Kisah Post Di Instagram Cik Matahariku

As Salam,
Teringat time saya dalam perjalanan balik kampung pada petang Jumaat baru ni, saya mendapat misscalled dari seorang sahabat baik, yang saya panggil Izza yang tinggal di Ipoh, perak. Asalnya saya tinggalkan phone dalam kereta sementara berhenti makan di Tangkak.Sebaik sahaja membalas panggilan Izza, kami mula berbual panjang.

Dia bercerita tentang salah seorang teman di sekolahnya, yang mengadu dan meluahkan rasa sedih dan kecewa tentang sesuatu.Sahabat baik saya ni pula, hantar printscreen kepada temannya akan salah satu post saya di instagram.Sebenarnya, post tu pun saya baru sahaja publish kat Instagram saya seawal pagi Jumaat, sebaik selesai solat Subuh.
Aturan Allah begitu cantik dan hebat sekali.Manalah saya tahu, manalah sahabat saya tahu, kalau post saya ini dapat memujuk dan mententeramkan hati temannya itu.Benarlah janjiNya, bahawa hanya dengan mengingatiNya hati akan jadi tenang dan tenteram.Subhanallah. 
post yang saya kongsikan di instagram, juga ada cerita disebalik kisah hidup saya sendiri.
Bukan mudah untuk kita terus on track dlm apa yg kita usahakan. Ada kala akan timbul perasaan fed up, rendah diri, tawar hati dan hilang motivasi.
Sudah namanya kita manusia biasa. Perasaan begitu hadir mungkin kerana kita terlalu fokus sehingga Tuhan melihat kita lalai dan leka dengan prioriti hidup kita yg lain.
Lalu, apa yang patut kita buat kalau hal seperti itu terjadi kpd diri kita?
Tak payah fikir atau buat benda yang susah-susah. Selain tunaikan kewajipan kepadaNya, kita buatlah apa yg kita paling suka buat dalam hidup. Haha.
Kalau suka melukis, lukislah sepuasnya. Kalau suka masak,masaklah makanan yang anda sukai, kalau suka shopping, maka belilah apa yg anda ingini.
Dapat buat apa yang kita suka merupakan ganjaran kpd diri sendiri jika kita hampir putus asa atau hilang rasa terhadap apa yg kita sedang fokus atau usahakan.
Sebenarnya,Tuhan mahu kita selalu tahu dan insaf bahawa dalam hidup ini, bukan usaha kita yang buat kita sukses dan bukan kerana kerja keras kita yang jadi sebab kejayaan kita, semuanya atas kehendak dan perkenanNya jua.
Ingat ini, kita hanya hamba yang sampai mati pun tetaplah denganNya tempat kita bergantung harap dan berserah.. #repostfromcikmataharikupage

Dalam telefon, Izza bercerita, yang temannya itu menangis membaca post yang saya kongsikan itu.Saya pula yang rasa sebak.Allah tak uji kita, tapi Allah mahu kita ambil pengajaran dan hikmah dengan kisah ujian orang lain.Syukur, Izza menjadi sahabat yang mampu menghiburkan hati temannya.

Izza bersama puteri kesayangan, Aufa:)

Mengenangkan tentang Izza, membuat saya terkenang semua kebaikan beliau dalam persahabatan kami.Dia yang selalu menghantar makanan, yang selalu menjamu rakan-rakan, yang selalu sudi mendengar keluhan dan yang selalu punya cerita untuk dikongsikan.

Saya dan Izza ni tidak Allah izinkan bersahabat dengan jarak yang dekat.Saya hanya sempat berkenalan dan menjalin silaturrahim dengannya sekitar 3-4 tahun atau kurang dari tempoh itu.Yang saya ingat, ketika dia baru sahaja mula berkhidmat di sekolah yang sama, dia masih lagi muda remaja, masih bujang dan saya anggap seperti adik-adik yang baru belajar.

Izza bersama best friend forever-Encik Suaminya:)

Sebagai guru baru, pastinya dia perlukan banyak bimbingan dan panduan.Kebetulan, meja kerjanya di bilik guru, selang sebuah sahaja dengan meja saya.Saya ni pula bukanlah juga kakak kepochi atau senior di sekolah yang sibuk nak ambik tahu hal orang baru.Saya akan biarkan guru baru menyesuaikan diri dan jika guru baru inginkan bantuan, saya akan bantu sebaiknya.Kadang-kadang ada juga saya "orientasi" cikgu baru.kihkih.Jahat jugaklah kira ni.heh.

Tapi itulah.Jika Allah temukan kita dengan seseorang dalam hidup kita pasti dengan hikmah dan kebaikan yang kita sendiri tidak tahu. By the time, kami menjadi rapat kerana banyak kesukaan yang sama selain suka makan.kiki.Kami suka baca novel keluaran Jemari Seni dan juga novel terbitan Publisher lain, asalkan novelnya best.Izza ni pula, orangnya tak banyak ragam, tak suka bergossip dan juga sentiasa cool dan suka mengembirakan sesiapa sahaja.Mungkin bukan saya sahaja, sesiapa pun akan sayang dan menyukai sahabat sepertinya.

Kami berpisah.Saya menyambung pengajian KPLI, dia terus berkhidmat di sekolah itu.Namun, masih sempat berjumpa, kerana saya dan Encik Suami masih menetap di KL.Persahabatan kami tetap berjalan lancar.Meskipun saya sedang sibuk dengan komitmen keluarga dan anak-anak serta kerjaya, Izza yang belum berkahwin ketika itu, tetap menjaga hubungan dan keep in touch dengan saya.

Yang menjadikan kami rapat dan baik, saya rasa cara kami berfikir tentang sesuatu.Tentang Ujian dan Dugaan yang Allah datangkan dalam hidup.Pernah juga saya mengusiknya, dengan mengatakan dia lulus sebagai anak didik saya, sebab banyak masa dia akan ingatkan saya tentang kata-kata atau nasihat saya padanya tatkala kami berjumpa.Entah.Dia memang orang yang akan saya cari atau sebut namanya kat Akhirat nanti kalau Allah mahu masukkan saya ke Neraka.Nauzubillahiminzalik.Sebab saya tahu, saya ni bukan baik sangat.huhu.

Gambar berdua kami-Macam saya beritahu, Allah takdirkan kami bersahabat dalam jarak yang jauh.Tak banyak, entah mungkin ini je kot pic kami berdua.Tu pun yang sempat di ambil semasa beliau ziarah ke rumah saya. Kalau berjumpa, kami banyak habiskan masa bersembang macam-macam, sampai takde feel nak bergambar bagai.hahaha.

Saya bersyukur.Meski kami jauh, dia pula mampu menjadi tempat rakan dan teman di sekolah barunya mengadu nasib dan meluah rasa, seperti mana dulu saya pernah menjadi "shoulder to cry on" kepadanya.ceh gitu sekali kononnya.

Semoga Allah pelihara persahabatan kami hingga ke akhir hayat kami.Selagi Allah menginginkan kebaikan kepada kita, inshaAllah akan sentiasa diberinya orang-orang baik datang dalam hidup kita.Bagi saya, Izza adalah salah seorang mereka yang baik-baik itu kurniaan Allah kepada saya.Alhamdulillah.

Semoga anda juga beroleh kebaikan yang banyak dengan catatan ini.aamiin.


Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!