Majlis Dinner Sekolah Dengan Tema Black And Gold Masquerade Yang Sangat Meriah

As Salam,
Majlis Dinner Sekolah Dengan Tema Black And Gold Masquerade Yang Sangat Meriah -Lega dan lapang betul rasanya bila officially dah start cuti sekolah:) AlHamdulillah, sebagai salah seorang AJK Kelab Kebajikan Guru dan Staff, Majlis Makan Malam sekolah yang kami anjurkan merupakan penutup acara tahunan yang kami harapkan moment indah yang akan terus dikenang oleh semua warga sekolah.

Bersama geng AJK Kelab Guru dan Staff sekolah 

Ini merupakan pengalaman kedua saya menyertai Dinner di sekolah baru.Alhamdulillah, kalau tahun lepas demgan tema Bollywood & Arabian Night, kali ini kami sepakat memilih tema Black And Gold Masquered.Sebenarnya, saya tidaklah arif sangat bab-bab tema Dinner ni, tapi bila dah terjebak sebagai AJK, saya ikutkan sahaja:)


Kalau ikutkan, memang letih handle majlis yang seperti ini, tambahan lagi sejak petang saya dan rakan AJK Kelab sudah berkampung di The Grand Beach Resort, Port Dickson.Syukur kami mendapat sebuah bilik percuma bagi kemudahan kami berehat dan membuat persiapan akhir.

pic ini kami menyibuk selfie dengan seorang rakan yang menggunakan phone barunya, nampak pic lebih lawa dan glowing muka memasing kann..hehehhe..

Apapun memang happy bila dapat tumpang selfie sebab phone saya dah kehabisan bateri dan terpaksa tumpang bergambar dengan phone baru member..kikihkih.

Geng Cikgu dan staff lelaki melaram habis dengan black wear colour..eh..eh..masquered pun hado kann..terbaik guys:)

King and Queen Of The Night..yeahhh:) masa ni AJK hadiah pun tak perasan, depa rupanya tertukar piala daa. tu yang nampak macam berebut piala kann.hihi.

Time fikir siapa yang patut buat pemilihan King and Queen of the night dan beberapa kategori lain yang kami buat surprise, ada kalangan rakan kelab yang mencadangkan supaya kami minta waiter dan waiteress yang duty kat bufet dinner kami malam tu tolong jadi juri.

Bila nak dapatkan result, gigihlah saya dengan pengerusi kelab dok tanya ketua juri tu siapa yang mereka pilih bagi kategori yang kami dah sebutkan awal tadi.Konon-konon nak bagi surprise kat rakan guru dan staff yang kami sebenarnya ada sediakan hadiah untuk beberapa kategori lain Kategori Pakaian paling meletup, Pakaian paling Sporting, Pakaian paling rare-Dan inilah hasilnya.

Pemenang Pakaian Paling meletup-:)

Pemenang pakaian rare dan sporting

Gabungan Kaunselor sekolah dan KP PJ yang mantap:)

Syukur, majlis berjalan lancar dan tamat seperti yang dirancang.Terima kasih tidak terhingga kepada rakan guru yang bertugas sebagai AJK Hadiah pada majlis makan malam, acara cabutan bertuah memang selalu dinantikan oleh semua tetamu pada malam itu.Siapa yang tak mengharap jika Grand Prize pada malam itu ialah Air Fryer, Electolux Microwave dan juga Vacum kann.

Kebanyakan hadiah barangan elektrik dna juga hamper adalah sumbangan pelbagai individu termasuk rakan guru sendiri, pembekal buku dan alatan sekolah dan juga sumbangan yuran kelab.Apapun, semua guru dan staff pulang dengan goodies yang best dan juga hadiah cabutan bertuah yang best-best.

barisan AJK Hadiah yang setia dalam tiga siri cabutan bertuah, dan pelbagai hadiah lain.

semoga persahabatan antara kami berkekalan dengan rahmat dan kasih sayang Allah. aamiin:)

Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!