Januari Yang Berlalu

As Salam,
Januari Yang Berlalu-Kesibukan pada Januari tahun ini memang buat saya tak cukup nafas.Tahu-tahu saya sudah harus menilik kalendar Februari.Syukur ada seminggu yang menyenangkan dan mengembirakan untuk dilalui.haha.Siapa yang tak suka cuti woi!

Mesyuarat Panitia dengan ahlinya termasuk Guru Besar sendiri.huhu.Terpaksa handle mesyuarat dengan serba kekok.walaweh.GB baru pulak tu.bertabahlah!

Banyak benda saya hold untuk perancangan tahun baru 2019, demi memberi komitmen kepada tugas hakiki di sekolah dan rumah.Hampir setiap hari dalam seminggu pula, saya pulang lewat petang dari sekolah.Apapun saya bersyukur, banyak juga tugas yang dapat saya sempurnakan, walaupun ada juga yang sedia menanti untuk dihantar selepas bercuti tahun baru cina kali ini.huwaa.

Aktiviti gotong royong bilik BOSS sambil makan-makan.Best jugak ni.haha.

Januari 2019-jadual saya padat dengan pelbagai mesyuarat dan aktiviti.Antaranya :
  • Minggu bertugas pada minggu kedua persekolahan
  • Mesyuarat Sukan Tahunan sekolah
  • Mesyuarat Panitia 
  • Aktiviti Gotong Royong sekolah
  • Seminar Memahami Masalah Murid Pembelajaran Khas
  • Urusan Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
  • Urusan mengisi borang dan sistem e-pangkat untuk kenaikan DG44
  • Mesyuarat pemilihan kelayakan KWAMP.
  • Kejohanan Merentas Desa
  • Balik kampung Kota Tinggi
Pic semasa Kejohanan Merentas Desa.Untunglah jadi Cikgu.Jaga check Point je.larinya idok.Macam mana nak slim.hahaha.

Ini antara list yang saya sempat senaraikan, selebihnya saya perlu siapkan pada cuti ini untuk penghantaran tugasan melengkapkan Borang Keberhasilan pada minggu kedua selepas cuti.Eh, tak pasal-pasal saya buat post luahan rasa dalam blog ini.Cukuplah tu.Korang belum tentu nak ambik tahu benda-benda ni semua kann.Sabo je.

My wishlist book on 2017-2 years Ago:)

Dalam kesibukan ini, barulah saya teringat, saya belum sempat lagi menyediakan sebuah buku wishlist untuk tahun 2019-sedihnya!Sudah hampir 3 tahun since umur masuk angka 40, saya berusaha untuk memastikan pengurusan hidup saya lebih teratur dan bermakna.Insha Allah.

Catatan pada halaman pertama buku wishlist saya pada 2017.-Doa yang diajarkan Nabi SAW untuk kita amalkan tatkala usia memasuki 40 tahun.Doa ini adalah doa yang diucapkan Nabi Sulaiman AS.

Semoga setiap harapan dan doa Allah kabulkan dengan penuh keredhaan.aamiin.

Wishlist book saya, simple je.Biasanya saya cuba list 100 my dreams in the year.Sebenarnya, bila ko cuba duduk dan list impian dan harapan ko dalam hidup ini, nak capai 100 dreams pun belum tentu kita mampu tulis.Itulah yang saya rasa.

Antara yang tertangguh sepanjang Januari lalu.Saya tidak berkesempatan lagi untuk menulis 100 impian saya dalam buku nota kecil ini:(-

Doa yang saya dapat dari DMFK, elok diamalkan setiap kali keluar bekerja.Semoga bermanfaat kepada anda yang mengamalkannya:)

Apapun, mari kita mula.Saya mula menulis 100 dreams ni pun selepas saya ada membaca sebuah buku e-book tentang Menulis 100 impian- Kalau ikut pengalaman peribadi, memang banyak dan hampir semua yang saya inginkan dalam 100 wishlist itu Allah izinkan untuk terjadi, dan kalau tak sama seperti yang saya doakan, saya yakin Allah beri yang lebih baik kepada saya:)

Moga Allah kabulkan jua semua doa, hajat, keinginan dan cita-cita kalian yang setia bersama Blog Cik Matahariku.aamiin.

Anda mahu mencubanya? Buatlah sekarang:)
Allah sebaik-baik perancang.Bila satu demi satu wishlist kita tercapai, tahulah kita bahawa Allah itu sungguh Maha Baik, Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Allah Nyata SegalaNya bagi kita.Sehinggakan dalam Facebook pun saya tulis tagline dibawah photo saya dengan kalimah ini :
Bila Engkau Ada Allah,Engkau ada SegalaNya! 
InshaAllah, sehingga bertemu lagi.Semoga kehadiran Februari menjadikan kita kalangan HambaNya yang lebih baik dan istoqamah dalam mengerjakan kebaikan.aamiin.


Post a Comment

2 Comments

  1. sekejap sangat masa berlalu dah bulan February. semoga ceria2 selalu.. cantiknyee tulisan =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kan, sekejap je masa berlalu.Tulisan tangan tu abaikan huruf yang besar kecik.haha.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!