 2018 diumumkan, saya dan Encik Suami dalam perjalanan dari Port Dickson ke Kuala Lumpur.Jadi, memang kami dapat dengar sepenuhnya pembentangan pada petang ni.Gitulah rutin kami sebagai weekend husband and wife ni,Bertabahlah suamiku weii.hehe.

Berikut intipati bajet 2018 khasnya kepada penjawat awam


Menaikkan Cuti Rehat Khas Kepada 10 hari
Kalau sebelum ini, Cuti Rehat Khas (CRK) kepada kalangan guru adalah sebanyak 7 hari setahun, mulai tahun 2018, CRK ini telah dinaikkan kepada 10 hari. Saya baru sahaja menghabiskan CRK saya bagi tahun ini kerana menjaga anak kecil dan suami yang warded di hospital.Syukurlah kerana kerajaan mengambil inisiatif untuk menambah bilangan CRK ini.

Walaupun cuti ini diluluskan dengan kebenaran Guru Besar, biasanya CRK ini dipohon sekiranya ada urusan penting berkaitan kematian, kecemasan, perkahwinan dan beberapa lagi tujuan yang munasabah.Pastinya dengan penambahan CRK ini akan mengembirakan kalangan guru ditambah lagi dengan imbuhan sebanyak RM 1500 yang akan diberi secara berperingkat.

Di harap perkongsian ini dapat membantu kalangan penjawat awam khasnya yang terlepas info tentang peruntukan yang diberikan kerajaan kepada penjawat awam.:)

Post a Comment

2 Comments

  1. sungguh beruntung la orang kerajaan...

    dapat pelbagai kemudahan dari bajet 2018

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah,dapat kemudahan tu juga suatu nikmat yang akan ditanya apakah kita sudah tunaikan tanggungjawab yang digalas..:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!