As Salam,
Cara Dan Tips Buat Bisnes Kek Dan Roti Hanya Di Rumah- Selain menulis blog pada masa lapang, saya juga mempunyai keinginan untuk buat bisnes sendiri hanya di rumah.Tapi bukan semua impian kita dapat kita laksanakan atau capai dalam sekelip mata. Hal yang paling saya inginkan ialah saya dapat jual sendiri produk dengan cara dan teknik perniagaan yang saya dah belajar dan ketahui.
Cara Dan Tips Buat Bisnes Kek Dan Roti Hanya Di Rumah
Yup! sebenarnya sambil berblog saya rajin juga mendapatkan pelbagai info tentang dunia perniagaan online yang semakin mendapat perhatian di seluruh dunia.Malah bukan sahaja bertambahnya bilangan pengguna yang membeli secara online, tapi semakin bertambah juga website-website yang memberi peluang kepada para peniaga untuk tawarkan produk mereka secara online seperti Lazada, Shopee, mudah.my, lelong dab banyak lagi.
jualan roti bun pelbagai perisa oleh salah seorang rakan FB saya, atau lebih tepat rakan suami saya, yang kini juga sudah menjadi teman saya juga:)
Beliau mempunyai sebuah Page di facebook yang korang boleh like (Irdina Sweet Bakery )dan tengok sendiri macam mana dia jalankan bisnes di rumah.Sebagai seorang peniaga online, kita memang perlu ada page sendiri supaya mudah kita promosikan produk kita.
Cara Dan Tips Buat Bisnes Kek Dan Roti Hanya Di Rumah
Mengapa memilih untuk buat bisnes hanya di rumah ? ( klik untuk dapatkan jawapannya)
Bagi saya secara peribadi, pada zaman teknologi yang menguasai dunia, semua kemudahan boleh didapati hanya dengan hujung jari, menjalankan bisnes hanya dari rumah merupakan pilihan yang bijak dan menguntungkan.Saya mempunyai ramai rakan dan kenalan di Facebook, yang saya tahu, dia hanya menjalankan bisnes di rumah dengan bantuan suami dan anak-anak.Menarik bukan?
Betul ke Buat Bisnes Di rumah menguntungkan ? ( klik untuk dapatkan jawapannya)
Sangat Betul.
Ianya menguntungkan dari aspek penjimatan bayaran sewa kedai, upah pekerja, pembelian meja kaunter atau rak pameran produk, chiller atau peti sejuk, dan banyak lagi.Nampak tak kat situ.Kalau kita hanya ambil order pelanggan dari rumah, kita hanya buat cash on delivery atau kalau kita tak dapat nak buat delivery, kita buat pickup self atau boleh buat dua-dua.Fleksibel kan?
Ini pula seorang lagi sahabat saya yang dulu sama-sama belajar di sekolah menengah, pun hanya ambil order dari rakan sekerja atau jiran setaman dan yang berhampiran, hampir setiap hari juga terima order pelbagai jenis kek, kuih talam dan donut atau roti.Boleh juga korang add dia sebagai rakan supaya kita juga dapat idea macam mana bisnes di rumah ini menjanjikan pulangan yang lumayan.Bab sedap air tangan sahabat saya ni memang tak boleh dinafikan lagi.Saya sendiri dah mencuba kuih kole kacang, donut sambal, kuih seri muka, kek pisang beliau yang memang sangat lazat.
Jika anda sendiri memang berkemahiran membuat pelbagai kek seperti sahabat saya ini, saya rasa dah tiba masanya untuk anda mula bertindak mengembangkan sayap dalam perniagaan online tapi hanya buat di rumah sahaja.Cubalah sekarang!:)
Macam mana nak mula bisnes di rumah ?( klik untuk dapatkan jawapannya)
Mulakan dengan jenis produk atau kuih muih yang anda sudah expert atau mahir menyediakannya.
Sebenarnya, kalau betul-betul mahu jana pendapatan yang lumayan, kita tak peduli sangat hal-hal lain, yang kita tahu kita nak buat bisnes dan kita mahu mulakan sekarang!Bila ada keinginan dan kemahuan yang tinggi, semua akan jadi mudah dan kita akan cari dan usahakan supaya impian kita menjadi kenyataan.
Sebagai Blogger, saya boleh bantu anda dapatkan tips dari kalangan mereka yang berpengalaman di sini : Boleh klik dan Daftar untuk dapatkan lebih banyak tips berkenaan bisnes di rumah.
Saya doakan anda semua yang mahu mengubah nasib keluarga atau menjana pendapatan sampingan dengan bisnes kuih, kek dan roti beroleh kejayaan, kekayaan dan dilipatkan gandakan rezeki dalam perniagaan- aamiin.
Terima kasih mengikuti bacaan di blog ini, sampai jumpa lagi:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!