Welcome Disember:)

As Salam,
Syukur.Happy rasanya bila tengok kalendar dah masuk Disember.Disember kan musim cuti sekolah dan orang buat kenduri, mana tak seronok cikgu sorang ni.hehe.Padahal kerja kat sekolah tetap belum setel.Saya ni tengah dok tunggu bekalan buku teks sampai ke sekolah untuk penggunaan tahun 2019.Sementara buku tak sampai lagi, kita rehat-rehat dan enjoy the holidays , right?


Sungguh.
Perjalanan dalam kehidupan kita ini kadangkala tidak sedikitpun kita terfikir, kita akan melalui pengalaman yang pelbagai kan? Allah maha merancang dan mengatur segala sesuatu mengikut yang terbaik dalam pengetahuanNya.

Hampir setahun saya sekeluarga menetap di daerah Port Dickson, lokasi yang bila orang lain menyebut tentangnya pasti teringat akan percutian yang menarik dan menyeronokkan bukan? Bagi kami pula, dah hari-hari nampak pantai dan pasir bagai, tu kira macam mana? Kira sesiapa yang menetap di PD ibarat dia dalam mood bercuti sepanjang masa lah kann.kehkeh.

Surah Al fatihah.Marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan Al Fatihah ini untuk diri kita sendiri, kedua ibu bapa, suami atau isteri, anak-anak dan seluruh ahli keluarga kita.Amalkan setiap hari semoga bertambah luas rezeki dan Allah lindungi kita semua, mendapat petunjuk dan mendapat nikmat dariNya.aamiin.

Welcome Disember:)
Baru-baru ini, Allah izinkan saya bertemu dengan salah seorang pemilik akaun Facebook seorang Doktor muda, juga seorang penulis.Saya stalk FB doktor muda ini dan membaca semua status-status yang telah dipost di wall fb nya.Saya suka dan termotivasi dengan banyak status yang beliau post.Kebanyakannya mengajak kita berfikir positif.Doktor muda ini juga banyak berkongsi tentang pengalaman dunia pekerjaannya di  #hospitaltarbiyyah.

Seperkara yang membuat saya kembali bermotivasi untuk kekal menulis dalam blog ialah perkongsian doktor ini tentang #satubukusebelummati.Menulis adalah salah satu cara bila mana kita sudah tiada di dunia ini, tapi kita telah meninggalkan amalan yang menjadi jariah berterusan kepada kita di alam sana.Yup, tulislah yang baik-baik.Walau kita belum lagi menjadi sebaik seperti yang kita tulis.Terima kasih ya Allah atas kesempatan dan peluang baik ini.aamiin.

Kalau korang nak kenal doktor muda berjiwa besar ini, boleh stalk FB beliau :Nur Hanisah

Sehari selepas saya mendapat inspirasi dari FB doktor muda Nur Hanisah, Allah lintaskan saya membaca status seorang ustaz di instagram beliau.Tentang kaitan surah At Takatsur dengan kisah orang-orang yang sudah meninggal dunia, kemudian menyesal dengan apa yang dilakukannya semasa hidupnya.Allahuakbar.

Segera saya berpindah mencari terjemahan surah At Takatsur.MasyaAllah.Kalian juga akan merasa takut dan mulai gentar dengan terjemahan ayat dalam surah ini.Ayat terakhir surah ini mengingatkan kita bahawa DIA akan bertanya tentang nikmat yang kita perolehi semasa hayat kita didunia, kita pergunakan untuk apa nikmat pemberianNya itu?

SURAH AT TAKATSUR
Adalah surat ke-102 dalam Al Quran dan terdiri atas 8 ayat. Surat ini termasuk golongan surah Makkiyyah, diturunkan sesudah Surah Al Kautsar. Dinamai At Takatsur (bermegah-megahan) diambil dari perkataan At Takaatsur yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

TERJEMAHAN SURAH AT TAKATSUR
[1] Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), –

[2] Sehingga kamu masuk kubur.

[3] Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

[4] Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

[5] Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

[6] (Ingatlah) demi sesungguhnya! – Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

[7] Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

[8] Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!




Saya pun tidak mengharap banyak dengan kehadiran blog kecil saya ini.Saya mohon semoga Allah tetapkan niat dan beri saya kekuatan untuk terus menulis hanya yang baik-baik sahaja dalam blog ini.Mohon doa semua:)

Keep reading this blog guys!








Post a Comment

0 Comments