Make Over Living Hall Sempena Tahun Baru 2019

As Salam,
Make Over Living Hall Sempena Tahun Baru 2019-
Rasanya kalau ada readers blog yang rajin follow update blog saya, depa tahu yang saya dah masuk tahun ke-2 berpindah ke rumah baru di Bandar Springhill, Port Dickson.Masuk tahun kedua ni, kalau boleh suasana rumah pun nak berbeza.Tambah lagi masuk tahun baru 2019, nak harap sofa dan televisyen baru tu memang taklah kot-bak sepatah kata my Husband, No money no Talk-haha.So, saya pun satu hari tu dengan penuh semangat buat make over kat living hall rumah sendiri.

Ini rupa susun atur sofa masa raya pertama di rumah baru. Lama-lama rasa macam rugi sebab biar ruang kosong belakang sofa panjang tu.Maka terhasillah idea make over macam kat bawah ni.

living hall yang dah saya transform.hihi.Padahal ubah susun atur sofa je tu kak mah oi.Tapi feel dia memang lain macam.Macam ko duduk rumah baru gitu.At least dapat hilangkan bosan dengan susun atur sofa yang sama kann.

Sebenarnya, saya bukanlah pandai sangat nak buat make over bagai ni.Tapi ada satu hari tu, dalam pertengahan bulan Disember, saya ada menginap di sebuah homestay di Batu Pahat.Berkenan betul saya dengan susun atur sofa dan perabot dalam homestay tu.Lagi satu, saya perhatikan, design ruang tamu homestay tu, lebih kurang living hall rumah saya.Jadi, balik dari homestay tu, saya terus nekad nak cuba make over living hall rumah saya seakan ruang tamu homestay tersebut.

living hall dengan simple dekorasi.Ini ruang tamu saya sebelum saya make over.Selepas make over boleh tengok pic kat bawah.

Dengan make over terbaru, ruang kosong dekat dengan tingkap depan sebelum ini, telah saya tukar  ke belakang sofa kelabu tu.Belakang sofa tu jadi laluan pejalan kaki lah kiranya.hahaha.My Husband pun kata, its better coz kalau sebelum ni sofa rapat ke dinding bawah frame ayat Quran tu, kalau ada tetamu duduk kat sofa tu, ada pulak anak kecik lalu lalang atau berlari, macam tak sesuai.

belakang sofa kelabu ni jadi tempat laluan ke ruang makan atau dapur.

Tujuan asal beli rumah double storey ni dulu memang nak stay kat rumah landed dengan ruang living hall yang luas.Maklumlah kaum kerabat meriah, jadi kalau ahli keluarga datang, depa boleh pilih nak lepak mana-mana yang depa suka.Asal bahagia.kihkih.

Masa ni family Kak Ateh dan Abang Long saya datang rumah. Laluan kosong depan sofa tu yang mengganggu tetamu sedang bersembang dan kebetulan ada orang lalu nak ke ruang dapur.

Encik Suami sedang melayan family yang datang ke rumah. Family Abang Long dan mak saya:)
Masa ni belum buat make over lagi.

ruang tamu sebelum make over.Setakat ini ruang makan tu memang takde buat apa-apa renovation lagi.Bajet belum sampai seru lagi.kihkih.Akak redho jelah dengan ruang kosong kat bahagian tu.Buat pejam mata jek.

Ruang tamu selepas make over.Nampak macam sama, tapi tak serupa kann.

Macam biasa, saya bukan juga interior designer punya orang, ini baru cobaan.haha.Ada seorang kawan di sekolah yang saya kongsikan pic ruang tamu kami ini, berikan suggestion.Dia ni kira memang power dan trusted bab interior design rumah ni, dia cadangkan saya tambah bunga atau pokok hidup kat living hall saya ni supaya nampak lebih menyerlah kononnya. Saya pun setuju sangat dengan suggestion kawan sorang ni.

Memang ada plan nak letak pokok artificial kat sudut ruang tamu ni.Tapi tahulah, kena buat tabungan khas dulu kalau nak dapatkan pokok artificial yang harganya bukan singgit dua ni.huhu.

printscreen kat instagram.Entah rumah siapa saya pun tak ingat.Kalau boleh nak pokok macam dalam pic tu.lawa kann.

Nak letak kat sudut yang macam ni.Tak tahulah My husband setuju ke idak.Hari tu siap bergaduh bagai sebab sorang nak pokok artificial, sorang lagi nak pokok sebenar.Nak bagi oksigen dalam rumah.Dia tak tahu, akak sorang ni yang kena jaga maintenance pokok tu nanti.huhai.

Nak letak pokok artificial kat sudut kiri sofa tu.Okey tak?

tengok rumah orang lain memang lawa.Kalau rumah sendiri, inilah hakikatnya.muehehe.Ini part yang korang nampak, yang korang tak nampak lagi seram.Macam kena serang garuda rumah dibuatnya kalau hero dua ketul mula buat operasi.Sabo je.

Masa ni kalau depa start main, siap doa bagai, janganlah ada orang call dan cakap nak datang rumah.huwaa.bertabahlah mama oii.

Sekian entri bergambar pasal make over rumah kononnya.Padahal tak make over sangat pun.Cuma feel berbeza sikit di tahun baru.gitu.Orait, thanks for reading this entry guys!

Keep reading this blog, plss:)

Post a Comment

0 Comments