As Salam,
Cara Masak Pulut Kukus Lembut Dengan Serunding Kelapa Yang Sedap- Cakap pasal pulut serunding, akan buat saya terkenang zaman sekolah rendah saya.Saya ni pula ada satu peel, kalau suka pada sejenis makanan tu, saya akan hadap setiap hari, sampailah orang yang jual makanan tu dah tak larat nak buat sebab saya sorang je regular customernya.hahaha.Yang ni tipu hokey!
Pulut Serunding kelapa antara all time favourite kuih tradisi masyarakat jawa yang saya sukai.
Haih.Dah terliuq den nengok pulut serunding idaman kalbu ni.haha.
Korang kenal ke Pulut serunding? Kalau macam saya yang ada darah jawa ni, pulut serunding ni ada nama dia sendiri.Eh, entah apa ke nama panggilannya.Lupa pulak.Tapi apapun panggilan bagi kuih ni, ia tetap menjadi pujaan hati saya.
Pulut serunding ni kalau ko buat comel-comel memang senang nak ngap.Tapi seingat saya, memang jarang nak jumpa pulut serunding orang buat comel-comel kann.Entah kenapa ya?
Selain peminat tegar pulut serunding kelapa ni, saya tetap memilih jenis serunding yang akan disalut pada pulut tersebut.Jadi bila cari merata tempat resepi yang ngam kat tekak saya, saya pilih resepi di bawah. Saya suka serunding kelapa yang dicampur dengan ketumbar dan sedikit jintan manis.
Rasanya pula harus ada rasa pedas dan colour serunding pula mestilah oren bukan kuning.Pulutnya pulak kalau dapat yang lembut, memang ngamlah.Memang stress kalau tergigit pulut yang tak cukup tanak.Frust tau!Nampak tu, betapa ekstrimnya saya dalam memilih jenis makanan walaupun hanya pulut serunding.Melampau dan mengada betul kann.kihkih.
Disebabkan Pulut serunding salah satu favourite makanan saya, maka haruslah saya kongsikan resepinya dalam blog sendiri.Karang bila-bila teringin nak buat sendiri, saya dah simpan resepi kesukaan yang saya ambil dari Grup Masak Apa Hari Ni (MAHN) di Facebook.Jom, saya kongsikan resepinya kat bawah.
Sumber Resepi : Mariana Zainal ( Page : Masak Apa Hari Ni..)
Share Oleh : Cik Matahariku
Bahan-Bahan Serunding Kelapa Yang Sedap
1 1/2 biji kelapa parut
3 sdb gula(ikut hampa suka manis macam mana)
1 sdt garam(membukit)
1/4 cawan air asam jawa
Bahan perasa jika suka
4 atau 5 helai daun limau purut( supaya lebih wangi)
1 cawan air
2 senduk minyak masak untuk menumis
Bahan kisar
15 tangkai cili kering(kalau tak suka pedas sila kurangkan)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sdb biji ketumbar
4 batang serai
4 sdb udang geragau kering
Kisar semua bahan ini hingga halus
Tips Supaya Serunding Lebih Sedap :
Selepas kisar semua bahan di atas, masukkan 2 sdb jintan manis(kisar jangan sampai halus).Kalau jintan ni tumbuk guna lesung batu lagi best..tak payah halus sangat sebab bila kita makan inti tu tergigit-gigit rasa jintan tu yang buat sedap..
Cara Menyediakan Serunding Kelapa Yang Sedap
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
- Masukkan gula,garam dan daun limau purut dan tumis sampai betul-betul terbit minyak dan garing.
- Masukkan air dan kelapa parut.Guna api perlahan masak hingga serunding kering
- Sesuaikan rasa.
Cara Menyediakan Pulut Tanak atau Kukus Yang Lembut ( Step By Step )
Cara masak guna dapur gas :
Basuh beras pulut seperti biasa.Sukat air ikut jari ruas yang pertama, iaitu sukat atas beras atau 1/2 ruas jari sahaja.Jangan lupa letak secubit garam.Masukkan satu setengah sudu minyak masak supaya pulut nampak berkilat bila dah masak. Buka sedikit tudung periuk supaya senang nak pastikan air sudah hampir kering nanti.Bila air dalam periuk hampir kering, kacau pulut perlahan bagi rata dan supaya tidak berkerak.Kecilkan api dan tutup rapat tudung periuk.Tutup api bila pulut sudah lembut.Sejukkan sebentar dan bolehlah dibentuk bulat-bulat sebelum disalut dengan serunding kelapa yang sedap:)
Sekiranya anda menggunakan periuk elektrik, boleh ikut sukatan di bawah :
3 cawan pulut
3 cawan air
1 sdb minyak masak dan secubit garam.
Selamat mencuba readers semua:)
11 Comments
Terliurnyaaaa tengok...
ReplyDeleteSaya tinggalkan jejak di sini.
Jemput blogwalking ke blog saya :)
salam sis, terima kasih singgah sini ya!
ReplyDeleteyang ini serius paduuu, memang tak puas makan seketul dua
ReplyDeletekann..kalau buat comel-comel, memang tak cukup setakat seketul dua..haha..
DeleteSaya suka resepi2 yg lama2
ReplyDeleteyup, saya pun..sebab resepi lama tu mengingatkan kita akan nostalgia atau moment manis time kita nikmati makanan tersebut..:)
Deletesidap
ReplyDeleteSalam sis. Sama la resepi turun temurun kita. Cuma saya letak serbuk kunyit sikit dan kalau takde daun limau purut saya ganti dengan daun kunyit😊
ReplyDeleteSalam sis. Sama la resepi turun temurun kita. Cuma saya letak serbuk kunyit sikit dan kalau takde daun limau purut saya ganti dengan daun kunyit😊
ReplyDeleteSalam sis. Sama la resepi turun temurun kita. Cuma saya letak serbuk kunyit sikit dan kalau takde daun limau purut saya ganti dengan daun kunyit😊
ReplyDeletealhamdulillah, resepi masakan org dulu2 jugak yang kita suka kann..nostalgia masakan mak2 kita..:)
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!