Hadiah Sempena 31 Juta Pageviews Blog Cik Matahariku

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Yay!! Dalam kesibukan menguruskan kerja hakiki dan rumahtangga, diam tak diam blog ini sudah capai pageviews atau paparan halaman ke 31 juta.Bukan itu sahaja, pageviews harian blog ini juga semakin stabil sejak lepas raya Aidilfitri yang lalu.Kemain excited kongsi kat sini, padahal bukan ada readers yang ambik port pun berapa ramai yang tengok atau baca blog ko kann.kihkih.

Paparan halaman Blog Cik Matahariku terkini pada Ogos 2018

Secara peribadi, blog ini sedikit sebanyak seperti sahabat baik atau anak kecil saya, yang kalau ikut tarikh kelahirannya sudah pun menjangkau 7 tahun usianya.Alhamdulillah.Jika anda di tempat saya, bayangkan jika tujuh tahun lalu, anda ada seorang baby kecil, dan sekarang pasti baby kecil tu dah sekolah, dah pandai mengaji dan dah boleh diharap bukann??mueheheh.

Inilah baby kecil  saya yang dah besar, yang seusia blog Cik Matahariku:)

Hadiah Sempena 31 Juta Pageviews Blog Cik Matahariku
Orait, satu lagi good news saya nak kongsi kat sini ialah mulai hari ini, saya dah boleh berblog seperti biasa sebab Encik Suami yang tercinta dah sediakan wifi di rumah baru ini dengan kelajuan yang umphh.Thanks Encik Abang n I love it, not you..hehhe.

Thanks my dear Abang, I love it ( wifi) not you..hahahha..

Sebenarnya sebelum ini saya ada kongsikan masalah yang kami hadapi sejak berpindah ke Negeri Pasir Berdengung ni, rumah baru yang kami diami belum mendapat liputan wifi yang luas.Kena tunggu ada demand yang tinggi, baru depa ( pihak TM) boleh pasang tiang dan segala mak nenek kemudahan untuk liputan wifi mereka.Jadi, saya juga sangat berterima kasih dengan warga kerja TM yang ada di area Seremban, yang gigih membantu kami sehingga akhirnya kediaman kami mendapat kemudahan wifi. ( yang pasti berbayar ya!).

Jadi, lepas ni, takdelah sampai kena lepak kat balcony rumah den kalau rasa nak berblog kann.haha.Saya anggap ini sebagai hadiah terbaik sempena pageviews blog saya menjangkau 31 juta pada bulan ini.Syukur Alhamdulillah:)

Kepada sesiapa yang suka follow blog ini atau selalu cari resepi senang dan pasti jadi dan sedap, Inshaallah, saya akan mula berkongsi semula aktviti masak-masak saya di rumah baru.yiehhaa.

Sebenarnya malu juga bila ada beberapa orang rakan di sekolah baru yang menjumpai blog saya dan bertanya tentang resepi yang saya kongsikan, tapi tak kan tak mahu mengaku pula kan, sedangkan dah jelas terpampang nama samaran dan pic i yang tak semengah mana tu.Pasrah jelah..

Doakan saya dikurniakan kesihatan tubuh badan, diilhamkan untuk terus menulis hal-hal yang bermanfaat dan selalu ada perkara baru untuk dikongsikan dengan anda semua:)aamiin.

Sampai jumpa lagi:)

Post a Comment

2 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!