Tips Rahsia Yang Sangat Berkesan Untuk Mulakan Bisnes Home Tuition

As Salam,
Tips Rahsia Yang Sangat Mudah Buat Bisnes Home Tuition-Orait.Cuti sekolah panjang hampir seminggu ini saya cuba manfaatkan sebaik mungkin sebagai Blogger dan sedang cuba meneroka bidang baru:) yeahh. Buat masa ini saya zip mulut dulu sebab nak tengok perkembangan dalam bidang ini, nanti kalau dah nampak hasil, saya akan kongsikan dalam blog.No worries okey!

klik sini untuk dapatkan panduan memulakan home tuition yang betul

Post kali ini saya nak kongsikan tentang satu bisnes yang semakin berkembang dan semakin ramai yang mulai menyukai bidang tuisyen ini.Tambah lagi, kalau geng cikgu sekolah yang macam saya, yang memang dah sah-sah ada kelayakan ihtisas untuk mengajar, buat part time sebagai guru tuisyen memang perkara yang paling mudah.

Tapii, betul ke mudah nak setup kelas tuisyen ni???

Kenapa saya begitu teruja nak kongsi bisnes tuisyen ni? Jawapannya ada di sini:) Ini adalah perkongsian pengalaman sebenar seorang pengusaha bisnes tuisyen yang telah berjaya membuktikan bahawa bisnes tuisyen bukanlah pekerjaan part time yang membuang masa!

e-Book step by step untuk anda yang ingin memulakan bisnes home tuition

Tips Rahsia dan Sangat Mudah Buat Bisnes Home Tuition
Jadi, apakah tips rahsia kalau kita berminat nak mulakan bisnes tuisyen? Mana-mana bisnes pun kita harus mula dari langkah pertama.Jadi, saya kongsi kat sini, tips mudah yang kini bukan lagi rahsia jika anda mahu memulakan bisnes tusiyen di rumah.Mari kita lihat tips memulakan bisnes ini.Sumber tips dari sini : Fadzilahmamat.com
  1.  Buat flyers yang simple tetapi menarik perhatian
  2.  Buat pamplet yang menerangkan servis atau perkhidmatan anda dengan lebih detail
  3. Buat namecard yang menyatakan kelayakan anda dan servis atau subjek yang ditawarkan
  4. Bina website yang boleh memberi maklumat lanjut tentang perkhidmatan anda
  5. Hantar flyers di sekitar taman perumahan anda atau di kawasan target market anda. Untuk hantar flyers ni, anda boleh hantar sendiri, guna perkhidmatan syarikat penghantar flyers (yang selalu hantar flyers rumah, shopping complex dll), gunakan khidmat posmen, gunakan khidmat penjual surat khabar dll.
  6. Bila prospek menelefon anda, aturkan pertemuan dan bawa bersama namecard dan pamplet
  7. Jika anda merupakan seorang guru sekolah, itu satu kelebihan buat anda. Sebaliknya jika anda bukan seorang guru sekolah, anda boleh menggunakan ayat power berikut (ini merupakan ayat cari makan yang saya cipta untuk kakak saya tetapi atas dasar ingin berkongsi ilmu, saya perturunkan pada anda).
  8. Anda kenalah menjual diri anda dengan memberitahu para prospek (ibu bapa) bahawa anda memang berpengalaman di dalam mengajar (kalau pernah mengajar adik /anak saudara/kawan pun boleh dikira pengalaman) dan anda memang minat mengajar
  9. Kalau boleh, bagi testimoni para pelajar anda yang terdahulu.
  10. Tips yang last ni memang nampak pelik, tapi hasilnya sudah terbukti iaitu tampalkan servis tuisyen anda di pokok-pokok.haha.Buat yang macam Ah Long buat tu.
Contoh Ayat convince kan parents yang sangat mudah diamalkan:)

Walaupun ramai parents yang rasa lebih yakin untuk hantar student belajar tuisyen dengan seorang guru sekolah, tetapi sebenarnya guru sekolah adalah sangat sibuk. Jadi, mereka selalunya tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya terhadap kelas tuisyen. Tambahan pula, guru sekolah biasanya mengajar di dalam bentuk lecture kepada student yang ramai. Sebaliknya guru home tuition seperti saya lebih berpengalaman di dalam mengajar murid secara perseorangan..
Berdasarkan pengalaman sendiri, kita tidak akan dapat memulakan satu bidang baru dengan mudah dan lancar jika tanpa bimbingan dan ilmu yang berkesan.Jadi, sangat perlu bagi anda yang serius mahu membuat bisnes Home tuition ini, merujuk kepada mana-mana panduan atau guide line yang berkaitan bidang ini supaya pengurusan dan impian kita membina home tuition sendiri dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Anda boleh dapatkan panduan yang saya kongsikan ini bagi memudahkan cita-cita anda membina home tuition yang cemerlang;) Boleh klik gambar untuk daftar.


Terima kasih dapatkan info dan tips di Blog ini, keep reading this blog guys!

Post a Comment

0 Comments