5 Resepi Air Balang Best Seller Di Bazaar Ramadan 2019

As Salam,
5 Resepi Air Balang Best Seller Di Bazaar Ramadan 2019- Semangat betul saya nak update tentang bisnes air balang bila saya dapat tahu ramai kalangan rakan dan saudara mara yang berminat menjalankan bisnes ini pada bulan Ramadan nanti.Malah ada juga yang memang sudah sedia menjual air balang ini sejak 2-3 tahun lepas.Cuma kali ini mereka mahu meneruskan bisnes air balang dengan jualan air yang lebih popular dan favourite dalam kalangan pelanggan air balang di bazaar ramadan.

Antara jenis air yang menjadi best seller sepanjang bulan ramadhan

Orait, hasil dari bacaan dan info dari website yang dipercayai ini : Tips Bisnes Air Balang- sebenarnya terdapat lebih dari 10 jenis air popular di bazaar ramadan setiap tahun, namun kali ini saya mahu kongsikan hanya 5 jenis air balang yang menjadi best seller dan pastinya yang paling laris jualannya sepanjang tahun:)

5 Resepi Air Balang Best Seller Di Bazaar Ramadan 2019
Berikut saya kongsikan 5 resepi air balang yang paling popular dan menjadi kegemaran pelanggan di bazaar ramadhan.Korang boleh tengok apakah bahan rahsia dan tips penyediaan air balang supaya lebih sedap dari biasa dan disukai ramai pelanggan.

1. Resepi Air Jagung Susu Lemak Krim ( sumber resepi dari SINI )


Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Air RO 3-4 Liter.
2. ½ botol pati jagung double lion 495ml.
3. 3 tin susu pekat dairy champ.
4. 3 tin susu cair dairy champ.
5. 1 sudu kecil pewarna merah. ( tips supaya warna air jagung menjadi kuning seperti jagung madu)
6. 1 sudu kecil perisa jagung.
7. 1 tin sweet corn ayam brand
8. 1 beg ais kiub.
9. 2 sudu garam halus.( tips supaya air jagung lebih lebih berlemak walau sudah diletak susu)

Cara-cara menyediakan Air Jagung Susu
1. Masukkan air RO dalam balang air yang berkapasiti 30 liter.
2. Masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau sekejap.
3. Masukkan pati jagung.
4. Masukkan pewarna dan perisa jagung. Kacau sekejap.
5. Masukkan sweet corn ayam brand.
6. Masukkan garam dan kacau.
7. Masukkan ais kiub 1 beg.
8. Selesai.
Tuangkan kedalam gelas bersama ketulan ais. Boleh juga diletakkan aiskrim vanila diatasnya.

2. Resepi Jus Mangga Susu Paling Sedap



Bahan-bahan Jus Mangga Susu Paling Sedap
Mangga masak dalam 4kg (bersamaan 23 biji mangga).
Air yang telah dimasak atau mineral water
Pewarna oren
4 tin susu pekat 
2 tin susu cair 
Cara-cara penyediaan jus mangga susu
Kupas mangga masak dan buang bijinya.
Masukkan isi mangga tadi sehingga separuh daripada badan pengisar, kemudian masukkan air masak yang sejuk.
Kisar isi mangga menggunakan pengisar elektrik sehingga larut sekata.
Asingkan hasil kisar ke dalam bekas yang berasingan.
Ulang langkah tadi sehingga isi mangga habis dikisar.
Campurkan hasil kisar tadi ke dalam balang air yang berisi dengan 1-2 bag ais. Kacau sehingga sekata.
Tips jus mangga:
  1. Gunakan air masak. Elakkan menggunakan air paip kerana ianya tidak elok untuk kesihatan. Rasa air mangga akan janggal kerana air paip mengandungi klorin.
  2. Masukkan perwarna oren setitik demi setitik kemudian kacau sehingga mendapat warna yang menarik.

3. Resepi Air Asam Boi Special
Bahan-bahan ( untuk 3 orang minum, kalau nak buat untuk jualan, boleh tambah ikut anggaran satu balang ) 
5 biji apple hijau 
9 biji asam boy 
Gula 
Ais batu 
Air masak 
6 biji limau kasturi 

Cara-cara Menyediakan Air Asam Boi Special
Potong apple hijau dan buang bijinya. 
Blend bersama air dan gula 
Kemudian masukkan kedalam jug. 
Tuang jus tadi kedalam gelas perahkan limau kasturi 2 biji dan masukkan 3 biji asam boy dan ais. 
Anda boleh tambah gula ikut rasa selera anda.


4. Air Milo Special
Untuk 1 Jug 5-6 orang) 
Bahan-bahan Air Milo Special
4 sudu besar Milo 
2 sudu besar serbuk cocoa van houten
1 sudu kecil nescafe 
6 sudu besar susu cair (kalau nak lagi lemak, bubuhlah lebih) 
2 sudu kecil Vanila 
Gula kalau nak lagi manis 
ketulan ais
Untuk Hiasan 
whipping cream (dalam tin - spray) 
Choc rice

Cara-Cara Menyediakan Air Milo Special
 Satukan semua bahan –bahan tersebut, pastu tambah air panas dalam jug, tunggu sejuk seketika dan akhir masuk ketulan ais hancur. Kalau rajin setiap satu cawan dihidangkan dengan krim putar (whipping cream) dan chocolate rice diatasnya. Baru lebih berselera nak minum.


5.Air Kathira Original Johor
Cara Mudah Buat Air Katira Original Johor
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
2 cawan gula pasir
3 keping getah anggur kering/katira
12 biji badam
3 ketul buah kembang semangkuk
1 genggam biji selasih
2 cawan cendol
1/2 cawan cincau
7 biji kurma 
kismis
kacang tanah goreng
secubit garam
Langkah-langkah penyediaan Air Katira:

A: Penyediaan Sirap pandan
Sebelum membancuh air katira, korang hendaklah menyediakan sirap terlebih dahulu.
Mula-mula, rebus 3 cawan air hingga mendidih.Masukkan 2 cawan gula pasir bersama daun pandan yang telah dikisar. Kacau hingga larut.
Kemudian, padamkan api. Tuang dan tapiskan air gula hijau ke dalam balang air besar.
Simpan dan ketepikan dahulu.

B: Penyediaan Susu badam
Kisar badam yang diasing daripada kulit hingga halus bersama secawan air.Masak kisaran badam tadi sehingga mendidih bersama 2 cawan air.Padamkan api setelah mendidih beberapa minit.Tapis dan tuangkan susu badam ke dalam balang air yang berisi air gula hijau tadi.

C: Cara Membancuh air katira
Masukkan kurma yang telah dicarik-carik ke dalam balang air tadi.Boleh juga jika kurma tadi dibuang biji dan dihiris nipis. Terpulang.Masukkan pula katira, biji selasih dan buah kembang semangkuk yang telah kembang.Tuang susu sejat, cendol dan secubit garam. Kacau hingga sekata semua bahan-bahan.Hidangkan air katira sama ada dalam gelas besar atau mangkuk pencuci mulut.Tabur kacang goreng, kismis dan cincau sebagai toppings.Sedia dinikmati sebagai “energy booster” waktu berbuka setelah seharian berpuasa

Alhamdulillah, 5 resepi air balang ini jika kita sediakan dengan penuh teliti dan kasih sayang, pasti semua pelanggan tidak akan jemu menikmatinya, tambah lagi jika sedang berpuasa seharian:) Paling penting utamakan kebersihan, inshaAllah, rezeki anda dalam berniaga air balang ini sentiasa terbentang luas dan diberkati.aamin.

Anda mahu lihat video penyediaan air balang ini : klik gambar di bawah.


Jika anda perlukan tips lain berkaitan perniagaan air balang seperti tips marketing, tips membuat anggaran modal yang lebih menguntungkan atau tips memilih jenis air yang paling mudah untuk disediakan, anda juga boleh terus klik ke laman web ini : Bisnes Air Balang Untung Berganda-

Selamat mencuba resepi air balang yang menjadi favourite pelanggan di bazaar ramadhan:) semoga dipermudahkan urusan anda semua yang mahu mencuba bidang baru dalam dunia perniagaan yang menjanjikan 9 daripada 10 sumber rezeki dalam kehidupan kita.InshaAllah.

Post a Comment

17 Comments

  1. Salam perkenalan Cik Matahari..
    Resepi air balang yang sangat berguna kepada mereka yang memerlukan..
    LZ baru tahu air katira sangat complicated berbanding air lain.. Selama ni tahu minum..
    Selain untuk berniaga boleh juga buat untuk open house raya nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis:)
      saya kongsikan resepi ini supaya peniaga air balang dapat manfaatkan untuk jualan mereka supaya lebih laris,inshaAllah.Terima kasih singgah blog ini:)

      Delete
    2. KABAR BAIK!!!

      Nama saya Lady Mia, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman agar sangat berhati-hati, karena ada penipuan di mana-mana, mereka akan mengirim dokumen perjanjian palsu kepada Anda dan mereka akan mengatakan tidak ada pembayaran di muka, tetapi mereka adalah penipu , karena mereka kemudian akan meminta pembayaran biaya lisensi dan biaya transfer, jadi berhati-hatilah terhadap Perusahaan Pinjaman yang curang itu.

      Perusahaan pinjaman yang nyata dan sah, tidak akan menuntut pembayaran konstan dan mereka tidak akan menunda pemrosesan transfer pinjaman, jadi harap bijak.

      Beberapa bulan yang lalu saya tegang secara finansial dan putus asa, saya telah ditipu oleh beberapa pemberi pinjaman online, saya hampir kehilangan harapan sampai Tuhan menggunakan teman saya yang merujuk saya ke pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ms. Cynthia, yang meminjamkan saya pinjaman tanpa jaminan sebesar Rp800,000,000 (800 juta) dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa konstan pembayaran atau tekanan dan tingkat bunga hanya 2%.

      Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah yang saya terapkan dikirim langsung ke rekening bank saya tanpa penundaan.

      Karena saya berjanji bahwa saya akan membagikan kabar baik jika dia membantu saya dengan pinjaman, sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres atau penipuan

      Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman apa pun, silakan hubungi dia melalui email nyata: cynthiajohnsonloancompany@gmail.com dan atas karunia Allah, ia tidak akan pernah mengecewakan Anda dalam mendapatkan pinjaman jika Anda mematuhi perintahnya.

      Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: ladymia383@gmail.com dan Sety yang memperkenalkan dan memberi tahu saya tentang Ibu Cynthia, ini emailnya: arissetymin@gmail.com

      Yang akan saya lakukan adalah mencoba untuk memenuhi pembayaran cicilan pinjaman saya yang akan saya kirim langsung ke rekening perusahaan setiap bulan.

      Sepatah kata cukup untuk orang bijak.

      Delete
  2. salam kenal cik matahariku~
    sedap2 air yang dikongsi resepinya tuuu..moga2 peniaga dapat manfaat dari perkongsian ni...nak buat jugak la untuk berbuka puasa nanti..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sis! salam kenal:)air balang ni biasanya ada tips dan cara membancuhnya kan, sebab kita buat dalam kuanttiti yang banyak, kalau ikut pengalaman saya dan rakan-rakan buat air balang utk jualan sekolah, kami akan bancuh pati air dulu, kemduian tuang dalam balang dan masukkan ais dan air gula, inshallah sedap:)

      Delete
  3. nak puasa tak lama dah, memang air macam ni lah yang lalu depan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Wani, rambang mata nak membelinya, semua nampak sedap!

      Delete
  4. time posa hari2 rasa nak tukar air bes bes hehe..
    katira confirm.. kite suka soya cincau. tembikai.. pergh !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita sis:) air katira memang confirm cari time bulan puasa kan..

      Delete
  5. wahhh bagusnyaaa resepi macam ni.. kalau ada kenduri pun berguna juga resepi macam ni.. kita singgah n follow sini ya..
    https://faradidi.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. salam puan untuk air jagung tu kena letak 3 tin susu lemak manis ke pn

    ReplyDelete
  7. kalau sy letak susu chair perisa lain boleh ke pn

    ReplyDelete
  8. kalau 33 liter balang air boleh guna x resipi yg kat atas tu (air jagung punya resipi)

    ReplyDelete
  9. dan yg air manga plak air gula berape sudu ye untuk satu bag plastik

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk jus mango susu, kalau ikutkan tak payah banyak gula, lagipun dah letak susu pekat kan, kalau nak letak gula juga boleh anggar sendiri.bag plastik besar mana pun saya tak pasti kann..

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!