Selamat Datang Novemberku

Dengan Bismillah,
As salam dan salam Sejahtera,
Alhamdulillah.Sudah sampai ke penghujung tahun kita rupanya.Saya tak tahulah orang lain, tapi November pada tahun ini adalah bulan yang saya tunggu-tunggu kehadirannya sebab banyak hal gembira yang tak sabar saya nak lalui dengan sampainya bulan November ini.yeahhhh.


Teringat masa saya dapat tahu yang permohonan pertukaran saya ke Negeri Sembilan diluluskan, cepat-cepat saya tengok kalendar, nak tahu berapa lama saya kena tinggal jauh dengan suami dan anak-anak.Saya dapat tahu berita permohonan pertukaran saya sekitar pertengahan Jun 2017, jadi lebih kurang lima bulan penuh saya harus lalui hari-hari tanpa anak-anak dan suami di sisi.huwaaa.

senyuman pada wajah anak-anak sudah cukup buat kita rasa bahagia dan tenang di dalam hati

Orait, itu empat bulan lepas okey! Bila dah masuk November ni, saya harap sangat masa cepat berlalu.Saya rindukan suara anak-anak panggil "mama" setiap hari.Walaupun di sekolah, ramai juga anak-anak murid yang asyik tersasul panggil saya ibu!Haih.Budak-budak kecik usia 9-10 tahun kan.Dah depa tengok gelagat dan mungkin cara kita sama macam mak-mak depa, spontan keluar dari mulut nak panggil cikgu jadi ibu:)

Alhamdulillah, November kini sudah hari kedua tatkala saya menaip catatan ini.Apabila bilangan hari persekolahan semakin sedikit, maknanya, kami yang jadi cikgu-cikgu se-Malaya ni bakal bercuti sebulan pada Disember nanti.Indahnya Allah menyusun aturan hidup saya dan keluarga.Insha Allah, kami akan berpindah ke Port Dickson bermula cuti persekolahan nanti.

Jadi, tatkala cuti sekolah ini, semoga kami dapat berkumpul dan bersatu semula sebagai satu keluarga yang buat masa ini terpisah-pisah.Allah jualah perancang terbaik untuk kehidupan kita semua.

Sementara saya sendirian di Port Dickson, Suami saya yang baru sahaja warded kerana masalah saraf pada bahunya menetap di Muar bersama dua anak lelaki kami, dua anak perempuan pula, kami tumpangkan di bawah jagaan sahabat dan jiran dunia akhirat kami di Selayang.Ini kerana mereka sedang dalam minggu peperiksaaan akhir tahun.Sementara anak sulung pula berada di asrama di Subang Jaya.

 Ketika meraikan birthday Abang Amsyar pada bulan Julai lalu di asrama Kak Iman.Masa ni kami sekeluarga melawat Kak Iman di asramanya di Subang Jaya.

 Biasanya kami melawat kak Iman setiap hari Ahad, selepas itu Suami akan hantar saya ke Port Dickson.

Semoga dengan jarak yang Allah aturkan dalam keluarga kami, menjadikan saya, suami dan anak-anak lebih menghargai ikatan antara kami dan membantu kami dalam membina jiwa besar dan berdikari tatkala berjauhan antara satu sama lain.aamiin.

Nampak tak tu, dalam sekelip mata, Allah takdirkan hidup kami sekeluarga terpisah-pisah.Saya mohon semoga biarlah perpisahan ini adalah perpisahan sementara kerana mengharap keredhaanNya, dan berharap pada waktu terbaik yang saya rindukan itu, Allah satukan semula kami sekeluarga.Aamiin.

Namun,dalam tempoh tersebut, bukanlah kami langsung tidak bertemu dalam satu bumbung.Rahmat dan kasih sayang Allah tu kan luas. Setiap hujung minggu, kami akan berkumpul semula di rumah kami di Selayang.Alhamdulillah.

Allah sendiri bersumpah dalam surah Al Insyirah, dalam kesusahan itu ada kemudahan-sebanyak dua kali bukan? Ya, saya akui hal ini kerana banyak kali saya merasakan tiap kali Allah menitipkan kesukaran bagi kami, disebalik ujianNya itu, sangat banyak kemudahan yang diberi sampai kami tak berasa lagi kesusahan yang sedang dialami.Allahuakhbar!

Boleh baca sambungan entri ini di sini : Disember Di Rumah Baru

Kepada suami dan anak-anakku,
Terima kasih kerana dalam tempoh berjauhan ini, kami sentiasa keep in touch.Ya, dengan kemudahan teknologi yang ada, saya tak nampak kekurangan pun dalam takdir perpisahan ini.Terima kasih Tuhanku, kerana menjaga hati dan perasaan kami sepanjang perpisahan ini.

Semoga Allah lindungi kami dan sampaikan segala hajat-hajat dan keinginan kami untuk menjadikan keluarga kami, keluarga yang dirahmati, keluarga yang didalamnya  dipenuhi dengan barakah dan kebaikan yang melimpah ruah.amiin.

Terima kasih baca luahan ini.haha.Saya gembira tapi pada masa sama saya terkenangkan tempoh empat bulan yang sudah saya lalui.Apalah sangat jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang berbelas tahun mungkin terpisah dengan pasangan dan anak.Saya pula Allah uji dengan sedikit masa dan jarak, saya sudah kewalahan.Allahurobbi..


Post a Comment

0 Comments