Bacalah Doa Penting ini Jika Malam Itu Anda Bertemu Dengan Malam Al Qadar

As Salam,
Syukur-Kita semakin menghampiri 10 malam terkahir pada Bulan Ramadhan.Sekejapnya masa berlalu.Sungguhlah.Masa itu ibarat pedang.Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita.Allahuakbar.

Saya ingin kongsikan satu doa khusus yang disarankan oleh Baginda Rasulullah SAW jika kita bertemu dengan Malam Lailatul Qadr.Malam yang padanya ganjaran beribadah adalah lebih baik dari malam seribu bulan.



Amalkan Doa khas ini.
Saidina Aishah, ra berkata: Aku pernah bertanya Rasulullah saw:

‘Wahai Rasulullah, jika aku tahu bila malam adalah malam Qadar, apakah yang perlu aku ucapkan semasa doa?’

Baginda berkata:

“Katakanlah: Ya Allah, Engkau adalah Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkan aku. ”

(Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmidzi).

Semoga bermanfaat kepada semua:)

Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!