Blog Cik Matahariku Capai 2 Million Views Sebulan Puasa

As Salam,
Pageviews Blog Capai 2 Million Views Sepanjang Ramadhan 1440H/ 2019-Ini Baru Raya!-Hi there!Alhamdulillah.Beraya betul Blog saya sepanjang Ramadhan-Syawal tahun ini.Kalau ikut sejarah blog, inilah views tertinggi  bulan Ramadhan yang dicapai sejak saya berblog pada tahun 2011.Hampir 8 tahun juga saya meminjam title Blogger Part Time.Segan jugak nak mengaku Blogger bila ada teman-teman satu sekolah yang kebetulan bertemu blog saya di maya dan ingin mengesahkan benarkah itu Blog saya?haha.Den pasrah je.


Printscreen 41 juta Pageviews, at the sama time views untuk bulan Mei-Jun capai 2.3 milion:)

Saya tak tahu Blogger lain, tapi kalau saya secara personal, kalau boleh taknak ada orang yang kenal kita dan tahu kita ada blog.Punyalah nak berahsia bagai kan.

Pageviews Blog Capai 2 Million Views Sepanjang Ramadhan 1440H/ 2019-Ini Baru Raya!
Sebenarnya nak cerita pasal ni.Blog saya capai 2 million ( atau dalam melayunya kita sebut juta).Nak jugak sebut million tu.haha.Bagi seorang Blogger yang hobinya menulis dan berkongsi cerita hidupnya, memang happy bila views blog kita meningkat dengan banyak.

Teringin jugak nak tahu, apalah yang readers atau pelawat ini cari di blog saya kan.Kalau berdasarkan post yang saya publish, kebanyakannya adalah artikel berkaitan resepi.Sebenarnya bukan blog saya sahaja yang rajin berkongsi resepi, malah banyak lagi blog dan website yang lebih popular turut berkongsi resepi yang sama.

Cuma sedikit bezanya, saya suka kongsi resepi yang memang saya dah berjaya cuba.Jadi, sebagai readers, saya buat andaian dengan kongsi resepi yang saya sendiri dah berjaya cuba, pembaca akan lebih yakin dan puas hati untuk mengikuti resepi yang dikongsikan.Apa pendapat anda?

Tips Meningkatkan Bilangan Traffic Blog Pada Bulan Ramadhan
Berdasarkan pengalaman saya, bulan puasa atau bulan Ramadhan merupakan tempoh atau fasa di mana blog kita akan mencapai peningkatan traffic yang lebih tinggi dan berbeza berbanding pada bulan lain, Jadi ini lah masanya kita buat strategi untuk pastikan blog kita update dan releven untuk dikunjungi ramai pembaca.

Tips ni saya ada kongsi sebelum ni, tapi kali ini saya kongsi lagi sekali sebab saya tahu saya ada new readers yang baru kenal blog saya :)-Kalau nak baca link yang asal, ada di sini : Blog Cik Matahariku Capai 40 juta views-


Mudahnya buat kek pisang yang moist dan gebus:) resepi kek pisang moist memang banyak yang kita boleh jumpa dalam internet, tapi sebagai Blogger, kita harus cari sebab unik dan  menarik supaya readers mahu mencuba dan percaya dengan resepi yang kita kongsikan dalam blog:)

Perhatikan tajuk yang saya pilih untuk resepi kek pisang moist di blog saya:)

Orait, Jom saya kongsikan berdasarkan pengalaman peribadi menulis di blog sendiri.
  1. Publish post yang ada content berkaitan bulan Ramadhan bukanlah pada bulan Ramadhan sahaja, adalah lebih baik kalau post berkaitan sudah anda publish sejak 3 bulan lepas atau setahun lepas.haha.Ini memang real.Google search akan ambil masa untuk jejak artikel yang ada dalam enjin carian dia.At least kalau kita nak artikel kita berada pada first page enjin carian, atau lebih mantap lagi  berada pada kedudukan top three rangking, ia bergantung juga pada bilangan views artikel tersebut. Kalau kebetulan artikel banyak dapat sharing, lagi mudah ia berada pada rangking first enjin carian.Aspek keoriginalan content juga diambil kira.Elakkan copy paste.
  2. Dalam kebanyakan post, publish entry dengan tulisan dan idea sendiri, ditambah juga dengan gambar-gambar yang saya edit dan ambil dengan kamera sendiri.Sebab tu saya cadangkan, kalau rasa nak ambik gambar dari image google pun, cubalah taip story sendiri.
  3. Bulan Ramadhan, kebanyakan readers memang akan cari resepi makanan.Believe me.Entah.Macamlah depa ni baru nak masak setahun sekali kan.ahaks. Tapi itulah realitinya.Nak tak nak, sejak bulan Zulhijjah lagi, korang dah kena rancang entri masakan atau resepi yang simple, tapi best dan confirm sedap tau.haha.Gambar pulak kena cantik tau.Jangan kelam, blur atau kecik sangat.
  4. Tulislah entry yang bersifat evergreen.Maksudnya, kalau korang cakap pasal topik tersebut atau kongsi info tentang topik itu, tak kira bulan Ramadhan atau Muharam sekalipun, readers akan sentiasa cari info tersebut.Jika di blog sendiri, saya pilih untuk kongsi resepi yang orang tak akan cari pada bulan Ramadhan sahaja, bulan lain pun orang nak tahu dan nak belajar cara buat atau masak resepi hidangan tersebut.( Sila rujuk pic yang saya kongsi di atas)
  5. Part last ni, mesti korang lemah sikit nak buat kot.Pastikan artikel atau post yang korang publish tu at least panjangnya sekitar 300 patah perkataan.Ko sanggup?kihkih.Korang nak tahu kenapa? Robot enjin carian Google suka kalau artikel ko tu panjang berjela.Sungguh.Walaupun kau cuma cerita cara nak buat sambal belacan.Trust me.
Thanks reading this entry:)

Post a Comment

8 Comments

  1. Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih WP,biasa-biasa je sebenarnya..just share untuk motivate diri sendiri dlm berblog n inspire others:)

      Delete
  2. Replies
    1. kann..kalau convert tu RM, Best jugak ni..kiki..

      Delete
  3. Blogger heabt. Pageviews biasanya merudum waktu bulan puasa, apatah lagi masa raya. Tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi blog saya, pv paling top time bulan puasa, bulan lain average 30k-40k sahaja..terima kasih singgah sini:)

      Delete
  4. Tahniah ckgu teruskan berblog..mmg betul, sy buat blog tp mmg xnak org terdekat tahu kita ada blog hehe sbb tu pakai nama samaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih singgah sini..owhh..ada juga Blogger yang macam saya, buat blog tapi tak mahu rakan terdekat atau orang yang dikenali tahu kita ada blog sendiri..kihkih..

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!