Terima Kasih Readers : Pageviews Blog Capai 38 Juta Views - AlHamdulillah:)

As Salam,
Pencapaian Blog Cik Matahariku Dengan Pageviews 38 Juta- AlHamdulillah:)-Teringat time zaman-zaman sebelum masihi awal saya mula menulis di Blog.Masa tu memang fikir nak naikkan pageviews Blog sahaja.Masa tu juga rasa happy sangat kalau dapat CPUV On Going dari pengiklan Nuffnang.Yelah, masa tu CPUV atau earnings kita sangat bergantung dengan Unique Visitor yang datang ke Blog kita. 

Allah jua sebaik-baik pemberi rezeki:) Alhamdulillah

Rasa cemburu jugak kalau ada Blogger lain yang share blog dia dapat CPUV On Going dari Nuffnang, bukan sedikit tau.Kadang-kadang sampai 10 iklan serentak akan publish atau On Going dalam blog.Lama-lama saya fikir kalau asyik kejar pageviews (PV), mesti penulisan kita pun tak tentu arah.Saya mula belajar dari banyak Blogger lain yang lebih berpengalaman bahawa bagi sesebuah blog yang penting ialah Content.Yup! Content is King!

Akhirnya,
Saya learn something.Tulislah dengan hati.Biar pembaca tahu engkau sedang membimbingnya.Engkau sedang membantunya menjadi lebih baik.InshaAllah.Dan cerita pageviews bertambah ke angka 38 juta ini sebenarnya di luar kesedaran saya.Rasanya setiap hari saya buka dashboard Blogger.Baru malam ini saya perasan, yang angka pageviews Blog sudah berubah.MasyaAllah.Allah mengurniakan kepada saya sesuatu yang saya belum sempat memintanya lagi.Maha baiknya Tuhanku:)

Pencapaian Blog Cik Matahariku Dengan Pageviews 38 Juta- AlHamdulillah:)
Saya pernah berkongsi dengan rakan pembaca Blog akan keaktifan saya dalam bidang Affiliate Marketing.Tahukah anda, sehingga 8 tahun penglibatan saya dalam Blog kecil ini, pendapatan saya dalam berblog sudah pun mencapai 5 angka:) Inilah pasif income yang saya buat sambil-sambil sahaja. Menjadi Affiliate Marketer pula, bukanlah perlu kepada modal atau yuran bulanan atau tahunan yang mahal, malah kebanyakannya saya menjadi Affiliate secara percuma sahaja!Menarik bukan:)

Saya ingin declare di sini, jika anda mempunyai Blog sendiri, mula lah untuk menjadi Affiliate.Sangat mudah dan menyeronokkan.Part time sebagai Affiliate sangat mudah dan tidak membebankan.Engkau hanya perlu menulis atau menyiapkan sebuah artikel tentang Affiliate yang disertai, kongsikan link sendiri dan publish dalam blog.

Cara menulis pula, ikutlah kreativiti.Kalau ko rajin, ko bacalah ayat-ayat ala copywriting yang ditulis oleh banyak ahli Online Marketing. Ambik idea dan promosikan produk digital yang engkau sukai.Kalau malas, ko tepek je banner iklan yang depa bagi dalam blog, kalau ada readers yang berkenan, dia akan klik banner iklan tu.Kalau memang ada rezeki ko, readers akan jadi customer ko pula.heheh.

Pendapatan Adsense sekitar tahun 2018, menjangkau sehingga 4 angka yang lumayan.

 Kelebihan menulis dalam blog yang ramai tidak mahu explore- menulis sambil buat duit memang best dan sangat mudah:)

Prinsip alang-alang menulis, biar sampai dapat duit-bukanlah pegangan saya.Tapi bila ia minat dan passion kita, engkau menulis apa-apapun, dengan niat yang betul, walaupun engkau hanya menulis satu artikel, komisyen akan datang banyak kali dari situ.Itu yang sambil masak atau bangun dari tidur pun ko dapat notifikasi dari email yang memaklumkan ada komisyen yang dikreditkan ke akaun engkau:)-

Notifikasi email tentang komisyen yang diperolehi dari salah satu Affiliate yang disertai

Secara umum, blog bukanlah tapak untuk kita menjadi Jutawan.Tapi tahukah anda, dengan menulis dalam blog, kitalah master mind yang memberi input kepada khalayak pembaca tentang pelbagai perkara.Jika tidak kita yang menulis segala info dalam blog, dari mana kalangan netizen mendapat pelbagai info dan panduan? Meski ada yang menulis di Instagram atau Facebook, menulis dalam blog ada kesistimewaan tersendiri.Menjana pendapatan sampingan dengan berblog memang sangat lumayan:)-dan merupakan pilihan bijak.

Saya dulunya pun tidak terfikir ada rezeki lain yang Allah nak bagi.Saya ingat rezeki saya datang dari pekerjaan saya sahaja.Bila DIA lorongkan saya mengenali dunia Blogger, rupanya Allah ada sediakan rezeki lain untuk saya di sini.Marilah teroka potensi diri dan kelebihan yang korang ada.InshaAllah.Bila kita usahakan, Allah akan tunjukkan jalanNya.aamin.



Post a Comment

2 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!