After 10 Days in 2019 :)-

As Salam,
After 10 Days in 2019:)-
Wahh.kemain up tajuk post kali ni. Of courselah kan.Ini merupakan post pertama menjelang tahun baru 2019.Baru sempat mengupdate blog sendiri.Rasanya ramai jugak yang geng Cikgu Blogger ni, bila dah start masuk sekolah pada bulan Januari, masing-masing jalan pun macam tak cukup tanah.kihkih.Kepala otak bukan setakat fikir keperluan anak sendiri di rumah, tapi kena jugak fikir keperluan anak didik kat sekolah.Tambah lagi kalau jadi Guru Kelas.Syukurlah saya, sejak jadi cikgu, kali terakhir saya memegang title guru kelas sekitar tahun 2005.Kalau tak silaplah.

Sungguh.Banyak-banyak tugas saya di sekolah, kalau boleh elak, saya memang tak minat jadi guru kelas.Takpe.Saya okey je kalau kena jadi Pengurus kelab Bola Sepak sekalipun.haha.Yup.Semua orang pun ada kesukaan masing-masing kan.Anyway, Allah knows the best for us.Saya belajar untuk faham hikmah kenapa Allah makbulkan doa saya supaya tidak menjadi Guru Kelas.Meski saya tidak pikul tanggungjawab sebagai Guru Kelas, makanya saya harus sanggup memikul tanggungjawab di bahagian lain di sekolah.

Nah, 
Inilah tanggungjawab saya sejak dua tahun yang lalu, di sekolah:)

Sebagai Penyelaras SPBT sekolah, kesibukan saya bermula seawal cuti hujung tahun, bersambung ke tiga minggu pertama persekolahan dan seterusnya menguruskan bilik operasi SPBT (BOSS) sekolah.

Buku dan saya berpisah tiada:) 

Kesibukan dan kepenatan berganda tiap kali tempahan buku sampai ke sekolah.Bersyukur saya dikurniakan "malaikat kecil" yang banyak bantu saya dalam mengendalikan urusan memproses buku-buku teks dan aktiviti yang sampai ke sekolah.

Namun ianya tidaklah seindah seperti yang kalian fikirkan.Saya bermula dengan zero pengalaman dalam pengurusan buku teks sekolah.Tahun pertama menguruskan buku teks, saya benar-benar kelelahan.Do your own work without mentor.Allah sebaik-baik pengatur.DIA mahu saya belajar sambil bekerja.Yup, dari situlah datangnya kepuasan bekerja apabila kita mula master dalam bidang baru yang kita sebelumnya tidak expert.

Melaksanakan kerja atau tugas secara organised atau sistematik memang sangat berkesan.Sistem yang kita apply, menjadikan tugasan menjadi lebih ringan dan mudah.InshaAllah, saya dalam usaha train pengawas-pengawas SPBT saya supaya lebih berketrampilan dan bertanggungjawab dalam pengurusan buku teks di sekolah.

Saya akui, memang masih banyak lagi kelemahan saya yang perlu dipertingkatkan, dan menjelang 2019, tahun kedua saya memikul amanah ini,saya mahu melakukannya sebaik mungkin.Mohon, doa semua, semoga hasrat saya dipermudahdahkan.aamiin.

Eh, awal tahun dah story pasal kerja.Memang potong stim.haha.
Semua orang mengharapkan yang indah-indah dan terbaik akan berlaku dalam setahun 2019 ini.Begitu juga saya.Saya mahu lebih banyak masa bersama anak-anak dan keluarga.Tatkala usia menjangkau 40-an ini, saya melihat kegembiraan dan kebahagiaan itu ialah apabila kita dapat mengembirakan dan membahagiakan insan-insan yang kita  sayangi dan cintai.aamiin.

Dia yang dulunya saya kenali semasa usia penghujung belasan tahun, kini menjadi best friend forever saya,geng gaduh dan juga geng makan dan geng jalan-jalan:) Semoga Allah rahmati rumahtangga kami dan menjadikan anak-anak kami, anak yang menjadi penawar dan penyejuk dalam rumahtangga kami.aamiin.

 Harapan tak akan menghampakan sesiapa, kerana di situlah letaknya kekuatan meraih impian:)

Positif dan Yakin akan keajaiban Tuhan dalam memakbulkan semua hasrat dan impian kita pada masa ini dan masa depan:)

Ini pic lama, sekitar tahun 2011.Tapi saya sungguh rindu moment anak-anak masih kecil seperti ini dan semuanya ada depan mata.Sungguh.Fitrah alam kita tak dapat nak tolak.Bila anak semakin dewasa, seorang demi seorang akan tinggalkan kita, demi tuntutan pelajaran dan pekerjaan.

Meski hujung hidup kita nanti, kita akan sendirian bertemu Ilahi, saya mohon sementara hayat ini, Allah izinkan saya dapat memberi manfaat, ketenangan, kegembiraan kepada keluarga saya.Merekalah tulang belakang saya, sehingga saya mampu meraih kejayaan dalam kerjaya dan cita-cita saya.Alhamdulillah.

Yeah, after 10 days in 2019, i manage to up this post.Semoga kalian baik-baik sahaja di tahun baru dan jangan pernah putus harap dan kebergantungan kalian kepada Allah, kerana DIAlah sebaik-baik tempat berharap dan pergantungan kita.

Sampai jumpa lagi:)


Post a Comment

0 Comments