Koleksi Soalan Sejarah Sekolah Rendah Untuk Kegunaan Pembelajaran Vle Frog di Sekolah

As Salam,
Pembelajaran Virtual Learning Environment Frog (Vle) : Koleksi Soalan Sejarah Sekolah Rendah-Gigih pulak cuti hujung minggu ini saya buat soalan sebagai pengukuhan kepada murid-murid saya bagi subjek Sejarah.Tahun kedua saya di Sekolah baru, akhirnya saya dapat kembali mengajar subjek Sejarah di sekolah.Happy tu, memanglah happy.Selain ia major opsyen saya, subjek Sejarah bagi diri saya mempunyai nostalgia yang tersendiri.haha.Nostalgialah sangat kann.

Kalau budak-budak kat sekolah, depa dah biasa dengan icon ni.Kebanyakan murid juga akan gembira bila cikgu-cikgu ajar depa dengan kaedah Vle Frog ni. 

Orait, selalu kongsi pasal masak-masak kan, tapi kali ini saya kembali ke pangkal jalan sebagai Cikgu Blogger.muehehe.Pada masa sama, bila saya sediakan koleksi soalan sejarah sekolah rendah ini, ia sebagai sokongan kepada hasrat pentadbir dan rakan penyelaras Vle Frog Sekolah yang berharap semua guru dan murid menggunakan kaedah pembelajaran Virtual Learning Environment 
( Pembelajaran maya) di sekolah.

Ini site yang saya sediakan bagi kemudahan murid mencapai atau mengakses latihan sejarah yang saya dah share dalam Vle Frog.

Kebetulan saya memang mempunyai koleksi soalan sejarah bagi kegunaan murid-murid semasa di sekolah lama.Alhamdulillah.Sejak berpindah ke sekolah baru, saya jarang menggunakan kemudahan bilik Vle Frog sekolah.Tambah lagi dengan mengajar subjek Matematik.Saya seperti kehilangan "arah" untuk meneruskan pembelajaran dalam Vle Frog.huhu.

Realitinya, bila kita bawa murid ke mana-mana bilik khas, secara tak langsung, ia akan mengambil masa kita bagi subjek tersebut.Pergerakan murid pula, paling kurang 10-15 minit, barulah boleh kita memulakan pembelajaran.Itu idealnya.Karang kalau kita nak guna Chrome Book, nak bimbing pula murid log in ke dalam site.Itu belum lagi ada murid yang tak tahu, tiada atau tak ingat id masing-masing.Bertabahlah wahai rakan guru semua.huhu.

InshaAllah.Tahun baru, kita buat azam dan semangat baru.Chaiyokk.

Panjang pulak intro.Padahal nak kongsi site yang saya sediakan untuk kemudahan guru buat ulangkaji atau aktiviti pengukuhan bagi subjek sejarah di sekolah.Meh, klik link yang saya bagi.Lepas tu, korang share dalam site masing-masing.Sonang bukan.Kita buat dia:)


Klik pic di atas untuk terus menjawab latihan yang disediakan 

Klik pic di atas untuk terus menjawab latihan yang disediakan 

 Klik pic di atas untuk terus menjawab latihan yang disediakan 

  Klik pic di atas untuk terus menjawab latihan yang disediakan 

Site Laman Pembelajaran Sejarah Tahun 4


Dalam site ini, saya buat link untuk murid-murid akses latihan yang disediakan.Murid boleh menjawab latihan pengukuhan ini di sekolah atau rumah.

Orait, inshaAllah, jika saya ada buat soalan atau latihan bagi tujuan pembelajaran Vle Frog, saya akan kongsikan dalam blog.Thanks reding this entry, sampai jumpa lagi.Boleh kongsikan dengan rakan guru yang lain, semoga bermanfaat kepada semua:)