Kongsi Pengalaman Anak Hadir Ujian Online UKSBP Tingkatan 1 Tahun 2019

As Salam,
Pengalaman Hadir Ujian Online UKSBP Tingkatan 1 Tahun 2019-Alhamdulillah.Anak kedua saya baru sahaja selesai menjawab Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh ( UKSBP ) bertempat di SM Sains Tuanku Aishah Rohani, Seremban.Sekolah ini juga dikenali sebagai SM Sains Perempuan Seremban (SGS).

Antara bangunan asrama pelajar di SGS. Sebenarnya saya baru sahaja tahu, bahawa bangunan sekolah ini asalnya dahulu dikenali sebagai Tunku Kurshian Kolej (TKC), sebelum TKC kini berpindah ke Bandar Enstek.

Sebenarnya secara peribadi, ini pengalaman pertama saya dan Encik Suami membawa anak menghadapi ujian seperti ini.Ini kerana anak sulung kami tidak layak memohon Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kerana bersekolah di sekolah swasta.Apabila kami bepindah ke Port Dickson, secara tidak langsung anak-anak juga turut bersekolah disekolah yang sama tempat saya bertugas.Hal ini yang mendorong saya untuk berkongsi pengalaman dengan readers blog ini, manalah tahu ada kalangan anda yang memerlukan gambaran atau info tentang UKSBP.

Happy anak kedua kami, Nur Iman Saqeenah sebelum jawab UKSBP. Mana taknya, awal pagi si Ayah dah belanja makan Nasi lemak Ayam Goreng berempah, moral support katanya.Sabo je:)

UKSBP pada tahun ini bermula pada 15 Oktober hingga 18 Oktober 2018.Jadi, secara tidak langsung, kami sempat mendapat tips dan pengalaman daripada rakan ibu bapa yang anak mereka sudah menghadiri ujian tersebut dua hari sebelumnya.

Masa inilah saya tidak dapat nafikan betapa baiknya kemudahan grup wassap kelas kerana peranan dan fungsinya yang digunakan sebaik mungkin oleh kalangan ibu bapa yang berkongsi pengalaman anak-anak masing yang sudah menjawab UKSBP.

1 soul, 1 goal and 1 spirit:) suka sekolah SGS ni.Panorama sekolah sangat mendamaikan, bersih dan student-studentnya well trained, bila kami sampai untuk daftar pengambilan ujian anak, belum buka pintu kereta, dua orang pengawas sudah sedia untuk menunjuk arah.

Semasa mengisi permohonan ke Tingkatan 1 dalam talian tempohari, saya dan Encik Suami telah bersetuju untuk memilih Sekolah Berasrama Penuh Integrasi ( SBPI) yang menawarkan aliran agama atau Tahfiz kepada murid yang terpilih.Namun, bila melihat kepada lokasi dan pilihan SBPI yang agak terhad, saya menukar pilihan ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) yang lebih hampir dengan tempat tinggal kami iaitu di SMAP Labu.

Memang sejak menghantar anak-anak ke sekolah Agama Integrasi ( sekolah swasta) di Gombak sebelum ini, saya sudah berbincang dengan Encik Suami, yang saya berniat untuk hantar anak-anak ke sekolah menengah dalam aliran agama.Melihat kepada kecenderungan anak-anak juga saya dapati, mereka tidak bermasalah untuk mengikuti pembelajaran akademik dan agama serentak.Semoga hasrat kami ini Allah permudahkan dan rezekikan anak-anak saya menyambung pembelajaran alam menengah dalam aliran agama.aamiin.

kawasan padang dan bangunan sekolah SGS.

Pengalaman Hadir Ujian Online UKSBP Tingkatan 1 Tahun 2019
Anak kedua yang kami panggil Eqin ni sebenarnya bukan kepochi sangat.Tapi tidaklah juga pendiam.Jadi, kalau nak mintak dia kongsi satu persatu soalan yang dijawabnya dalam UKSBP hari ni, memang ambil masa.

Tempoh menjawab sepatutnya 60 minit, tapi saya agak dia hanya menjawab sekitar 30 minit sahaja.Pelajar yang selesai menjawab awal, memang dibenarkan keluara awal.Eqin beritahu, ada soalan sama dengan soalan yang ibu bapa kongsikan dalam grup wassap kelas khasnya bagi anak mereka yang sudah menjawab dua hari sebelumnya. Kebanyakan soalan yang ditanyakan adalah bertujuan melihat pengetahuan akademik, am dan rasionalisasi murid dalam kehidupan seharian.

Murid banyak ditanya tentang tindakan yang perlu diambil jika berlaku sesuatu situasi seperti, buli, bercakap kesat, amalan budi bahasa, menghormati orang lain dan yang seumpama dengannya.

Muka orang dah habis jawab ujian.Macam takde perasaan je kann.kihkih.

Time datang ujian ni, hanya perlu bawa Mykad murid dan slip menduduki ujian yang perlu dicetak daripada web SBP, KPM. Guru bertugas akan semak nama anak kita, kemudian murid akan diminta berada dalam makmal komputer di mana ujian akan dijalankan.

Selepas ini, Eqin akan menjawab beberapa fasa ujian dan temuduga bagi permohonan kemasukan ke MRSM Ulul Albab dan juga sekolah kawalan di Negeri Sembilan.Semoga segala urusan Eqin akan dipermudahkan dan mendapat kejayaan dalam urusan temuduga yang dihadiri.aamiin.

Sampai jumpa lagi, thanks reading this entry:)

Post a Comment

2 Comments

  1. Assalam puan..boleh puan share atau ade guideline yg boleh sy tau mcm mana nak mohon ke sekolah SBP ni..sbb anak sy juga dr aliran swasta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm puan, jika anak belajar dalam aliran swasta, anak puan memang tidak layak untuk mohon ke sbp bila ke tingkatan 1.Tapi anak puan masih boleh mohon ke mrsm atau sekolah sabk kerajaan negeri. jika nak juga ke sbp, sy cadangkan puan pindahkan anak ke sek men kebangsaan ketika darjah 5 atau atau tahun 4, bagi membolehkan anak mohon ke sbp selepas menduduki upsr.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!