Pageviews Blog Cik Matahariku Seminggu Ramadhan-Capai 39 Juta PV

As Salam,
Pageviews Blog Cik Matahariku Seminggu Ramadhan-Capai 39 Juta PV-Alhamdulillah.Post kali ini special sempena pageviews blog saya meraih 39 juta PV.Yay!!-Ramai Blogger memang sedia maklum, kehadiran Ramadhan tentunya suatu rahmat buat kita semua yang mempunyai blog sendiri.Kann?Pada tempoh sebulan inilah, kebanyakan blog akan meraih peningkatan traffic yang luar biasa dan kadang-kadang macam tak masuk akal kalau dibandingkan dengan tarffic blog pada hari-hari biasa.haha.

 Pageviews Blog Cik Matahariku Seminggu Ramadhan-Capai 39 Juta PV

Bagi blog kecil saya sendiri, setiap kali Ramadhan, pageviews blog akan meraih jutaan views dalam tempoh sebulan.Serius.heh.

Agak-agaknya kenapa weh? 
Bagi saya secara personal, sejak tahun 2011 berblog, trend peningkatan traffic yang luar biasa pada bulan Ramadhan ada kaitan dengan post-post yang saya publish dalam blog.Tambah lagi jika blog kita berkongsi banyak resepi masakan atau menu berbuka puasa dan bersahur.InshaAllah, blog korang akan menjadi popular sekejap.heh.

Kat bawah ni, saya kongsikan sedikit perbandingan pageviews blog pada 1 ramadhan hingga 7 Ramadhan.Memang ketara peningkatannya bukan? Kalau ikut purata pageviews harian blog saya hanyalah sekitar 25k-30k sehari, tapi menjelang Ramadhan, traffic blog naik sehingga 65k pageviews sehari.

Pageviews Blog Cik Matahariku Seminggu Ramadhan-Capai 39 Juta PV

Selain peningkatan pageviews harian, blog ini juga mencapai pageviews yang ke-39 juta paparan iaitu sejak tahun 2011.Alhamdulillah.Syukur sangat kerana Allah melorongkan saya ke jalan ini dan memberi kejayaan yang bukan sedikit.Meskipun saya bukan kalangan blogger femes amous yang mempunyai ramai pengikut, saya tetap happy dan tahu bahawa content blog dan apa yang saya kongsikan kepada readers mencapai target dan sasaran.

Menulis bagi saya satu kecintaan yang tidak dapat dipisahkan dari dalam diri saya.Ceh gitu:)-Bila masa berlalu, dan skill memasak saya "kelihatannya" semakin baik berbanding 10 tahun lalu, saya jadi suka berkongsi menu dan resepi masakan saya dalam blog ini.Ditambah pula dengan sokongan secara tak langsung Encik Suami dan anak-anak yang sporting selalu memberi komen terhadap masakan saya.

Pengalaman Blog Cik Matahariku mendapat pageviews sekitar 1.8 juta dalam tempoh sebulan pada bulan Ramadhan.

Blog menjadi medium  bagi saya memberi nilai tambah kepada hidup orang lain.Mudah-mudahan begitulah hendaknya.aamiin.

Satu lagi, blog juga tak akan ke mana kalau kita update dan biarkan tanpa informasi atau story baru yang dikongsikan kepada readers.Saya tahu ada kalangan Blogger yang saya follow blog mereka, ramai yang sudah tidak aktif.Mungkin ada kekangan atau sudah beralih ke media sosial yang lain.Bagi saya, blog tetap yang terbaik dan sangat luas peluangnya untuk memberi manfaat kepada semua pembaca.

Blog saya asalnya blog personal yang saya mahu kongsikan pendapat, pandangan dan luahan hati saya kepada pembaca, tapi lama-kelamaan saya dapati Blogger yang menulis sambil memasak lebih menarik dan membantu lebih ramai kalangan pembaca yang bergelar suri rumah atau wanita yang baru berkahwin dan mahu belajar memasak.

Cara memasak dan menyediakan Ikan tilapia masak lomak cili api-antara resepi yang saya kongsikan step by step langkah menyediakannya:)

Ini pula langkah menyediakan agar-agar santan pandan dengan perkongsian tips membuat dua lapisan agar-agar pandan yang cantik.

Sebab saya juga begitu asalnya dahulu.Lepas kahwin baru gigih nak belajar dan pertingkatkan kualiti masakan.Sampai bila kita nak hidangkan makanan yang sama kepada suami dan anak-anak kann? Berkat tunjuk ajar suami, mak dan mak mertua, saya lebih yakin memasak pada hari ini dan happy kalau dapat masak untuk orang lain.InshaAllah.

Step by step membuat kek coklat kukus yang moist juga ada saya kongsikan dalam blog dan meraih views sehingga jutaan pv sejak dipublish dalam blog.

 Ada juga tips masak ikan patin tempoyak asli Temerloh yang saya kongsikan dalam blog cara step by step menyediakannya

Semasa mula-mula saya publish post ini, saya dapati terlalu banyak artikel dan gambar yang berkaitan dengan ikan patin tempoyak asli di Google, tapi saya usahakan juga untuk publish entri ini dan terkini post saya ini telah berjaya berada dalam rangking ke-3 halaman pertama di enjin carian Google-Sekali lagi saya percaya real content is king.InshaAllah, semuanya dari DIA:)

Doakan kesihatan saya sekeluarga berpanjangan, dilimpahkan rezeki dan kejayaan dalam setiap urusan yang kami sedang jalankan.Semoga Ramadhan kali ini kita dapat memberikan amalan dan penghijrahan terbaik dari kita kepadaNya Yang Maha pengasih dan Maha Penyayang:)



Post a Comment

6 Comments

  1. mak aiii....tahniahhhh cik matahariku! ramai benar cari resepi sepanjang bulan Ramadhan kan!

    ReplyDelete
  2. wow tahniahh.. penangan ramadan semua blogger dok cakap pasal pv,, alhamdulillah.. inspiring sungguh blog cik matahariku ni..

    ReplyDelete
  3. Wahhh takut tgk nombor tu byk sgt hehehe...rezeki ramadan ni..teruskan sharing good info cik

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!