Pengalaman Buat Bendera Gergasi Sempena Bulan Merdeka

As Salam,
Pengalaman Buat Bendera Gergasi Sempena Bulan Merdeka- Kali ini saya nak kongsikan pengalaman sebagai Cikgu Puteri Islam kat sekolah. Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan kat sekolah saya pada minggu lepas, penganjur bula kemerdekaan sekolah telah mengadakan pertandingan rekacipta bendera gergasi antara badan unit beruniform.Yeahhh.Sebagai cikgu, pertandingan ni sebenarnya tak menjadi sukar sebab dapat ahli yang rajin, kreatif dan saling bekerjasama.

pertandingan menghadkan 10 orang murid bagi merekacipta sebuah bendera gergasi.
seronok budak-budak ni bila bendera yang di rancang dapat siap dengan jayanya.

Jom, Buat Bendera Gergasi
Sebenarnya idea asal ciptaan bendera ni adalah dari beberapa orang guru penasihat Puteri Islam yang lain, cuma memandangkan saya Cikgu Seni dan saya suka akan aktiviti seperti ini, maka saya banyak guide dan bantu mereka untuk menyiapkan bendera ini. 

 idea asalnya, dicadangkan  supaya ahli yang terlibat dalam pertandingan ini membawa suratkhabar kerana syarat pertandingan memerlukan setiap unit BBU menggunakan bahan kitar semula.Jadi, daripada suratkhabar itu akan dicelup warna bendera iaitu merah, putih, biru dan kuning.Sebelum tu, suratkhabar itu akan dikepal bulat-bulat sebelum dicelup dengan warna dan dilekatkan atas kadbod keras ( kotak) yang besar.

berkepul-kepul jugaklah depa ni dok siapkan.Tetapi idea ditukar memandangkan agak sukar melekatkan akhbar atas kadbod nanti, maka rakan guru lain mencadangkan supaya murid hanya mengecat suratkhabar dengan warna bendera dan menguntingnya kecil-kecil sebelum dilekatkan atas kadbod yang sudah dilakar dengan lakaran bendera Malaysia.

 Ini pula gambaran awal penyediaan bendera gergasi.Gigih murid-murid saya menampal cebisan akhbar atas kadbod.Kerja jadi mudah sebab ahli-ahli memberi komitmen yang sangat tinggi. Saya just tolong lakar bendera, buatkan bulan dan bintang, selebihnya bab menampal disiapkan oleh murid sendiri.

 Pada peringkat awal penyediaan, akhbar dicat dengan warna bendera.Kemudian bila akhbar sudah kering, murid mengunting akhbar menjadi cebisan kertas.Memang agak rumit, tapi saya tengok budak-budak ni sangat happy. Saya pulak jenis tak suka kerja yang comot, "masak" jugak budak-budak ni saya bebel supaya buat kerja dengan kemas, teliti dan jangan bersepah.Dah namanya budak, bersepah tu tetap ada, cuma bila saya dah bising, pandailah depa ambik penyapu dan kemas apa yang patut.haha.Dasar cikgu ala mak-mak.

Tugas nak siapkan bendera gergasi ni mengambil masa hampir 3 hari juga.Maklumlah, tugas nak menampal satu demi satu cebisan kertas suratkhabar ni memang kena sabar dan teliti, itu kalau nak hasil yang menakjubkanlah.Kalau tidak, saya bagitahu mereka, mereka hanya dapat penat sahaja, sebab juri pasti akan ambilkira semua aspek bagi menentukan pemenang yang benar-benar layak. 

Peringkat akhir penyediaan bendera gergasi. Saya tolong murid-murid ini buat lakaran bunga raya atas kad manila, selebihnya mereka yang tekap dan gunting sehingga menghasilkan 8 kuntum bunga raya.Mereka jugalah yang menyusun bunga raya di atas kadbod supaya bendera nampak lebih meriah.

Bendera gergasi sudah siap dan sedang tunggu masa untuk dinilai.

touch up bendera gergasi sebab ada cebisan suratkhabar yang tidak digam dengan kemas, jadi ada yang tertanggal dan nampak comot.Sebagai guru pembimbing, saya gembira sebab kegigihan murid-murid ini, bendera gergasi ini dapat siap pada masa yang ditetapkan.

Bendera gergasi hasil rekacipta semua unit uniform disekolah, nampaknya bendera gergasi unit Puteri Islam tidaklah sebesar mana berbanding dengan yang lain.Cumanya, secara peribadi saya mengagumi daya usaha murid-murid ini walaupun tidak menang dalam pertandingan ini. Harapnya pengalaman berharga yang mereka perolehi ini, yang tidak diperolehi oleh rakan dari unit lain pastinya dapat memberi nilai tambah apabila mereka berada di alam menengah atau ke sekolah lain nanti.Insha Allah.

Perkara paling berharga antara guru dan murid ialah apabila murid dapat pengalaman dan pengetahuan baru daripada gurunya, dan seorang guru pula dapat mencurahkan pengalamannya kepada murid-muridnya.AlHamdulillah:)

yay! dapat hadiah:) betul kata Encik Suami saya, budak-budak ni bukan kira menang atau kalah sangat, hadiah atau penghargaan yang mereka dapat itu lebih bermakna.Semoga memberi makna yang sebenar ya anak-anak didikku:)

Kepada semua yang merasakan dan menganggap dirinya sedang belajar, terimalah apa sahaja bimbingan dan didikan walau dari sesiapapun mereka, kerana ahli bijak pandai memberitahu kita bahawa semakin kita belajar akan sesuatu, rupanya lebih banyak lagi yang kita tidak tahu-

Thanks reading this entry, sampai jumpa lagi:)

Post a Comment

0 Comments