Doa Mudah Dan Ringkas Menyambut Bulan Ramadhan Tahun 2019/ 1440H

As Salam,
Doa Mudah Dan Ringkas Menyambut Bulan Ramadhan Tahun 2019/ 1440H-Tinggal beberapa hari saja lagi, Ramadhan bakal kita lalui.Entah sampai entahkan tidak.Allahuakbar.Ya Allah, pilihlah kami dalam kalangan hamba-Mu yang mendapat rahmat, pengampunan dan keberkatan pada Ramadhan-Mu kali ini.Aamiin.


Doa Menyambut Bulan Ramadhan Tahun 2019/ 1440H

 اَللّٰهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَارِكْ لَنَا فِى رَمَضَانَ

Allaahumma baarik lanaa fii Rajabi wa Sya'baana, wa baarik lanaa fii Romadhoona
Ertinya :
 "Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya'ban. serta berkahilah kami dalam bulan Ramadhan."

Doa menyambut bulan suci ramadhan diatas dibaca sejak bulan Rajab, diambil dari hadist riwayat Ahmad Nomor 2346 dan 2387, Selain membaca doa diatas kita juga bisa membaca doa dibawah ini.

اَللّٰهُمَّ سَلِّمْنـِي إِلَى رَمَضَانَ وَسَلِّمْ لِـي رَمَضَانَ وَتَسَلَّمْهُ مِنِي مُتَقَبَّلاً

Allaahumma sallimnii ilaa romadhoona wa sallim lii romadhoona wa tasallamhu miniii mutaqobbalaa
Ertinya :

"Ya Allah, hantarkanlah aku hingga sampai Ramadhan, dan hantarkanlah Ramadhan kepadaku, dan terimalah amal-amalku di bulan Ramadhan." (Latha-if al-Ma'arif, 148)

Doa Menyambut Ramadhan
“Ya Allah!
Sesungguhnya bulan ini adalah bulan yang penuh keberkatan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an dan dijadikan petunjuk bagi manusia, penjelasan daripada petunjuk dan perselisihan. Bulan Ramadhan telah datang, maka selamatkan kami di dalamnya, salurkan kedamaiannya pada kami, jadikan ia keselamatan bagi kami dalam kemudahan dan keselamatan dari-Mu. Wahai Yang Menerima amal yang sedikit dan mensyukuri yang banyak, terimalah amalku yang sedikit ini.

Ya Allah!
Daku memohon kepada-Mu, jadikan bagiku jalan pada semua kebaikan, dan penghalang daripada semua yang tidak Dikau cintai, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Wahai Yang Memaafkan kesalahanku dan keburukan yang kusembunyikan. Wahai Yang Tidak menyiksaku kerana perbuatan maksiatku, maafkan daku, maafkan daku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia.

Tuhanku!
Dikau sedarkan daku, tapi daku belum juga menyedarinya. Dikau usir daku daripada larangan-Mu, tapi daku masih belum juga terusir, lalu apalagi alasanku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia, maafkan daku, maafkan daku!!!

Ya Allah!
Daku memohon kepada-Mu kedamaian saat kematian menjemputku, dan maafkan daku ketika amalku dihisab. Besar sudah dosa hamba-Mu ini, maka ampuni daku dengan pengampunan yang baik dari sisi-Mu wahai Yang Maha Menjaga dan Maha Mengampuni, maafkan daku, maafkan daku.

Ya Allah!
Daku adalah hamba-Mu putera hamba-Mu, yang lemah dan perlu pada rahmat-Mu. Sementara Dikau Yang Menurunkan kekayaan dan keberkatan kepada semua hamba-Mu, Dikau Maha Perkasa dan Maha Kuasa, Dikau menghitung semua amal mereka, Dikau yang membagikan rezeki mereka. Dikau ciptakan mereka berbeza-beza dalam bahasa dan kulit dari generasi ke generasi berikutnya. Hamba-Mu tak akan mampu mengetahui semua ilmu-Mu, hamba-Mu tak akan mampu menolak takdir-Mu. Kami semua perlu pada rahmat-Mu, maka jangan palingkan wajah-Mu dariku, jadikan daku tergolong pada hamba-Mu yang soleh dalam amal dan keinginan, dalam ketetapan dan takdir-Mu.

Ya Allah!
Hidupkan daku dalam kehidupan yang paling baik, dan matikan daku dalam kematian yang terbaik mengikuti para kekasih-Mu dan menjauhi musuh-musuh-Mu, takut dan patuh pada-Mu, memenuhi dan menerima perintah-Mu, membenarkan kitab-Mu dan mengikuti sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah!
Semua yang ada dalam hatiku: keraguan, penentangan, keberputus-asaan, kesenangan yang berlebihan, kesombongan, keangkuhan ketika mendapat nikmat, prasangka buruk, riak atau suka pujian, permusuhan, kemunafikan atau kekufuran, kefasikan atau kemaksiatan, atau kebanggaan, atau sesuatu yang lain yang tidak Dikau redhai.

Kerana itu, daku memohon kepada-Mu, gantikan semua itu dengan keimanan pada janji-Mu, mematuhi perintah-Mu, redha pada ketentuan-Mu, kehidupan zuhud di dunia, harapan pada yang ada di sisi-Mu, ketenangan dan taubat yang sebenarnya; daku memohon semua itu kepada-Mu Ya Rabbal ‘alamin.

Tuhanku!
Dikau dikianati dan dicurangi kerana kelembutan-Mu, Dikau ditaati kerana kemuliaan dan kedermawanan-Mu, seolah-olah Dikau tidak pernah dicurangi olehku dan oleh seluruh penghuni bumi. Maka jadilah Dikau bagi kami Yang Maha Pemurah dengan segala kurniaan-Mu, Yang Maha Perihatin dengan segala kebaikan-Mu. Wahai Yang Maha Pengasih daripada semua yang mengasihi!

Semoga selawat sentiasa tercurahkan kepada Muhammad SAW dan keluarganya, selawat yang abadi yang tidak terhitung jumlahnya dan tidak terukur nilainya oleh selain-Mu wahai Yang Maha Penyayang daripada semua yang mengasihi!”

(Petikan dari kitab Mafatihul Jinan, bab 2, pasal 2)-Sumber : DI SINI

Perlu diketahui sebenarnya tidak ada doa khusus untuk menyambut bulan Ramadhan yang diajarkan oleh Rasulullah Saw mahupun para sahabat, akan tetapi para sahabat dan para ulama terdahulu menyambut bulan Ramadhan dengan penuh suka cita dan kegembiraan. 

Mereka mengungkapkannya dengan kalimat-kalimat yang mengandungi doa kebaikan dan harapan. Semoga bacaan doa menyambut bulan Ramadhan lengkap beserta terjemahnya diatas bisa bermanfaat bagi kita semua.

Wallahualam.





Post a Comment

0 Comments