Pengalaman Sebagai Pengawas UPSR Di NBO24 SK Telok Kemang, Port Dickson

As Salam,
Pengalaman Sebagai Pengawas UPSR 2018 Di NBO24 SK Telok Kemang, Port Dickson- Alhamdulillah.Saya dan rakan-rakan guru yang ditugaskan menjadi Pengawas Peperiksaan UPSR tahun 2018 baru sahaja selesai menjalankan tanggungjawab kami beberapa hari lalu.Ini  tahun kedua saya terlibat sebagai Pengawas UPSR.Pengalaman kali ini, walaupun nampak seperti mendebarkan sebab pada masa sama saya juga mempunyai anak yang turut menjawab peperiksaan UPSR pada waktu yang sama, cuma berlainan tempat.

Team pengawas di pusat peperiksaan NB024-SK Telok Kemang bergambar bersama Guru Besar (bertudung coklat) Sekolah tersebut.Bertuahnya kami sebab guru besar sekolah ini siap offer kami menu makan sepanjang bertugas empat hari disekolahnya dengan beliau sendiri yang memasakkan hidangan tersebut untuk kami.Pheww.

Sejak taklimat pengawas peperiksaan dengan penyelia kawasan yang diadakan di SM Datok Abdul Samad ( SEDASA ), Port Dickson, saya dan rakan -rakan guru sudah maklum yang kami harus berada awal pagi di pusat peperiksaan di mana kami bertugas.

Gigihlah saya, sepanjang minggu peperiksaan bangun awal pagi dan memastikan anak-anak saya juga bangun awal.Nasiblah si kemetot saya yang bongsu tu pun terjebak sama.huhu,Nasib baik Encik Suami banyak bantu mudahkan urusan pagi saya.Dialah yang akan mandikan si kenit Aryan kami untuk ke sekolah di Pasti Springhill.Lima minit je kot sekolah dia dengan rumah kami.

Inilah si kenit Aryan Iman yang selalu menghiburkan kami-time baik dialah anak yang paling soleh den raso, tapi bila dia buat drama pagi atau buat onar, den raso nak penyet-penyetkan je dio ni.hahahah.

Rutin pagi kami berubah apabila seawal 6.30 pagi saya sudah terpacak kat sekolah sebelum menumpang rakan satu sekolah yang sama-sama bertugas di pusat peperiksaan tersebut.Pusat peperiksaan tu pun tidaklah jauh sangat juga dengan sekolah kami, lebih kurang 7 km gitu.Tapi tulah, cikgu kann.Mana reti nak langgar peraturan.kihkih.Dah Ketua Pengawas pesan, datang awal, sebab dia dan seorang lagi rakan pengawas guru akan bertugas mengambil kertas peperiksaan di Bilik Kebal di SEDASA.

Ketua Pengawas (KP) atau kapten kami sepanjang menjadi pengawas di SKTK ialah yang berdiri no 2 dari kiri, yang kami panggil Cikgu Zaki, bersama Sir Ali yang berdiri paling kiri sekali yang menjadi pengiring setia KP mengambil kertas dan menghantar soalan ke bilik kebal setiap pagi. Sir Ali juga runner bagi kami sebab sekolah SKTK ini menggunakan sebuah dewan dan empat buah kelas bagi calon-calon mengambil UPSR pada tahun ini.

Seawal pagi, rutin kami bila sampai di pusat peperiksaan ialah kami akan memastikan dewan dan bilik darjah yang digunakan untuk peperiksaan dalam keadaan bersih dan kemas.Macam saya yang ditugaskan di bilik darjah, saya dikehendaki menulis mata pelajaran, kod, tempoh masa menjawab di white board kelas tersebut.Selain itu, perlu dicatat kehadiran calon di whiteboard tersebut.Di sini, terdapat 138 calon yang mengambil UPSR, setiap kelas diagihkan kepada 20 orang calon.

Selain mengawasi peperiksaan, saya dan rakan yang bertugas di bilik darjah turut akan memastikan tiada sebarang pelanggaran arahan yang termaktub kepada calon peperiksaan seperti menipu, meniru atau apa-apa kesalahan ketika peperiksaan sedang berjalan.Kami juga akan memastikan murid sentiasa menyemak jawapan dan mengikut arahan yang diberi dalam kertas soalan.

Cuma yang bezanya dengan zaman saya periksa dulu, calon UPSR sekarang tidak perlu menghitamkan no angka giliran, no kad pengenalan dan segala maklumat seperti kod matapelajaran , ini kerana ia sudah diisi dengan lengkap oleh mesin khas.Jadi calon hanya tinggal semak sahaja borang OMR atau borang jawapan objektif.

Kalau zaman kita periksa dulu, jenuhlah makcik kena hitamkan semua maklumat tu semua kan.kiki. Budak sekarang memang banyak kemudahan dan banyak untung, tapi tulah, kadang-kadang suruh belajar pun malas.dah mula nak bebel ala cikgu-cikgu ni.huhai.

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan berbesar hati bertugas di SKTK kerana disiplin murid tahun 6 sekolah ini yang baik dan memuaskan hati. Kami langsung tidak berhadapan dengan sebarang masalah disiplin calon di sekolah ini.

Calon UPSR SKTK sedang tekun menjawab soalan semasa peperiksaan akhir minggu lalu.Saat memandang wajah mereka, saya akan teringat dan terbayang anak sendiri, yang sedang menjawab soalan yang sama.Semoga doa semua kepada calon-calon UPSR tahun ini, khasnya doa para guru dan ibu bapa mereka tidak dihijab dan diterima Allah sepenuhnya.aamin.

Seperkara lain yang saya rasakan pengalaman kali ini sangat berharga apabila semua warga guru dan staf sokongan SKTK menerima dan melayan kehadiran kami dengan ramah mesra dan penuh semangat setiakawan.Ini saya rasakan sejak kali pertama kami datang melawat kawasan tempohari.

Selain itu, kami juga dijamu dengan air tangan Guru Besar sekolah ini yang dikenali sebagai Puan Fuziah, yang sangat ramah, mudah tersenyum dan sentiasa memastikan kami dapat melaksanakan tugas kami mengawasi peperiksaan calon UPSR di sekolahnya dengan selesa.Alhamdulillah. Pelbagai jenis menu yang disediakan sejak hari pertama kami di sekolahnya seperti Mi goreng ayam, Bubur Nasi Telur Asin dan kangkung, Nasi Minyak dan juga Nasi Ayam.Itu belum lagi dengan aneka kuih dan dessert yang sedap-sedap!

Dessert yang dijadikan souvenir kepada team pengawas SKTK pada hari akhir kami bertugas.Macam mana rasa chocojar ni? heaven ko.Dengan Chocolate yang melting.ish.

Asalnya ingatkan boleh kurangkan kalori kat badan sebab time bertugas kami tidak digalakkan duduk, jadi sambil berdiri dan berjalan depan ke belakang sambil mengawas peperiksaan,dapatlah bakar lemak barang dua tiga gram.Sekali rehat, makan sedap sampai tak hengat.haha.Punah harapan den.

Thanks to Sir Ali yang gigih menjadi runner dan cameraman kami semua.hehhe.Orangnya takde dalam pic ni.

Pengalaman sebagai pengawas peperiksaan UPSR kali ini juga memberi satu inspirasi kepada saya bahawa dalam apa juga tugasan, semangat berpasukan dan setiakawan sangat penting.Secara peribadi, saya sendiri kagum dengan rakan guru dalam team kami yang walaupun hanya baru berjumpa dan bertugas dalam tempoh 4 hari, kami boleh bekerjasama dengan sangat bagus, chemistry antara kami sangat baik sehingga kami bebas bersembang tentang pelbagai perkara pada waktu rehat atau selepas bertugas.

Pada hari last day, sempat lagi KP kami memberi ucapan terima kasih dan berharap dapat bersama lagi pada tahun hadapan. Million thanks to all of u, Cikgu Zaki, Sir Ali, Sir Jagdev, Kak Ayu, Kak Ju, Intan, Iffah, Yashota and Syaz:)

Satu lagi yang saya perasan, leadership KP kami juga sangat bagus.Cara dia yang sentiasa berinteraksi dengan kami, memberi arahan dengan cara yang baik dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam amanah yang dipegangnya, sehingga kami sepakat dalam grup wassap yang KP kami tubuhkan, mahu bersama-sama dalam team dan KP yang sama jika ada peluang bertugas lagi pada masa hadapan.Teruk sangat chemistry ni kann.hahaha.Alhamdulillah.Allah yang Maha kuasa yang melembutkan hati-hati kami untuk saling bertolak ansur dan saling menghormati.Subhanallah:)

Syukur Allah permudahkan urusan kami sepanjang menjalankan tugas dan berkhidmat kepada nusa tercinta. Alhamdulillah.Tidak saya lupakan, akan kemalangan yang menimpa salah seorang rakan guru yang bertugas seperti kami di Lawas, Kuching.

Marilah kita sedekahkan Al fatihah kepada rakan guru yang bertugas seperti kami, yang ditimpa kemalangan di Lawas, Kuching, iaitu Allahyarhamah Cikgu Arrzahara Affendi, 28 tahun sebaik sahaja selesai menjalankan tugas mengawas peperiksaan UPSR pada hari terakhir pada hari Khamis yang lalu.Semoga Allah menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan hambaNya yang solehah dan beriman. Aaamin. Takziah kepada keluarga Cikgu Arrzahara serta saya turut mendoakan kesembuhan kepada rakan sekerja yang bersama-sama Cikgu Arrzahara ketika kejadian iaitu Cikgu David.Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.







Post a Comment

0 Comments