Selamat Hari Lahir Encik Suamiku:)

As Salam,
Selamat Hari Lahir Encik Suamiku:)-Saat saya menaip post ini, jam baru sahaja menunjukkan 9.30 malam.Tapi Encik Suami yang baru sahaja meraikan ulangtahun kelahirannya pada hari ini iaitu 11 September 2018, dah selamat belayar ke alam mimpi.haha.Kesian Birthday Ayah sorang ni. Kalau saya share kat sini, rutin Encik Suami saya sejak bangun pagi tadi, mesti korang pun tahu dia keletihan selepas seharian menguruskan kami sekeluarga.

Happy Birthday Abang:)

Selepas solat subuh dia ajak saya untuk menemaninya ke Pasar bagi membeli barang keperluan dapur.Nampak ayat tu, temankan dia okey.Maksudnya, bila kat pasar saya tak payah sibuk-sibuk nak pilih ikan, sayur atau ayam, sotong, udang bagai.Dia yang akan buat semua untuk saya.Dulu masa kami di KL, dan anak-anak kecil lagi, saya langsung tak pernah ikut dia ke pasar.AlHamdulillah, itulah rutinnya sekarang bersama saya setiap pagi pada hujung minggu, walaupun hujung minggu ini adalah hari lahirnya, dalam memenuhi tanggungjawab itu tidak menjadi hal bagi Encik Suamiku.( Sayang Abang sangat-sangat:).

Pic time Hari Raya tahun ini.Anak pompuan yang hampir semua ikut peel ayah depa yang jarang "skema" time bergambar.hhaha.

Eh, tak habis lagi cerita pergi pasar.Selesai membeli barang dapur, dia ajak saya breakfast pagi kat sebuah restoran mamak.Dia tahu saya suka breakfast pagi roti canai dengan teh tarik.yay!!Sambil order makanan kami, tak lupa juga Encik Suami orderkan 5 keping roti canai dan 5 bungkus nasi lemak, untuk siapa tu? Of Course untuk anak-anak yang kami tinggal di rumah.Gigihnya suamiku menguruskan semua untuk kami.muehhehe.

Abang jugaklah yang selalu gigih ambik order time kami sekeluarga makan kat luar.Itu belum lagi part kalau pi makan kat kfc atau MCd, abang jugaklah yang gigih beratur nak order makanan dan mintak sayang duduk  kat meja je dengan anak-anak.

Balik rumah, sementara saya sidai baju yang sudah dicuci oleh anak kedua kami ( sebab itu rutin anak kedua dalam menguruskan pakaian kami sekeluarga di rumah ), Encik Suami cepat-cepat bersihkan lauk yang kami beli di pasar tadi.Dia sempat berpesan supaya saya masak tengahari awal sedikit sebab selepas Zuhur nanti kami akan hantar anak sulung balik ke hostel di Subang Jaya.

Pulang dari urusan menghantar anak sulung ke asrama, saya minta suami bawa anak-anak kami yang lelaki pergi gunting rambut pula.Anak lelaki saya, kalau rambut panjang sikit, jadi tebal dan menegak pula rambutnya.Haih.

Abang dan adik yang kalau rambut dah start panjang, rupa pun dah macam orang pakai rambut palsu gamaknya.Si Ayah pula suka mengusik dengan bertanya si Abang, bila nak tukar rambut palsu tu..hahhaha..

Itu semua baru sehari saya story mory tentang rutin dan kehidupan seorang Ayah kepada anak-anak saya.Bayangkan, kami sudah bersama sejak hampir 14 tahun, dan dia telah buat lebih dari apa yang saya kongsikan dengan anda di sini.Alhamdulillah, hanya Allah sahaja yang selayaknya mengurniakan ganjaran atas segala kebaikan Suami saya dalam rumahtangga kami.aamiin.

The best of you, the best of me, combine to make a perfect WE:)

Selamat Hari Lahir Encik Suamiku:)
Surat Cinta Untuk Abang :)
Abang,
Sayang tak pasti, bila abang akan baca post sayang yang ini. Asalnya, sayang tak nak announce birthday Abang dalam blog ini, tapi sayang dah anggap blog ini kepunyaan Abang juga, cuma sayang yang jadi tukang taip dan publish post.hehhe.

Sumbangan Abang paling besar dalam hobi berblog sayang ialah bila abang sudi je dengar dan cuba memahami macam-macam istilah dalam dunia blog.Mulanya dulu memang abang tak ambik tahu, tapi bila sayang paksa abang ambil berat sebab berblog ni dah jadi pasif side income kami sekeluarga, jadi sayang nak abang ambik tahu pasal ini juga.

Sayang very proud to have you as my husband, not just my husband, but great father to all our children.Abang tahu tak, sayang selalu puji and admire abang depan anak-anak.Sampai depa kata, memanglah mama suka Ayah sebab Ayah tu kan suami mama.Of Course Abang! Sayang memang dah suka Abang walau masa tu Abang belum jadi suami sayang pun.haha.

Abang Amsyar yang katanya bila dah besar nanti nak jadi macam Ayah:)

Sayang rasa blessful bila dengar anak lelaki kita yang pertama yang kita panggil Abang ( kecik) sebab Ayah (Abang besar), beritahu pada kita yang bila dia besar nanti dia nak jadi macam Ayah.Bila sayang tanya, nak kerja macam ayah ke ? Tak, nak jadi macam ayah.Itu jawabnya.Bila Sayang tanya lagi, ayah buat apa je? Abang nak pergi pasar macam ayah, tolong mama sidai baju, ambil abang balik sekolah, bawak kite orang jalan-jalan...banyak lagilah:)

How sweet Abang ( kecik) and how sweet you Abang (besar).Betapa anak-anak melihat sendiri ayah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan penuh gembira dan bersemangat, sehingga anak lelaki kita pun mahu menjadi seperti Ayah.Allahuakhbar.Maha suci Allah yang memberikan kami kebahagiaan ini.

semoga Allah merahmati kasih sayang kita sekeluarga:)

Abang tahu tak, anak-anak pompuan kita juga sempat bergosip-gosip sesama mereka, bila dah besar nanti, mereka juga mahu cari lelaki seperti ayah.Ayah yang tegas dan garang, tapi pada masa lain boleh buat kelakar sehingga mereka ketawa tidak berhenti.Wahai suamiku yang budiman, sayang selalu rasa bersalah sebab tak mampu sehebat abang dalam memikul tanggungjawab sebagai ibu dan isteri yang terbaik untuk abang.Maafkan sayang tau Abang:)

Siang tadi, masa sayang tengah masak kat dapur, anak sulung kita bertanya, mama tak buat surprise ke untuk birthday ayah hari ni.Sayang jawab, dulu masa depa kecik, sayang ada try nak buat surprise untuk celebrate birthday abang, tapi abang tak suka.Abang siap warning, jangan buat lagi benda-benda macam tu sebab abang tak nak sayang susah-susah untuk abang.Allahu.

Semoga Allah kurniakan kehidupan yang bahagia dalam rumahtangga kita bersama anak-anak yang menjadi penawar, penyejuk hati dan penyebab kepada kesempurnaan iman kita kepadaNya.aamiin.

Abang,
Sempena hari lahir abang hari ini, sayang doakan semoga Allah kurniakan kebaikan yang banyak akan umur abang yang sudah berlalu dan yang  akan datang.Semoga Allah kurniakan kesihatan tubuh badan yang sempurna buat abang, semoga Allah makbulkan semua impian dan hajat dalam hidup abang. Semoga Allah beri segala kemudahan dalam urusan pekerjaan abang dan Allah mudahkan Abang menunaikan tanggungjawab sebagai Suami, bapa dan anak yang berbakti kepada kedua orang tua.aamiin.

Abang,
Terima kasih banyak-banyak sebab terima sayang seadanya walau abang selalu ejek sayang macam-macam, tapi sayang tahu abang just do it for fun.Nanti-nanti sayang usahakan untuk diet eh.Tapi sebelum tu, belikan dulu treadmill untuk sayang, senang sikit sayang nak jogging dalam rumah gitu.kihkih.Abang jahat tau.Mana ada isteri yang suka bila husband dia ejek dia bulat, gemuks dan macam-macam.Sabar jelah abang haji wei.

Eh, satu lagi.Abang jangan lupa, sayang nak handbeg baru tau.Sayang diam je bila handbeg yang lama terputus talinya dua kali, abang bawak pi hantar jahit.Kalau boleh, nak hadiah handbeg baru time birthday sayang minggu depan.muehehhe.Sempat lagi ni.

Okeylah Abang, untunglah dapat isteri seorang Blogger ni tau.Sayang dah ambik tender post hari ni special edition untuk story mory pasal Abang je.Dah, cukup.Karang ada readers kecam sayang sebab expose hal husband dalam blog.Macam dia sorang je yang ada suami.kihkih.

Last, Happy birthday Abang!
Only the best man will do:)
The best of you, the best of me, combine to make a Perfect WE:)
Luv abang dunya wal akhirat.aamiin.

Ikhlas daripada
Isterimu ( Your Big Fan )


Post a Comment

0 Comments