Septemberians : Proud Of You:)

As Salam,
Bertuahnya Kalau Ada Best Friend Septemberians-Yeah.Hey, sesiapa yang baca blog ni dia lahir bulan September, saya nak wish Happy Birthday geng! Proud of you:).Tahu-tahu dah nak masuk pertengahan bulan September sebab sibuk update blog dengan post terbaru sebab nak kejar target 1000 post hingga hujung tahun ini.Tolong doa-doakanlah ya.Saya ni nama je sudah berblog since 7 tahun lepas, tapi jumlah post yang sudah berjaya saya publish adalah dalam sekitar 734 post. Maksudnya dalam setahun saya hanya publish sekitar 104 post.Setahun kot?kihkih.

Jika anda lahir pada 22 Ogos hingga 23 September, maka anda bolehlah dikategorikan sebagai geng Virgo yang katanya nampak serius, padahal anda sebenarnya cerewet dan sangat mementingkan kesempurnaan bukan?haha. Mengaku sajalah.

Semoga yang baik-baik dan manis-manis sahaja menanti untuk semua Septemberians:)

Geng Virgo Sejati
Siapa yang bertuah sangat tu dapat best friends dari kalangan geng virgo atau lebih tepat kalangan Septemberians.haha.Of Course saya salah seorang darinya.Best Friend saya merangkap geng satu rumah saya, dan jugak bapak kepada anak-anak saya ialah seorang Virgo Sejati yang pastinya selalu menyenangkan hati.Alhamdulillah.

Encik Suami bergambar dengan anak sendiri dan anak buah.Bapak pulak yang lebih excited time bergambar. Orang Bulan September memang jenis happy macam ni kann?

Allah pinjamkan dia untuk saya selalu gembira dan bersyukur bahawa bila lihat kebaikan dan semua yang dia lakukan kepada kami sekeluarga, mengingatkan saya kepada Allah yang Maha Baik, bahawa memang saya akur, tidak ada satu nikmat Tuhan pun yang dapat saya dustakan.Allahurabbi.

Selain dia yang baik, Allah juga pinjamkan saya ramai sahabat Septemberians.Anehnya, orang bintang Virgo ni, walau kita baru kenal sekejap, kita akan rasa ngam dan chemistry dia lain macam.Yup, tak percaya.Jika anda ada kawan yang lahir bulan September, cuba perhatikan dan lihat sendiri bagaimana keupayaan orang Bulan September ini menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan dan dengan sesiapa juga.heheh.Betul kan?

Salah seorang sahabat baik si Virgo yang saya ada. Saya masih ingat, pada hari saya berhenti kerja di salah sebuah sekolah integrasi di Gombak, saya katakan pada dia, walaupun saya dan dia hanya sempat berkenalan dan bersahabat dalam tempoh yang sekejap, tapi saya selalu rasa saya sudah lama kenal dan selesa berkawan dengan dia. She always menyenangkan hati:)

Seorang lagi rakan sekerja yang lebih senior dari saya.Saya panggil namanya sebagai Kak Sauyah.Juga salah seorang geng Virgo yang saya selesa bersama dengannya.Seorang yang ringkas, mudah didekati, nampak seperti pendiam, tapi bila diminta untuk berkata atau berucap tentang sesuatu perkara, dia dapat melakukannya tanpa ragu.Seorang guru kaunseling sekolah yang dipercayai.Meski kami sudah berpisah, kerana saya berpindah sekolah, dia masih setia menghantar berita dan bertanya khabar.Semoga Allah rezekikan kami untuk bertemu lagi pada lain kesempatan.

Kalau ikut kajian  Dr Mohd Fadzilah Kamsah, Orang yang lahir Bulan September ada ciri-ciri ini :
  1. sangat bersopan santun & bertolak ansur
  2. sangat cermat,teliti dan teratur
  3. suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
  4. pendiam tapi pandai bercakap
  5. sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
  6. sangat perihatin & terperinci,amanah,setia dan jujur
  7. kerja yang dilakukan sangat sempurna
  8. sangat sensitif yang tidak diketahui
  9. orang yang banyak berfikir
  10. otak bijak dan mudah belajar
  11. suka mencari maklumat
  12. kawal diri dari terlalu mengkritik
  13. pandai mendorong diri sendiri
  14. mudah memahami oang lain(daya firasat yg tinggi) sebab banyak simpan rahsia
  15. suka sukan,hiburan dan melancong
  16. kurang menunjukkan perasaannya
  17. terluka hatinya sangat lama disimpan
  18. terlalu memilih pasangan
  19. sukakan benda yg luas
  20. bersistematik 
kedua-dua mereka antara teman karib saya di sekolah.Yang bertudung kuning, kak Yati lahir pada bulan Oktober ( sangat cool and steady je orangnya).Yang seorang pula, Intan namanya.Antara Geng Virgo yang happy go lucky, mudah menyesuaikan diri dimana dan dengan sesiapa-proud to be friends with both of you:)

Dah,Tak payah nak beriya sangat check birthday kawan atau pasangan.Kalau kita amalkan sikap dan sifat bertolak ansur, saling menghormati dan mempercayai, ko BFF dengan orang lahir bulan berapa pun, tetap okey.

Antara sahabat baik yang saya temui semasa berkhidmat di convent

Mendapat teman yang baik-baik juga satu rezeki dalam kehidupan kita:)

Saya kongsikan ini berdasarkan pengalaman sendiri bersahabat baik dengan geng-geng Virgo. Lagi satu, Orang Bulan September ni memang sangat pandai simpan rahsia.Bahkan orang lain yang belum mengenali dia pun, boleh bercerita hal peribadi atau rahsia yang dia tak kongsikan kat orang lain. Sebab tu, best kalau kita dapat sahabat atau geng dengan si Virgo ni.

Jangan pula readers yang lahir dari bulan lain kecam saya ya!haha.Ramai juga saya bertemu dengan sahabat yang lahir pada bulan lain, yang sangat baik, tidak berkira dan sangat pemurah sehingga saya sangka mereka adalah malaikat yang Allah datangkan dalam hidup saya, subhanallah:)

Kali ini, sempena bulan September, saya ingin meraikan teman-teman Septemberians, semoga terus istiqamah dengan segala nilai baik dan positif yang anda miliki, kawal ke"cerewetan" korang, jangan sampai teman lain jadi fedup pulak ya.hahha.

Ni pulak, ciri-ciri khas orang perempuan yang lahir Bulan September. Cuba tengok, betul ke tidak maklumat yang saya dapat ni :Sumber dari sini : Blog vmale ( Sebuah blog dari Indonesia ).
  • Wanita yang lahir di bulan september selalu ceria. Ia dapat menghidupkan suasana. Tidak ada hal canggung saat berada di dekatnya.
  • Berjalan dengan wanita yang lahir di bulan september seperti berjalan dengan seorang dewi fortuna. Ia selalu memberi keberuntungan tidak hanya untuknya tapi juga orang lain.
  • Kamu sangat sensitif. Terlalu peka, dan seringkali hal ini menjadi penyebab kamu dimanfaatkan orang lain.
  • Pekerja yang tangguh. Kamu tidak mudah menyerah untuk urusan yang sepele. Kamu akan berusaha untuk mewujudkannya.
  • Bagimu keluarga adalah yang utama. Tidak ada yang boleh menyakiti keluargamu. Saat orang lain menyakiti keluargamu, maka kamu akan berada di barisan terdepan untuk melawannya.
  • Sangat mencintai sahabatmu. Kamu adalah sahabat yang baik, kamu loyal dan setia. Tidak heran jika kamu memiliki sahabat yang banyak.
  • Jika mencintai seseorang kamu rela memberikan semuanya untuk dia, sayangnya hal ini seringkali dimanfaatkan oleh orang lain. Maka tidak heran jika kamu sering ditinggalkan pasanganmu tanpa status yang jelas.
  • Dalam kondisi yang baru kamu dengan mudah beradaptasi. Kamu dapat bersenang-senang meskipun berada di lingkungan yang asing sekalipun.
  • Kamu dapat menikmati kesendirian. Tidak ada yang perlu kamu takutkan. Bagimu, untuk bahagia tidak perlu tergantung pada orang lain.
  • Hidup adalah petualangan. Berada di tempat yang asing adalah petualangan yang menyenangkan. Kamu sangat menyukai solo travelling. Tersesat bukan hal yang menakutkan buatmu.
Post ini sekadar perkongsian dan pengalaman saya bersahabat dengan geng Virgo.Mungkin ada kalangan pembaca yang mempunyai pendapat yang berbeza tentang mereka yang lahir sebagai Septemberians, saya pun tak mahu nafikan.Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan yang pastinya kita semua maklum, kalau sayang pada sesuatu perhubungan, kecilkan perbezaan dan raikan persamaan supaya hubungan baik dapat terus bertahan dan berpanjangan.Insha Allah:)



Post a Comment

0 Comments