Hobi Cikgu Yang Tiada Degree Seni

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Haih.Time sekolah menengah dulu, saya memang ada ambil subjek Pendidikan Seni.Resultnya memang tak gempak mana, tapi sebab minat dalam bab-bab berkaitan seni, saya tetap teruskan minat saya sampai sekarang.

hobi cikgu yang tiada degree seni:)

Zaman sekolah menengah dulu, saya suka buat kad ucapan hari lahir sendiri bagi meraikan hari lahir sahabat-sahabat baik saya.Tak tahulah sekarang ni depa simpan lagi atau tak.Dah berpuluh tahun kot.haha.Minat terhadap dunia kolaj dan montaj memang sangat tebal dalam jiwa saya.

Macam saya beritahu awal tadi, saya membuatnya sekadar suka-suka, jadi kalau tak berapa nak kreatif tu, saya terima je kelemahan saya. Kat bawah ni, saya kongsikan hobi saya yang kecil, just for fun dan buat kawan-kawan happy. 

Rupanya aturan Allah tu sangat lengkap dan terbaik untuk hambaNya.Bila jadi Cikgu, Pendidikan Seni menjadi salah satu subjek elektif yang saya ajarkan di sekolah. Bila mengajar, automatik kita akan jumpa ramai anak-anak murid kita yang berbakat besar. Sayang rasanya kalau kita tidak gilap dan kembangkan potensi mereka ke tahap yang lebih baik kann.

Antara kerja kerastangan saya kat sekolah. 

banyak-banyak aktiviti seni yang saya belajar, saya paling suka buat aktiviti kolaj.
susun, atur dan buat seperti yang saya inginkan.

Ini pula semasa saya terlibat sebagai AJK Hadiah sempena sambutan Hari Guru di sekolah Convent, Kuala Lumpur. Benda ni like token atau penghargaan kepada guru-guru yang terpilih dalam pertandingan Anugerah Guru-Kononnya bila cikgu tu dapat Anugerah ikut kategori yang dipertandingkan, bila dalam gambar, kita tahu dia menang kategori mana.Boleh jadi kenangan kot.:)

Gambar daun dengan lady bug tu saya ilhamkan dan buat acuannya, then mintak tolong student colour guna cat poster dan potong daun atas polisterin.Ini hiasan bilik khas saya time di sekolah Convent. Tak tahulah sekarang ada lagi ke tidak daun simpulan bahasa tu..hehhe..( gambar budak seketul tu, anak lelaki saya yang sedang cuti kuarantin sebab chicken pox..)

 selepas buat token pic love pada hari guru tahun 2016, saya buat pula token rama-rama bagi penerima Anugerah Hari Guru tahun berikutnya. Sistem pemilihan guru dibuat menggunakan aplikasi Vle Frog, semua murid terlibat mengundi guru pilihan masing-masing ikut kategori.

 teman saya ni dua tahun berturut dapat anugerah sama. Hebat bukann?

Si manis Aidanur, still mengungguli Guru Anggun sekolah :)

Antara guru cemerlang dan menjadi kesayangan murid di convent.

Cikgu Matematik sekolah convent yang kini menjadi inspirasi saya mengajar matematik di sekolah baru. Sangat baik, dedikasi dan menyenangkan hati:)

Ini pula 3D flowers yang saya sediakan buat hiasan tepi tudung bagi pertandingan lagu patriotik antara kelab dan persatuan sekolah baru saya:) Sebab dah minat, buat apa pun saya tak kisah walaupun last minute idea:)

Selain buat aktiviti kolaj dan montaj, saya juga gemar lukiskan gambar untuk aktiviti warna anak-anak saya di rumah, kalau berkesempatan, lain kali saya kongsikan pula gambar yang saya lukis, tapi tidaklah semengah mana.kihkih.Setakat buat anak-anak main colour-colour bolehlah..)

Sampai jumpa lagi:)



Post a Comment

4 Comments

  1. Kreatif sangat..kalau dah minat tu memang buat apa pun jadi kan...cantik tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh...bolehlah nak bagi kawan-kawan happy kann..:)alhamdulillah.

      Delete
  2. Comel²... Je hasil tangan sis 😊

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!