Welcome April, Please Be Kind To Me :)

As Salam,
Welcome April, Please Be Kind To Me :)- Minggu pertama April di sekolah, kami sudah di senaraikan tarikh-tarikh mesyuarat mengikut unit, belum termasuk lagi senarai tugasan yang perlu dihantar dan disiapkan.Masing-masing memerlukan dateline yang segera!Tambah lagi komitmen yang dituntut daripada kalangan guru dengan pemilihan sekolah sebagai Sekolah Transformasi.Tak tahulah nak pening ke, pitam atau buat-buat relax sambil menaip blog.hahaha.Inilah hakikatnya.

Minggu pertama April, kami rakan guru disekolah menyokong Hari Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April setiap tahun dengan berpakaian biru:) 

Sebenarnya tak tahu nak mula yang mana dulu.Saya pula ada satu peel, kalau banyak tugasan yang perlu disiapkan dalam list, saya pilih untuk buat benda atau kerja yang suka dulu.Macam sekarang ni.Menaip blog, macam dia free sangat, takde kerja nak buat.Padahal, selonggok kerja kena hadap.Bertabahlah Cikgu ya.

 Ini pula tugasan wajib saya sebagai Penyelaras SPBT sekolah, sebanyak 25 buah fail akan diserahkan kepada semua guru kelas bagi menyiapkan pengisian Borang G.

Longgokan fail yang mengandungi Borang SPBT G murid. Sebelum datang dalam bentuk fail yang lengkap ini, ekau tahulah macam mana nak siapkannya ya.haha.Tido selepas kul 12 mlm tu biasa.

Permintaan rakan guru kelas, yang saya tahu mereka banyak bebanan tugas, tahun ini saya usahakan untuk upgrade borang SPBT G Murid,siap dengan nama murid, tarikh dan senarai buku teks.Guru kelas hanya perlu tick buku yang murid terima dan dapatkan sign murid. Kalau ikut Borang yang lama atau asal, borang ini bersaiz A3, dan kosong sahaja.Saya akui cabaran bertugas di mana-mana pun ada, namun bila kita menyukai pekerjaan kita, semuanya kita lakukan dengan happy bukan:)

Welcome April, Please Be Kind To Me :)
Alhamdulillah, tahu-tahu time menaip post ini, sudah pun selesai minggu pertama. Seronok berganda apabila rakan sepengajian dalam KPLI memaklumkan dalam grup wassap kami supaya menyemak markah prestasi atau Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dalam HRMIS.Saya semak pun senyap-senyap dan tak bagitahu kat sesiapapun.Entahlah.Takut karang ada kawan yang kecik hati, tambah lagi kalau markah yang dia dapat tak seperti yang dia jangka.Cuma berkongsi gembira dengan Encik Husband melalui wassap dengan menghantar screenshot. 

Semoga cemerlang di dunia, lebih-lebih lagi cemerlang akhiratnya.aamin:)

Walaupun Encik Suami bertanya, apa yang saya akan dapat dengan status yang diberi? saya sengih je.Dah namanya kerja dengan "Gomen", kita bukan boss kan? kihkih. Yang penting bagi saya kepuasan diri dalam bekerja. AlHamdulillah.

Saya juga tambah bersyukur, bila Guru Besar umumkan penerima APC bagi tahun 2018, saya sudah pun mendapatnya seawal 3 tahun dalam perkhidmatan.Memang tidak dapat saya dustai nikmat ini.Pada saat orang lain mendapatnya pada tahun ke-8 atau tahun ke-10 perkhidmatan, rezeki masing-masing, awal atau lambat, itu semua ketentuan Tuhan.

Semoga Allah terus memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua, dipertingkatkan amalan dan iman, bertambah ilmu, mendapat kesihatan dan dijauhi dari segala penyakit.aamin.

Sampai jumpa lagi:)
Terima kasih menyokong blog kecil saya, semoga mendapat banyak manfaat.

Post a Comment

4 Comments

  1. tahniah menjadi seorang pendidik yang cemerlang.

    ReplyDelete
  2. kadang2 time keje tu nak mai bertimbun memang mai sungguh. time xdee krik krik je hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kann..tapi kalau dah jadi surirumah bekerjaya ni, jarang-jarang takde kerja nak buat..hahaha...

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!