Terima Kasih Readers Blog Cik Matahariku: Sudah Capai 30 Juta Pageviews

Dengan Bismillah,
As Salam semua, Sangat terharu sebenarnya bila menjelang syawal tempohari saya perhatikan pageviews blog ini sudah capai ke angka 30 juta pageviews. Kali akhir saya update jumlah paparan halaman blog atau pageviews blog ialah tatkala blog ini mencapai 21 juta pageviews. Alhamdulillah nampaknya usaha dan impian saya sejak tujuh tahun yang lalu bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam kann.hihi.

Printscreen terus ko..hehhe..malas nak edit bagai..:)

Blog ini asalnya dahulu bermula apabila saya menyambung pelajaran buat KPLI di Sungai Petani, Kedah. Masa tu sangatlah banyak masa lapang dan tinggal berjauhan dengan suami dan anak-anak.Tahu sajalah menjadi student semula pada usia 33 tahun, tempoh setahun di maktab memberi saya banyak peluang tambah pengetahuan dan pengalaman.

Anak-anak yang ditinggalkan bersama suami tatkala saya menyambung pelajaran.Ehh..tapi masa tu budak lelaki dua ketul tu belum ada lagi di alam fana ni..kihkih..

Tahun yang sama saya mengenali media sosial Facebook buat pertama kalinya.Waktu itu, tahun 2010, belum ramai pengguna laman sosial yang aktif seperti sekarang.Belum ramai yang memiliki akaun facebook dan juga mempunyai blog sendiri.Walaupun sudah ramai penulis blog personal yang mempunyai blog sendiri, cuma saya yang agak lambat dan ketinggalan.huhu.

Akhirnya saya memilih untuk menulis di blog sendiri kerana sekitar tahun tersebut, kita tidak boleh menulis status yang panjang berjela di Facebook.Saya pula bukanlah pandai sangat menulis, tapi sangat suka menulis.Yup! menulis bagai satu terapi bagi diri saya.Saya kumpul rasa tenang dan bahagia hanya dengan menulis.Kalau betul kena gaya, entah-entah saya boleh kurus hanya denga menaip di blog.hahha.

Zaman belajar KPLI di IPSAH, Sungai Petani,Kedah-bersama sahabat sepengajian:)

Terima Kasih Pembaca Blogku:)
Sebenarnya lebih kepada perasan sahaja post kali ini. Saya pun bukanlah tahu secara details iapa readers blog saya. Entah-entah orang yang lawat blog saya pun tak kisah kalau saya update ke tidak blog saya ni. Saya cuma tahu, blog saya ada pelawat apabila pageviews blog meningkat dengan bilangan pembaca sekitar 30k-50k sehari.hehe.

Pelawat blog inilah yang menjadikan paparan halaman blog saya berjaya meningkat kepada 30k pada bulan ini. Terima kasih banyak-banyak dan tidak terhingga saya ucapkan kerana andalah blog saya masih bertahan hingga hari ini.Alhamdulillah.

Syukur kerana Allah masih berikan kesempatan dan rezekikan saya untuk menulis dan berkongsi resepi masakan  dalam blog ini.Selain saya niatkan sebagai jariah saya, saya juga harap apa sahaja yang saya nukilkan dalam blog dapat memberi insprasi, motivasi dan juga manfaat kepada semua pembaca:)

Salam Aidil Fitri semua:)

Akhir kata, sempena penghujung syawal pada hari ini, saya mohon kemaafan lahir dan batin kepada semua pembaca budiman. Semoga Syawal kali ini menjadikan keimanan kita semakin bertambah dan rezeki juga semakin melimpah ruah.aamiin.

Sampai jumpa lagi ya!

Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!