5 Sebab Kenapa Peniaga Online Wajib Menjual Produk Di Shopee

As Salam,
5 Sebab Kenapa Peniaga Online Wajib Menjual Produk Di Shopee- Sebenarnya baru dalam dua tiga minggu lepas saya tahu pasal Shopee ni.Itupun Encik Suami yang bagitahu.Kalau anda nak tahu pasal shopee ni, dia sebenarnya sebuah laman jualan produk secara online macam lazada, e-bay, Lelong dan macam website lain yang korang pernah beli produk atau barang secara online.

Anda juga boleh install apps Shopee ni sama ada dalam phone atau laptop anda.
Boleh dapatkan di Google Play atau Apple store

Cuma yang bestnya part bisnes dengan shopee ni, ia mempunyai bilangan pelanggan maya hampir 15.7 million sehari beb.Pelawat atau potential customer yang masuk atau lawat shoppee ini banyak gila.pheww. Website ko ada pelawat banyak tu? kehkeh.Gurau no.Kalau dah capai, alhamdulillah.Maksudnya anda sudah berada di track yang betul:)

Tips Mudah Dan Cara Jual Produk di Shopee Dengan Untung Berganda
Okey.Saya nak kongsi satu panduan yang boleh kita dapati secara digital mengenai tips dan cara yang details macam mana nak menjual produk atau berniaga di Shopee.Memang mantap dan bayangkan kalau kita baru nak berjinak-jinak dalam bisnes online, shopee merupakan pilihan terbaik untuk kita pasarkan produk kita:)

klik gambar untuk dapatkan tips berniaga di Shopee

Shopee ni sebenarnya sebuah laman web jualan online yang baru sahaja beroperasi sekitar tahun 2015.Part paling best dengan shopee ni ialah pelawat yang datang website ni memang jenis pelawat yang serius nak membeli.Ha, part nilah yang para peniaga online kena rebut dan ambik peluang ni.

Kalau anda antara peniaga online atau usahawan yang sudah berjaya dengan cemerlang menjual produk di Facebook atau Instagram, keuntungan bersih anda sebenarnya akan jadi lebih berganda-ganda bila anda mula berniaga di Shopee.Yes.Believe me.


Orait.Ini sebabnya.Kenapa anda tak boleh berlengah lagi untuk mencuba berniaga atau menjual produk anda di Shopee.
  1. Berniaga di shoppee membolehkan kita banyak masa untuk buat strategi marketing dengan lebih banyak lagi sebab, kita dah tak payah nak entertain customer melalui wassap atau messenger.Di Shopee, produk anda akan dipamerkan, pelanggan hanya akan pilih dan klik untuk membeli sebelum bersedia untuk membuat bayaran secara online.Kan dah kata tadi, kat shopee ni serius buyer sangat ramai!
  2. Pelawat di Shopee tak macam pelawat di Facebook atau Instagam yang kebanyakannya log in akaun tersebut sebab nak bersosial di alam maya.Sambil-sambil tu barulah mereka tengok kalau mereka terpandang iklan kita.Kalau produk kita dah dikenali, okey lagi tapi kalau depa tak kenal, potensi untuk mereka membeli sangat kurang.
  3. Kaedah jualan di Facebook atau Instagram yang minta pelanggan wassap atau DM kita, menyebabkan kita kadangkala tak menang tangan nak layan mereka, tapi belum tentu yang tanya macam-macam tu nak beli produk kita.Tapi di Shopee, kita tak perlu buat itu semua.Kalau pelawat itu interested nak beli produk kita, dia akan terus klik order atau buat bayaran.Best bukan?
  4. Kita sebenarnya boleh jimat lagi banyak dengan berniaga di Shopee.Kita jimat tak payah lantik staff untuk reply satu-satu soalan customer, tak payah duduk depan laptop 24 jam, kalau ada customer beli produk kita, kita akan dapat notifikasi.
  5. Selain itu, menjual produk di Shopee adalah percuma.Anda boleh menjual tanpa had, lagi banyak produk yang anda jual, lagi besar potensi produk anda mendapat pembeli.
Banyak lagi sebab berniaga di Shopee yang anda akan tahu kalau anda dapatkan e-Book Tips Berniaga Di Shopee- Klik Sekarang.


Jika anda tidak pasti bagaimana nak memulakan jualan di Shopee, anda boleh dapatkan semua info dan cara mula berniaga di Shopee dengan Daftar di sini : Cara Berniaga di Shopee- 

Sebagai seorang Usahawan, keberanian mencuba sesuatu yang baru haruslah diamalkan. Macam mula-mula dulu anda berniaga di Facebook atau Instagram, mesti anda akan rasa ragu-ragu pada mulanya kan, tapi lihat sekarang, bagaimana hasilnya? Jangan berlengah lagi, kerana dah ramai peniaga online yang dulunya menjual produk di Fb atau Instagram kini sudah mula beralih arah ke Shopee:)-

Marilah sama-sama kita mulakan perniagaan bijak dengan menjaul produk di Shopee:)

Terima kasih dapatkan info tentang Shopee di sini:) Semoga bermanfaat kepada anda:-


Post a Comment

0 Comments