Cara Mudah Buat Lepat Pisang Kelapa Yang Sedap Dengan Sukatan Cawan

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Resepi Lepat Pisang Kelapa Yang Sedap Dengan Sukatan Cawan-Baru-baru ini time saya balik kampung suami di Muar, sempatlah saya belajar dan tengok mak Muar saya buat lepat pisang kelapa.Sebenarnya, tak susah mana nak buat lepat pisang ni rupanya.Caranya lebih kurang macam nak buat cekodok pisang je.heheh.

Lepat Pisang Sedap by Mak Mertuaku

Resepi Lepat Pisang kelapa yang sedap
Sumber Resepi : Blogger Cik Matahariku
Bahan-Bahan buat Lepat Pisang Dengan Sukatan Cawan

8 biji pisang
dua cawan tepung gandum
satu cawan gula pasir
satu cawan kelapa parut
tiga cawan air masak
secubit garam 
daun pisang yang dilayur
    Cara Menyediakan Adunan Kuih Lepat Pisang Sedap
    Step By Step Bergambar

    Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat lepat pisang kelapa iaitu pisang, tepung gandum, gula, kelapa parut.

    Masukkan tepung, gula, pisang dan kelapa dalam bekas adunan dan gaul bagi rata.Lenyekkan pisang dengan menggunakan cawan plastik atau ramas dengan jari je sebab pisang tu pun dah masak sangat.


    Masukkan air sekitar dua atau tiga cawan.Ikut kesesuaian adunan,Jangan lembik sangat pulak.Kalau kita gaul dia dah sebati, kira oklah tu.


    ini rupa adunan lepat pisang yang dah siap dan tunggu nak letak atas daun pisang yang sudah di layur atas api.


    ukuran daun pisang tu kita agak boleh letak dalam sesudu isi lepat, kemudian kita lipat kiri kanan, atas dan bawah.


    Ini contoh mak saya letakkan isi lepat pisang dalam sesudu makan.


    letak ke dalam bekas pengukus untuk dikukus


    selepas kukus sekitar 10-20 minit, lepat pisang ini dah boleh diangkat.Inilah rupa lepat pisang yang dah siap dikukus.Terbaik dan sedap:)

    Alhamdulillah, beginilah cara Mak Muar saya buat lepat pisang kelapa.Ada juga yang membuat lepat pisang ini tanpa menggunakan air sebab pisang tu apabila kita lenyek siap-siap dengan gula, dia akan jadi lembut dan berair.Jadi boleh terus uli dengan tepung.Ada juga yang tabur kelapa parut tu dibahagian atas sebelum dibungkus dengan daun pisang.

    Kalau ikutkan memang kita boleh buat pelbagai cara lepat pisang ni.Boleh juga guna gula merah, tu yang lepat pisang kita jadi coklat warnanya selepas dikukus.Terima kasih baca post lepat pisang kelapa air tangan mak mertua saya ni dan semoga ada manfaatnya kepada readers semua ya!


    Post a Comment

    4 Comments

    1. Rindunya nak makan lepat pisang..kena buat jugak la weekend nanti...

      ReplyDelete
      Replies
      1. Kann..lepat pisang ni jarang nak jumpa kat mana-mana, kalau teringin sangat, kena juga buat sendiri..:)

        Delete
    2. ini memang sedap walaupun resepinya tidak banyak.(^_^).

      ReplyDelete
      Replies
      1. kalau tak pernah buat sendiri, kita ingat nak buatnya remeh kan, tapi bila dah tengok resepi dan cara buat, mudah pulak..:)

        Delete

    Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!