Cara Buat Karipap Rangup Dengan Inti Kentang Sedap

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Cara Buat Karipap Rangup Dengan Inti Kentang Sedap-Dah beberapa lama saya selalu terlepas peluang nak kongsi gambar dan cara buat Karipap Rangup dengan Inti Kentang yang sedap.Biasanya saya memang tak sempat nak tangkap gambar segala bagai time memasak di dapur.

karipap inti kentang yang sedap
Karipap Rangup Dengan Inti Kentang Sedap by Cik Matahariku:)

Tapi kali ini, saya dah bagitahu awal-awal kat Encik Suami yang saya mahu kongsikan cara buat karipap rangup gabungan resepi mak dan mak mertua saya.Paling kurang pun, Encik Suami saya hanya geleng kepala tengok gelagat Blogger Part time kat kitchen rumah dia.haha.Sambil masak sambil terhegeh-hegeh tangkap gambar sini sana.hihi.

Kalau ikutkan sejarah saya belajar buat karipap ni, bukanlah belajar hari ini, esok lusa dah boleh bagi anak suami makan karipap yang sedap.Saya memang seorang beginner chef.Cehh..bajet nak jadi chef ko.Ada hati.uhuk..uhuk.

Cara Dan Gambar Buat Karipap Rangup Dengan Inti Kentang Sedap
Boleh dapatkan resepi dan cara buat karipap rangup dengan inti kentang di sini ya
  1. Petua Mudah Buat Karipap Rangup
  2. Resepi Inti Karipap Kentang Homemade Yang Berempah dan Sedap


Antara bahan-bahan utama buat inti karipap kentang

Bahan buat kulit karipap dengan tepung gandum, 

air garam dan minyak panas.



Bajet family saya kalau buat karipap ni mesti sampai satu kilo, sebab orang dalam rumah ni semua hantu karipap..hoho


 Panaskan minyak masak yang ada kat rumah kita tu.Lagi jimat dan mudah khasnya kepada mak-mak yang buat bisnes karipap


Buat lubang kat tengah tepung gandum tu, 
kemudian tuang minyak panas tadi 

sementara minyak masih panas, gaul tepung dengan senduk dulu.Kalau korang tangan kayu (tahan panas katakan)
bolehlah gaul terus dengan tangan.muehehe. 

Gaul sampai rata ya

Lebih kurang macam nilah gayanya sambil menguli sambil 
masukkan air garam sikit demi sikit

Uli tepung sampai tangan dah tak lekat dan permukaan bekas menguli tepung juga bersih dari tepung yang melekat

Doh karipap yang rangup hasil adunan tepung gandum, air dengan larutan garam
dan juga minyak masak yang dipanaskan atau planta/ marjerin yang dicairkan.
 Cara Bergambar Buat Inti Kentang Yang Sedap

Lepas minyak dah panas, mula-mula sekali masukkan hirisan bawang besar yang dipotong dadu.
kalau buat sebiji bawang, masukkan separuh dulu.

Ni campuran bahan kisar untuk inti karipap kentang iaitu cili kering blend, serbuk kari,bawang merah, bawang putih, ikan bilis, garam dan gula serta serbuk perasa yang dibenarkan.Biarkan sampai naik minyak.

Kemudian, barulah masukkan kentang yang dah potong dadu.
Gaul sampai rata ya!

Masukkan air sikit je supaya inti tak over cook.Paras air tu jangan lebih inti kentang dalam kuali.

Biasanya saya tutup inti kentang ni supaya dia cepat empuk.


Bila air dah semakin kering, kacau semula inti kentang tadi.
Taburkan bawang besar yang lagi separuh dan juga daun sup kalau anda suka

Nampak sedap kan dan kentang tu masih kekal bentuk dadu.Inilah petua letak air sikit je time kita masak inti kentang tu.
Rasanya memang sedang elok.Cubalah ya

 Inilah antara hasilnya.Bila buat sendiri, ikut suka kita nak letak inti banyak mana kan..tu yang nampak bulat-bulat karipap saya tu..hhaha



 petua supaya kelim karipap tak terbuka ialah sapu air masak dekat "mulut karipap" sebelum kita kepit dia dengan acuan karipap 

Goreng dalam minyak sederhana banyak dan api yang sederhana kecil.Jangan lupa balik-balikkan karipap anda supaya warna karipap tu setara

Karipap rangup inti kentang yang sedap dan mudah

nampak tu, sekali goreng penuh satu pinggan..
banyak ni setakat sorang dua biji je kat rumah saya..hehhe..

cara buat inti karipap kentang yang sedap
Yay!! karipap rangup yang mudah dan inti kentang 
yang sedap complete already!!!

Pheww...sangat panjang berjela nampaknya entri karipap saya kali ni.Tak larat dah nak kongsi resepi bagai.Tapi takpe, boleh je singgah sini, kalau nak buat karipap macam saya :)..-Petua Mudah Buat Karipap Rangup.

Kalau anda ingin ahu cara mudah dan sedap buat karipap inti sardin, boleh klik sini :Cara mudah dan sedap buat karipap inti sardin-

Terima kasih baca post ini.Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang memerlukan:)

Post a Comment

58 Comments

  1. tqvm - ilmu yang di share dapat pahala... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. sis biasa sekilo tepung blh dpt bape biji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buat sekilo tepung boleh dapat sekitar 60-70 biji karipap yang saiznya macam dalam pic.Sangat sesuai guna resepi ni kalau berminat untk menjual karipap:)

      Delete
    2. Berapa banyak cili kisar kena letak ehh??

      Delete
  3. salam.anak sy suka karipapa tp tak reti nak baut.ada resepi ni bolehla buat.nak tanya mana nak dpt mesin canai tepung bagi nipis tu...menarik tu.

    ReplyDelete
  4. As Salam, terima kasih singgah blog ini.saya mula belajar buat karipap dulu pun sebab suami dan anak-anak suka.Bolehlah cuba buat karipap sendiri lepas ni ya..:)mesin canai tepung tu sebenarnya juga dikenali sebagai mesin mi.saya beli dahulu di giant, boleh juga dapati di tesco.Masa saya beli dulu harganya sekitar RM25-28..

    ReplyDelete
  5. Salam sis.. 1kilo tepung kne pakai brpa byk minyak ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmslm Dayah, secara anggaran kalau 1 kilo tepung, saya masukkan dalam tiga senduk minyak masak..tq

      Delete
  6. Replies
    1. sama-sama tuan, boleh kongsi kat komen hasilnya macam mana ya..:)

      Delete
  7. Oh puan guna cili kering ya utk inti..sy guna rempah daging..tqvm utk petua bg lekat mulut karipap tu kalau guna acuan.. Dan resepi doh karipap..semoga Allah merahmati puan sekeluarga..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga ada masukkan serbuk kari daging dalam inti karipap ni, boleh tengok semula dekat cara saya masak inti diatas,terima kasih sudi singgah blog sy yang tak seberapa ni:)

      Delete
  8. Kalau beli kat luar skrg karipap inti angin jer...

    ReplyDelete
  9. Salam. Saya nak tanya kenapa bila dah siap karipap tersebut
    Lekat dalam dulang( sebelum nak goreng).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulang tu letak tepung sis mana mana pun akan lekat kalau tak letak trpung

      Delete
  10. Salam puan...menarik dan mudah faham tngok gambar...boleh bagi detail tak resepi karipap...saya budak baru nak belajar..terima kasih puan.😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tengok resepi kat sini ya :http://cikmatahariku.blogspot.my/2014/05/petua-mudah-buat-karipap-rangup.html

      Delete
  11. Resepi karipap terbaik, banyak gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah,semoga dapat membantu sis buat karipap dengan lebih mudah:)

      Delete
  12. Hi! Puan, saya ada cuba resepi ini sebanyak 4 kali memang menjadi😗😗😗 dan saya ada buat perubahan pada inti kentang ialah tambah ayam.... sedap sangat dan anak2 saya suka sangat....😚😚😚

    ReplyDelete
    Replies
    1. great job sis!bab inti karipap tu memang berganda sedapnya kalau kita tambah isi ayam, boleh juga masukkan daging hancur selain isi ayam untuk inti karipap:)

      Delete
  13. terima kasih atas perkongsian ilmu puan.sy akan cuba buat.mmg da ready bli brg2 utk buat karipap cuti hujung minggu ni.

    ReplyDelete
  14. tgh mengidam nk mkn karipap rangup n inti penuh tp blom rasa rajin nk bt lagi..huhu

    ReplyDelete
  15. Salam puan .. Thanks sbab share hihi .. Sy dua kli dh guna resipi puan .. Tp bley tau x ape ptua supaya karipap x lekat kat dulang or pinggan .. Hmm mse nk goreng tue dye berubah bentuk pulakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada cara macam mana nak buat supaya kulit karipap tak lekat kat dulang, pertama tabur tepung gandum atas dulang, kalau nak frozenkan karipap, boleh juga goreng sekejap kemudian simpan dlm fridge supaya bentuknya tak berubah.kalau tak mahu goreng, simpan dlm tempat beku terus,bila nak goreng keluarkan awal, supaya karipap kekal rangup:)

      Delete
  16. Terima kasih sudah membagikan resepnya, Kak. Semoga saya bisa membuatnya.

    ReplyDelete
  17. Nak tanya,,mcmna cara mmbersihkan mesin adun mee yg betul dan bersih,,,dulu saya ada mesin ni,,tpi lpas guna saya basuh mcm mmbasuh pinggan,,bila nak guna,,dah mcm karat,,aduiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis, saya hanya lap mesin mi dengan kain lembap, kemudian bila dah kering, barulah simpan tempat yang bertutup supaya tak berhabuk.Harap dapat membantu:)

      Delete
  18. Insha Allah akan di cuba nti ..
    T. Kasih atas perkongsian.. Semoga rzeki sentiasa ada buat akak sekeluarga.. 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, aamin dan terima kasih atas doanya sis:)

      Delete
  19. Assalamualaikum sis saya nak tanya kalau 1kilo tepung menteganya berapa banyak sebab saya cuba buat tapi bila dimakan jadi tak rangup

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm sis, biasanya kalau saya buat 1 kilo tepung, sy guna anggaran satu cawan minyak yang dipanaskan, kalau guna mentega, boleh guna sukatan sama, tapi cairkan dulu ya.

      Delete
  20. waslm sis, saya tak pernah guna mentega untuk buat kulit karipap, tapi kalau ikut anggaran saya dengan sukatan cawan, sis boleh guna 1 cawan mentega yang dicairkan untuk satu kilo tepung.Terima kasih bertanya:)

    ReplyDelete
  21. angaran minyak sukatan cawan mcm mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh guna cawan buat minum tea, yang biasanya ada tangkai tu..

      Delete
  22. Terimakasih Cik Matahari. Karipap versi vegetarian ni nampak sangat sedap. Bolehlah try buat karipap goreng ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis:) sila cuba resepi karipap di blog ini, sis pasti suka:)

      Delete
  23. Assalamualaikum, minta halalkan resipi ni Puan, untuk berniaga..Terima kasih.semoga dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  24. Terima kasih Puan, minta halalkan resipinya untuk berniaga..semoga dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala urusan..halalkan ya Puan..hihi

    ReplyDelete
  25. Terima kasih Puan, minta halalkan resipinya untuk berniaga..semoga dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala urusan..halalkan ya Puan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama tuan:) saya juga mendoakan semoga jualan karipap tuan menjadi kegemaran ramai pelanggan dan tuan beroleh rezeki yang melimpah ruah..aamin.

      Delete
  26. Hi cik matahari...
    Garam berapa sukatannya memandangkan cil matahari suruh guna air garam gaul tepung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk sukatan garam, jika sukatan tepung sekitar 500gram atau setengah kilo tepung, boleh masukkan satu sudu teh garam dan larutkan bersama air.Ini anggaran sahaja, boleh adjust ikut sukatan tepung ya.

      Delete
  27. Salam puan, boleh bagi no hp tak. saya nak belajar resepi puan. Saya minat nak buat karipap ni. kalau hanya nak test buat dalam 15 pcs karipap,agak2 puan brp amaun yg diperlupakan ya utk bahan2?. keluarga kecil kami 2 org je, jadi masak 15pcs rasanya cukup kut 🙂 terima kasih puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, puan boleh dapatkan hp saya di bahagian menu Contact dalam blog, kalau ikut resepi 500gram tu bersamaan setengah kilo atau 4 cawan tepung, akan dapat dalam 25-30 biji karipap, jadi kalau nak buat kurang lagi, kurangkan sukatan tepung dan bahan lain.Kalau puan buat lebih pun takde masalah, boleh frozenkan karipap dengan cara goreng sekejap dalam minyak panas.Terima aksih singgah blog ini:)

      Delete
  28. Terima kasih sis..sy mohon share resepi.

    ReplyDelete
  29. terima kasih share resipi... alhamdulillah da cuba buat, sy tambah dgn ayam kisar..rasanya mmg terbaik 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, bertambah sedaplah inti karipap puan dengan ada isi ayam tu..tahniah!

      Delete
  30. alhamdulillah.. dpat respi bru.. smoga pcubaan nnti mnjadi dgn jayanya..😊😊

    ReplyDelete
  31. 1kg gandum tu anggaran kentang brapa biji ya?rempahnya brapa sudu?cilinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika puan guna sukatan 1 kilo tepung gandum, boleh guna 7 biji kentang saiz sederhana.Masukkan cili kering blend dalam 3-4 sudu makan, kalau tak suka pedas kurangkan, masukkan serbuk kari dalam 2-3 sudu makan.Kalau suka berempah intinya, boleh letak lebih serbuk kari. Dengan satu kilo tepung biasanya kita boleh dapat dalam 60-70 biji karipap, ikut saiz acuan atau saiz karipap yang kita buat..selamat mencuba ya!

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!