As Salam,
Apa Maksud Diet Suku Suku Separuh ?akhir-akhir ni, kerap betul saya jumpa kalangan sahabat dan kenalan di Facebook atau instagram yang buat diet suku suku separuh.Rasa ingin tahu, buat saya cari maklumat tentang apa maksud depa dengan diet suku suku separuh.Yang saya nampak dari perkongsian mereka ialah, time depa share hidangan makan yang depa ambil, portion makanan tu memang menunjukkan sukatan nasi putih yang sangat sedikit, tapi lebih dengan sayur-sayuran dan juga lauk makanan sama ada ayam, daging, ikan atau telur.
Apa Maksud Diet Suku Suku Separuh?
Konsep “Suku-Suku Separuh” adalah sungguh senang difahami, yakni suku bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi atau roti; suku pinggan lagi diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang manakala separuh pinggan lagi diisi dengan buah dan sayur. Dengan mengamalkan konsep ini, seseorang dapat mengelakkan masalah obesiti yang akan membawa pelbagai penyakit tidak berjangkit yang semakin menular dalam kalangan Rakyat Malaysia. Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia, Ogos 2017
Kempen makan dengan pinggan sihat #sukusukuseparuh ni sebenarnya telah mula dilancarkan di peringkat kementerian pada tahun 2017.Means dah dekat setahun, cuma akhir-akhir ni semakin kerap saya nampak hastag tu viral kat instagram dan fb saya. Kot lah Allah nak bagi hidayah kat saya supaya urus pemakanan harian saya dengan lebih sihat dan seimbang.aamiin.
Berdasarkan bacaan saya dari blog-blog rakan yang amalkan diet ni, saya dapati diet suku suku separuh ni sebenarnya amalan makan secara seimbang.Mereka mencadangkan supaya kita gunakan saiz pinggan yang lebih kecil supaya minda kita akan percaya bahawa kita sudah makan banyak dengan makanan yang penuh dalam pinggan, cara makan pun kena kunyah sehingga 20-30 kunyahan, makan dengan perlahan, supaya kita akan lebih kenyang sebab menikmati makanan dengan sungguh-sungguh.
pelancaran kempen #sukusukuseparuh ini dibuat di sekolah memandangkan pendidikan tentang makanan seimbang dan sihat perlu bermula dari rumah dan sekolah
Betullah ni.Macam saya kat sekolah.Kalau jadual penuh, ada masa gap dalam setengah jam sahaja, mahu tak makan laju-laju kann.hahah.Kena pulak kelas yang kita nak masuk sekejap lagi, jenis budak-budak yang memang tak duduk diam kalau takde cikgu.Masak ko.
Suku-suku separuh yang depa dok amalkan tu sebenarnya merujuk kepada 1/4 Carbs, 1/4 Protein dan 1/2 Fiber. Jadilah hidangan tu suku suku separuh.
pembahagian makan dengan #sukusukuseparuh yang memang bagi great idea kepada geng suka makan macam saya supaya lebih bijak atur portion makanan.yeahh.
Saya suka diet macam ni.Sekurang-kurangnya kita masih boleh makan nasi kan.Saya memang geng makan yang mesti jumpa nasi sehari.Ibaratnya kalau ko tak jumpa nasi sehari, macam ko tak makan seminggu.Padahal dari pagi ko dah makan roti canai, kuih muih dan macam-macam lagi.isk.
Orait, tapi jangan suka sangat. Dalam diet ni nasi yang diambil bukanlah dari jenis nasi putih yang banyak kanji yang macam kita suka makan tu.Depa cadangkan kita ambil nasi dari jenis brown rice atau jenis brasmathi.Baru betul diet kan.Roti pulak, sebaiknya ambik roti yang jenis whole grain.
panduan pengambilan #sukusukuseparuh
Selain diet suku suku separuh, mereka yang dah berjaya kurus dan sihat dengan diet ni mencadangkan supaya kita yang berniat ( pasang niat dulu, buatnya entah bila.huhai) berhenti mengambil atau minum air manis. Sebaiknya amalkan minum teh hijau atau kopi tanpa gula.Banyak jenis teh hijau ko boleh minum. Pilih yang mana kita suka.Teh hijau yang boleh kita dapati dari pasaraya ialah teh hijau jenama Teh Boh, Ahmad Tea, Lipton dan banyak lagi.
Antara jenama teh hijau yang pernah saya cuba dan amalkan pengambilannya.Fakta yang betul teh hijau ini memang memberikan kita rasa kenyang yang panjang.InshaAllah.
Lagi satu, buat senaman atau workout juga perlu.Barulah rasa badan lebih sihat dan bertenaga sebab peluh keluar dari badan.Walaupun ada kalangan penasihat pemakanan yang menyebut "kejayaan pengurangan berat badan bukan 100 peratus dari aktiviti workout tapi lebih kepada corak pengambilan makanan harian"-
Perbanyakkan juga minum air kosong atau air mineral.Ia baik untuk kulit dan tubuh badan kita.Bagi nasihat macam ko dah kurus kann.kihkih.At least saya suka berpegang kepada nasihat Baginda SAW, ajaklah orang lain buat baik walaupun kita belum mampu melakukannya dan cegahlah orang dari berbuat maksiat atau jahat, walaupun engkau sendiri belum dapat meninggalkannya-Selagi kita namanya manusia, kita sentiasa dalam usaha memperbaiki dan muhasabah diri.
Anggaplah post ini sebagai satu catatan saya muhasabah dan koreksi diri sendiri.kalau nak ikut saya, jom.Kalau dah buat, Alhamdulillah.Yang mana masih mencari semangat, inilah masanya!
Contoh Hidangan Suku-Suku Separuh
Saya suka tengok depa dok kongsikan hidangan suku-suku separuh ni.Kebanyakannya berasaskan portion makanan yang saya sebutkan di atas iaitu suku karbohidrat, suku protein dan separuh dari makanan jenis serat atau fiber.
orait apa portion ni kan? nampak menarik dan tak membosankan.kihkih.
sebenarnya dengan makan banyak sayur, ia membuat kita lebih cepat kenyang.Kalau nak buat diet ni kena positif dan jangan banyak alasan.
amacam? sambal belacan tu kalau dapat dalam pinggan nasi kita memang makan tak hengat kann.
Apapun niat dan harapan antara kita yang mahu jaga pemakanan, yang mahu lebih sihat, lebih cantik dan kurus, saya doakan semoga Allah permudahkan dan tunjukkan jalan.Sebagaimana Allah bantu kita dalam usaha-usaha yang lain, pasti Allah akan bantu hamba-hambaNya yang mahu mengubah nasib dirinya sendiri:)
Thanks reading this entry:) God Bless...
5 Comments
terbaik,bertambahnya ilmu saya,untuk hidup sihat..terima kasih
ReplyDeletesama-sama, selamat beramal:)
DeleteHi! Can i use your plate pictures for social media education post purpose??
ReplyDeleteyes, you can, tq:)
DeleteThanks for the info✨
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!