Pageviews Blog Capai 37 juta views:)- Wonderful March

As Salam,
Yay! Musim cuti sekolah dah bermula.Mood Holiday dah activated ni.haha.Bukan main happy padahal ada kertas ujian yang ko kena hadap untuk disiapkan.Sabar jelah cikgu oi.Nikmat bekerja yang mungkin tidak dapat dinikmati oleh orang lain.Mana nak dapat cuti seminggu straight macam ni kann.

Tahun ke-8 berblog, dengan pencapaian 37 juta pageviews blog:)

pageviews harian blog in juga tidaklah sebanyak mana, sekitar 20-30 k sehari.Alhamdulillah.

Orait, datang sini sebab baca tajuk post ke? Sebenarnya since awal March lagi pageviews blog ini dah bertukar nombor pageviews, tapi hari ni baru tuan tanah sempat berkongsi dalam blog.Alhamdulillah.Diam tak diam sudah menjangkau 37 juta pageviews blog ini. Syukur saya dengan gud news ni.Saya melihat pencapaian ini dengan beberapa pandangan iaitu :
  • Sebenarnya sebagai Blogger, kita tak perlu sangat update blog setiap hari untuk mendapat traffik atau pengunjung yang banyak.Cukuplah bila sesekali kita buat post, tulislah post yang dapat memenuhi keperluan pembaca dan ia bersifat evergreen.Maksudnya, macam blog kecik saya ni,perkongsian resepi dan cara penyediaan masakan yang banyak membantu blog ini dikunjungi pelawat yang konsisten setiap hari.Evergreen means, setiap masa pengunjung akan cari info atau post yang sama walaupun kita dah publish 4 atau 5 tahun lepas.Best bukan?
 kek coklat kukus moist menjadi antara entri evergreen di blog saya yang kini sudah menjangkau jutaan views sejak diterbitkan pada tahun 2015.
Meski banyak resepi kek coklat yang viral, resepi yang saya kongsikan ini mendapat pujian ramai readers yang mencubanya.Saya menggunakan tajuk dengan kata kunci ini : Tips Mudah-Boleh tengok kat pautan ini : Kek Coklat kukus yang sangat sedap dan moist-
  • Pastikan blog dan entri kita sentiasa berada dalam halaman utama google search, dan kalau boleh berada di first rangking sebab potensi untuk pembaca klik blog atau post kita lebih besar dan mudah.Pengalaman sendiri, kita pun tak berapa rajin nak pi banyak blog atau website kalau kita dah dapat apa yang kita nak dari first rangking artikel tadi kan.Maksudnya kat sini entri kita tu mesti trusted post sampai enjin carian pun pilih dan letakkan di first rangking page.
Resepi kek minyak kukus moist yang berada dalam search rangking first page

 begedil kentang yang mudah cara membuatnya

karipap rangup inti kentang yang sedap
  • Tajuk post juga memainkan peranan.Tak payah letak tajuk yang jarang-jarang readers nak taip kat google search.Ko bagi tajuk yang senang-senang je.Misalnya guna perkataan ajaib ni : Cara mudah, cara sebenar, langkah mudah, tips mudah, tips rahsia, dan banyak lagilah.Kita pun kalau taip kat Google search mesti nak dapat info tentang hal yang mudah, tentang cara atau cari benda murah kann.hihi. 
Rasanya tips yang saya kongsikan ini juga korang dah tahu.Cubalah buat dan konsisten.Bagi saya pula, elakkan entri copy paste dan banyakkan publish post yang dapat memberi nilai tambah dalam hidup pembaca:)

Semoga dipermudahkan semua:) Sampai jumpa lagi.

Post a Comment

10 Comments

  1. Replies
    1. alhamdulillah, semuanya dengan izin dan pujian hanya kepadaNya:) doakan saya istiqamah menulis hal yang baik-baik dlm blog ini ya..

      Delete
  2. wah seronoknya. semoga makin maju jaya =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis, semoag kita semua dipermudahkan urusan mendapat kejayaan dlm hidup:) aamin.

      Delete
  3. wowww.. tahniah sis.. blog sy baru je cecah 8juta pv.. jauh lagi nak sampai 37juta pv tu.. betul cakap sis.. entry evergreen macam resepi memang sangat2 membantu menaikkan pv kan.. lepas ni boleh la sy cari resepi di sini..hihi.. selamat berkenalan sis..sy follow sini juga ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, saya mula berblog sejak 2011, hampir 8 tahun yang lalu, mungkin sebab itu pv saya sudah capai ke angka tersebut, kalau ikut blogger lain dengan tempoh yang sama, mungkin lagi banyak jumlah pv mereka sis:) terima kasih sudi follow blog ini.semoga memberi manfaat ya!

      Delete
  4. Alhamdulillah... Semoga trus maju. Akak tumpang suka.

    ReplyDelete
  5. look so yummy. Thanks for your sharing <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup:) resepi kat dlm blog ini kebanyakannya adalah resepi yang saya dah cuba sendiri dan tahu kesedapnnya:)InshaAllah, resepi yang menjadi.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!