Susah Sangat Ke Temuduga Kerajaan? Dengan Tips ini Semuanya Menjadi Mudah:)

As Salam,
Susah Sangat Ke Temuduga Kerajaan? Dengan Tips ini Semuanya Menjadi Mudah:)-Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kepada semua geng-geng bakal penajwat awam yang akan menghadapi temuduga sekitar April 2019 tahun ini.Yay! pasti seronok bila dapat tahu kita terpilih utuk hadir sesi temuduga kan:)

Susah sangat ke temuduga kerja kerajaan ? Cuba dapatkan rujukan ini sebagai langkah
awal persediaan menghadapi temuduga.

Mengikut jadual temuduga di SPA, sekitar April 2019, terdapat beberapa jawatan yang akan dipanggil temduga iaitu Jurutera Gred J41 ( Mekanikal ) dan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19, Latihan Jururawat Gred U29 dan beberapa jawatan lain.

Dalam pada happy dan seronok dapat panggilan temuduga kerja kerajaan, jangan lupa ramai jugak yang gagal dalam temuduga tersebut :(. Apa susah sangat ke temuduga kerajaan ni weii?Kalau ikut pengalaman saya dulu, time attend temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sekitar tahun 2010, memang susah wei.Persediaannya je saya rasa dekat 5 hari 5 malam, itu belum lagi nota kecik besor yang saya sediakan.haha.

Anyway, betul bagai dikata, para bijak pandai.Kalau usaha kita ciput, input yang kita ada juga ciput, ibarat kita pergi berperang tanpa senjata yang mantap dan canggih.Kalau saya muhasabah balik waktu saya hadapi temuduga dulu, sebenarnya tidaklah susah mana.Tambah lagi kalau saya tahu sebenarnya ada panduan dan tips berguna yang dikongsikan oleh Tim Infokerjaya-iaitu salah satu team paling trusted untuk kita dapatkan semua maklumat berkenaan kerja-kerja kerajaan termasuk tips temuduga, tips buat resume dan banyak lagi.

Dapatkan edisi lengkap dan terkini pelbagai tips menarik dan mudah diikuti kepada semua bakal penjawat awam yang akan menghadapi temuduga kerja kerajaan.Sila klik gambar:)

Susah Sangat Ke Temuduga Kerajaan? Dengan Tips ini Semuanya Menjadi Mudah:)
Apa yang bakal saya kongsikan ini bakal mengubah persepsi anda terhadap kesukaran temuduga kerja kerajaan.Sebenarnya apa yang kita fikir tentang temuduga ini menjadi sukar ialah sebab kita tak tahu dan tiada pengalaman sebenar tentang apa yang bakal kita hadapi semasa temuduga tersebut bukan?

Walaupun ada juga antara kita yang bukan sekali atau dua kali pernah datang temuduga kerja kerajaan ini, tapi hasilnya mengecewakan.Nah, saya mahu anda juga tahu bahawa, dalam dunia tanpa sempadan ini, tiada alasan untuk kita katakan tidak tahu atau tak dapat maklumat berkaitan ujian temuduga yang bakal dihadapi.

Pertamanya, anda kena rajin membaca dan mengeksploitasi semua sumber yang ada.Misalnya website ini : Rahsia Bijak Temuduga- dah banyak testimonial yang membaca dan mengikuti website ini mengakui bahawa kebanyakan tips dan saranan yang di kongsikan dari website ini banyak membantu mereka dalam membuat persediaan sama ada sebelum atau semasa temuduga dijalankan.



Pernah Gagal Temuduga ? Pernah Tahu punca kegagalan anda dalam temuduga?
Ada banyak faktor yang dilihat mampu menyebabkan anda tidak dilihat sebagai calon yang paling sesuai dipilih. Perkara paling mudah yang  menyebabkan anda di 'reject' adalah saat ketika anda masuk bilik temuduga.

Dengan keterampilan yang salah, cara komunikasi yang tidak bagus serta bahasa badan yang lemah sudah boleh memberi anda markah yang amat kurang. Oleh itu, anda perlu ketahui dan belajar ilmu ini. Ingat, pihak penemuduga adalah manusia dan selagi ianya bernama manusia maka setiap tindakan dan keputusannya akan dipengaruhi oleh emosinya.

Jika awal-awal mereka tidak berkenan dengan anda maka jangan harap mereka akan tertarik dengan kepakaran anda yang lain. Inilah yang dinamakan 'First Impression'. Dengan cara komunikasi yang lemah, anda telah mensia-siakan peluang terbaik anda untuk beritahu pihak penemuduga tentang kelebihan diri anda dan bagaimana anda boleh memenuhi kriteria pekerja yang mereka inginkan.

Gaya bahasa badan yang lemah dan kurang meyakinkan menyebabkan pihak penemuduga tidak yakin untuk mengambil anda bekerja. Ini adalah sebahagian dari banyak lagi faktor yang menyebabkan anda gagal dalam sesi temuduga.

Usah terkejut, hal ini juga yang sering dibualkan tentang kenapa anda gagal dalam temuduga. Kebanyakkannya gagal dalam beberapa saat sahaja bertemu dengan panel temuduga. Ya...ia nampak simple tapi kesannya boleh buatkan anda hadir temuduga berkali-kali dan gagal juga berkali-kali.

First impression amat penting. Dua tiga saat pertama mereka melihat anda, mereka telah dapat agak apakah keputusan temuduga anda. Anda perlu ambil serius jika mahu berjaya. 

Apapun tindakan dan persepsi anda terhadap temuduga kerja yang bakal anda hadapi nanti, jangan sesekali lupa bahawa anda juga mempunyai impian dan harapan seperti orang lain.Jangan kerana anda ambil mudah dan tidak mahu mengubah cara anda bersedia sebelum temuduga, peluang anda untuk mendapat pekerjaan yang didamkan berlalu begitu sahaja.

Akhir sekali, action pick louder than words! selamat menjalani temuduga dengan penuh semangat dan keyakinan!





Post a Comment

2 Comments

  1. sapa sapa yang kena pi iv tu mudah2an dipermudahkan.. semoga senang saja semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin, inshallah.semoga dipermudahkan urusan mereka yang menghadapi interview kan.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!