Post Pertamaku di Tahun 2018

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Akhirnya...yup ! akhirnya.Allah izinkan juga saya berkongsi sepatah dua kata dalam blog kecil ini.Sedih wooo.Lama betul blog ini ibarat tidak bertuan, padahal ada je tuan tanah dok perhati je blog dia dari skrin phone. kihkih.Nampak sangat tragisnya tuan blog menanggung kerinduan untuk menaip di blog sendiri.

Keindahan salah satu pantai di area Port Dickson yang memukau. Cuti sekolah ni tak payah pi jauh-jauh, lepak je kat pantai macam ni pun dah okey sangat kann.heheh.

Alhamdulillah.Siapalah kita untuk menidakkan kuasa dan ketentuan Allah SWT kan? Sejak berhijrah ke Bandar Springhill, saya terpaksa akur bahawasanya kekangan atau cabaran saya bila berpindah ke sini ialah kemudahan mendapat wifi dan internet yang maksimum. Encik Suami sudah usahakan buat permohonan dengan Telekom Malaysia, namun nampak gayanya inilah yang harus kami hadapi.

Kediaman yang saya duduki sekarang merupakan fasa baru di Bandar Springhill, jadi mahu tak mahu kami kena tunggu sehingga bilangan penduduk mencukupi barulah boleh kabel TM di wujudkan di area perumahan kami.Sabo banyak-banyak jelah.

Boleh juga publish post guna phone, tapi feeling dia lain.Tak sama macam yang saya sedang buat sekarang:) menaip depan laptop sambil pinjam internet phone Encik Suamiku.heheh.Tambah lagi sekarang ni musim cuti sekolah, konon takde kerja nak buat, padahal kertas ujian berlonggok ko tak setel lagi.ciss.

Terima Kasih kalau ada readers yang sedang menunggu-nunggu khabar tuan blog Cik Matahariku.Saya baik-baik sahaja.Sudah mula membiasakan diri di sekolah baru dan yang terkini sudah mendapat Guru Besar yang baharu.Tiba-tiba sahaja rasa banyak kerja nak disiapkan.kihkih.

Bergambar dengan Guru Besar yang sudah bersara pada bulan November 2017

Anak-anak juga sudah bersekolah yang sama dengan saya.Alhamdulillah.Penghijrahan ini menjadikan kehidupan kami sekeluarga lebih bermakna, gembira, selesa, lebih baik dan semoga Allah merahmati kehidupan kami di tempat baru ini.aamiin.Mohon doa semua readers blog yang saya kasihi, semoga semua impian dan hajat saya sekeluarga untuk tahun ini dipermudahkan bagi kami untuk mencapainya.

Tugas Putera ke-5, susun kasut atau sediakan kasut sebelum kami keluar kemana-mana.Tugas ini sudah dilakukannya sejak kami tinggal di rumah lama lagi.Happy saya tengok dia masih teruskan tugasnya walaupun sudah berpindah rumah.Comel kan?

Banyak benda juga yang kami sudah capai meskipun tahun baru 2018 baru sahaja menjengah ke bulan Mac 2018.Seronoknya berpindah ke rumah baru, memang tak dapat nak gambarkan.Walaupun rumah kami belum ada tema khusus, tapi keselesaan kami sekeluarga diutamakan.Jom, tengok-tengok rumah baru saya:)

Ini pilihan sofa yang kami mahu letakkan di ruang tamu.Tidaklah nampak mewah, cuma saya dan Encik Suami fikir ia lebih praktikal dengan anak-anak yang kecil. 

kedudukan sofa buat sementara waktu:) Budak dua ketul yang bakal menjadikan suasana rumah macam playground..muehhee.

Sofa dan langsir dengan warna gold atau warna ala-ala earth, warna kesukaan saya dan Encik Suami

Sofa L shape ini asalnya kesukaan saya untuk diletakkan di ruang tengah dekat living room, tapi Encik suami tak berkenan pula.huhai.

Kongsi sikit-sikit dululah ya:) Di sekolah pula, saya diminta galas tanggungjawab sebagai Penyelaras SPBT.Haih.Masih lagi dengan dunia buku sebab di sekolah lama, tugas saya sebagai Penyelaras NILAM. Sebagai guru baru di sekolah baru, saya akur sahaja dengan tugas yang diberi. Anggap sahajalah Allah mahu saya belajar dan timba pengalaman baru.

 Bersama pengawas SPBT pada  majlis Watikah Lantikan Pengawas

 Semoga dapat terus beri komitmen pada tugas yang diamanahkan ya anak-anak cikgu:)

gigih para pengawas SPBT memproses AlQuran yang baru sampai 

Para pengawas SPBT sedang membuat aktiviti pengumpulan buku untuk pelupusan

Orait, cukup setakat ini dahulu saya kongsikan khabar saya.Doakan saya mendapat kemudahan berblog seperti dahulu dengan post yang lebih baik dan  bermakna:)




Post a Comment

4 Comments

  1. semoga di permudahkan segala urusanya (^_^).

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin, terima kasih singgah blog ini dan terima kasih utk doanya sis😍😘

      Delete
  2. Moga pengalaman di sekolah baharu lebih baik lagi daripada sebelumnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin.Alhamdulillah, Allah knows the best for us.Sekolah baru inilah yang terbaik buat saya pada masa ini:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!