Story Mory Cikgu Buku Teks Di Sekolah:)-

As Salam,
Kisah Cikgu Buku Teks Sekolah Yang Tak Viral-Masa kali pertama saya diminta dan dicadangkan mengambil alih pengurusan Buku Teks di sekolah, ketika itu saya baru sahaja 5 bulan berada di sekolah ini.Saya memohon pertukaran ke Negeri Sembilan kerana mahu berpindah ke rumah baru yang sudah boleh didiami.Rupanya aturan Allah itu memang tidak pernah tidak baik untuk kita.Masa saya diminta mengambil alih tanggungjawab tersebut, guru yang bakal bersara itu berkata kepada saya begini :
Siapa yang sanggup ambil tugas ni Sham? Semua cikgu lain tak nak.Akak harap Sham boleh uruskan dengan baik, akak akan bantu sham.
Gambaran biasa tatkala hujung tahun, time cuti sekolah, cikgu-cikgu SPBT akan bertungkus lumus menyiapkan urusan memproses buku-buku teks yang dihantar oleh pembekal buku.Saya pula sangat bertuah kerana dibantu oleh anak-anak kecil Pengawas SPBT yang sangat rajin, dedikasi dan komited dalam membantu saya.

Antara aktiviti pengawas SPBT, membantu saya membuat agihan buku, mengecop buku dan mengasingkan buku mengikut tahun dan aliran.

Saya sangat hargai pengorbanan pengawas-pengawas SPBT sekolah yang komited menjalankan tugas walau sedang bercuti sekolah pada cuti hujung tahun.

Ini cerita setahun yang lalu.Saya ambil yang positif sahaja.Saya memang tiada pengalaman langsung dalam hal-hal pengurusan buku teks.Tambah menyesakkan dada ketika itu, sejak posting, saya juga bukanlah guru kelas yang biasanya hujung tahun sibuk membantu guru SPBT menguruskan buku teks murid. Saya mula uruskan buku teks di sekolah dengan bantuan guru yang bersara, selebihnya saya pandai-pandai sendiri.haha.

Rutin biasa pengawas SPBT tatkala menerima buku baru, mereka sedang menulis nombor perolehan pada buku teks yang baru sampai di sekolah.

Sistem agihan tugas yang sudah sebati bagi pengawas-pengawas SPBT. Mereka dibimbing dengan sistem agihan tugas sehingga boleh bertugas dengan pengawasan minima daripada saya:)

Time flies.Kini tahun kedua, saya sudah faham dan follow procedure yang sepatutnya saya buat sebagai seorang Guru Buku Teks di sekolah.Rupanya Allah nak bagi saya pengalaman, ilmu dan pengetahuan baru di sekolah baru:) Thanks to God, Saya manage segala masalah atau cabaran yang datang sebagai guru SPBT sekolah yang mungkin hanya kami-kami yang berada di dalamnya sahaja yang tahu.Bukan tidak gembira tapi anda juga harus tahu, tidak mudah untuk uruskan buku teks yang secara zahirnya nampak seperti bermusim, namun hakikatnya it is a lots work to do.

 Buku teks dan aktiviti murid disusun dalam bentuk set lengkap bagi memudahkan urusan agihan kepada murid-murid.

 Saya akur, tak akan mampu buat semua ini sendirian jika tanpa kerjasama dan bantuan pengawas-pengawas spbt saya.

Buku-buku teks yang sudah diikat kemas bagi tujuan agihan kepada murid-murid bagi sesi persekolahan tahun 2019.

Paling merisaukan semua guru SPBT pastinya jika mendapati bilangan buku yang tidak mencukupi.Prosedur bagi mendapatkan bilangan guru yang tidak mencukupi ialah dengan mendapatkan lebihan buku yang terdapat di Bilik Boss Daerah (BOSSD) atau mendapatkan buku dari sekolah yang berhampiran.Cabarannya pula ialah, bukan semua sekolah mempunyai masalah kekurangan buku atau lebihan buku seperti yang kita harapkan.

longgokan borang SAP dari pembekal buku yang helaiannya lebih kurang sama banyak dengan bilangan order buku, yang pastinya boleh buat penyelaras SPBT kena sign dan cop setiap helaian sampai lebam.hahaha.

Bagi ibu bapa yang hanya tahu "buku anaknya mesti lengkap dan cukup" akan bertanya kita bertubi-tubi, bila buku ganti akan dapat? atau bila buku akan lengkap? Selalunya saya terus terang je dan beritahu stok buku berkenaan tiada dalam bilik BOSS, jadi kena sabar dan tunggu sehingga saya mendapatkan tambahan buku atau ganti buku.

Ada juga ibu bapa yang sangat memahami dan bertanya dengan baik.Ramai juga ibu bapa yang memberi sokongan dengan memastikan buku teks anak berbalut kemas, bertulis nama dan dijaga dengan baik sepanjang tahun. Ramai juga rakan guru yang memberi sokongan dan memudahkan tugas saya di sekolah dengan tolong menyemak dan memastikan murid dalam kelasnya mempunyai buku yang mencukupi, memulangkan kepada saya jika terjumpa buku yang bersepah di mana-mana dan sentiasa menyampaikan info-info SPBT dari saya kepada ibu bapa melalui grup wassap kelas.

Salah seorang murid saya, yang ibu dan bapanya sangat gembira bila saya berjaya dapatkan buku teks yang lengkap dan mencukupi untuk anaknya.Murid ini antara yang tidak bernasib baik pada hujung tahun lalu kerana stok buku yang kehabisan dan banyak rosak, hanya  baru-baru ini saya dapat lengkapkan kesemua 7 buah buku yang tidak diperolehinya semasa agihan pada hujung tahun 2018.

Penghargaan Kepada Pengawas SPBT sekolah
Hujung tahun lepas, saya berkesempatan meraikan anak-anak kecil yang banyak membantu saya sepanjang tahun dengan sedikit jamuan.Merekalah tulang belakang saya dalam membantu semua urusan pemulangan dan agihan buku sehingga semuanya berjalan lancar dan teratur.Sungguh, saya benar-benar terharu dengan komitmen dan sikap tanggungjawab mereka terhadap tugas yang diamanahkan.

 Jamuan hujung tahun bersama pengawas SPBT sekolah.

 Merekalah tulang belakang saya dalam menguruskan SPBT sekolah.

Mereka yang saya anggap sebagai "Malaikat kecil" yang Allah pinjamkan untuk saya:) mereka yang sangat rajin, tidak banyak kerenah dan selalu menghiburkan.

Fahamlah saya, mengapa Allah pilih saya untuk urus hal buku teks di sekolah.Allah dah sediakan malaikat-malaikat kecil untuk bantu dan back up saya.Subhanallah.

Thanks reading this entry, keep reding this blog guys!