Salam Aidilfitri Daripada Cik Matahariku Sekeluarga :)

As Salam,
Haih.Seronoknya beraya.Tahu-tahu sudah 7 hari kita meraikan syawal yang penuh bahagia.Tengok jam pun dah dekat 10.00 malam.Inilah kesempatan yang ada untuk saya ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua rakan-rakan yang mengenali atau rakan pembaca yang mengikuti perkembangan Blog Cik Matahariku di alam maya.

Antara potret family yang sedikit proper yang sempat kami ambil pada pagi raya pertama.
Tu pun si Rayyan yang kecik tak mahu pakai songkok. Masa ni dia dah mintak tukar baju melayu tu.huhu.sabar sahajalah nak oi.

Raya tahun ni, turn beraya di kampung saya.Bolehlah kerek sikit dengan Encik Suami gitu.haha.Kalau turn beraya di kampung suami, dia akan sakat saya dan konon-konon tak mahu bawa saya beraya di Kota Tinggi.Sabar sajalah!huh.

Masa ni tengah kemaruk bergambar sambil tunggu ahli keluarga lain bersiap untuk ke marhaban.

Tradisi beraya di Kota Tinggi, kampung saya tidaklah kampung sangat sebab mak abah saya peneroka Felda, jadi setiap kali selepas solat raya, ahli dalam blok di rumah mak saya akan buat marhaban dari rumah ke rumah.Tapi tidaklah macam dulu-dulu.Kali ni hanya buat marhaban ke tiga buah rumah sahaja.Tu pun den tak larat dah.

Yang seronoknya sebab setahun atau dua tahun sekali akan jumpa rakan-rakan sebaya satu felda.Masa inilah ambik masa untuk bertanya khabar dan bersembang.

Kami tak merancang pun nak pilih colour koko atau coklat untuk theme pakaian raya kami sekeluarga, tapi bila si Ayah dah berkenan dengan "harga baju melayu" dan colour tu, terpaksalah kami yang team pompuan cari baju kurung yang hampir sama colour.Tapi memang susah nak jumpa yang dapat colour sama.Sudahnya, saya cadangkan kami mix and match colour yang masuk dengan warna koko ni.Okey kot kuning jagung dengan warna koko ni kann.heheh.

Bersama mak tersayang:) masa ni geng lelaki belum balik solat raya.Kami geng pompuan posing dulu.

sayangg ayahh:)

One with my kids:) Kenapa entah masa ni mama tak pandang kamera eh? Ayah memang suka ambik gambar candid family.huhai.

Alhamdulillah, buat masa ini, ini sahajalah yang sempat saya kongsikan buat tatapan readers blog.Banyak kerja nak siapkan tapi mata dah mengantuk.huhu.Banyak juga koleksi gambar raya yang nak saya kongsikan kat sini, inshaAllah saya usahakan pada lain masa.

Akhir kata, saya ambil kesempatan ini untuk mohon maaf zahir dan batin kepada pembaca blog yang mengenali atau tidak mengenali saya, kot ada tulisan dan catatan saya dalam blog kecil ini yang menyinggung perasaan atau ada gambar-gambar yang saya kongsikan dalam blog tanpa izin tuan badan, atau apa-apa sahaja, untuk semuanya itu saya mohon kemaafan dari anda semua.

ucapan yang sebaiknya kita lafazkan apabila bertemu sahabat handai dan sanak saudara tatkala berhari raya.semoga dipermudahkan kita untuk mengamalkannya:)

Saya mendoakan kebaikan dan manfaat yang besar buat kalian pembaca setia blog ini dan semoga sudi juga mendoakan kesejahteraan saya sekeluarga agar diberi kekuatan Iman dan Taqwa dalam menunaikan perintahNya dan menjauhi semua laranganNya.aamin.

InshaAllah, bertemu lain di lain kesempatan:)
Salam AidilFitri
Minnal Aidil wal faizin




Post a Comment

6 Comments

  1. selamat hari raya cik matahari! maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm sis, selamat hari raya juga:) minnal aidil wal faizin

      Delete
  2. Replies
    1. salam Lebaran, terima kasih singgah blog kecil ni..:)

      Delete
  3. Salam aidilfitri cikmatahari..terus berkongsi ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam syawal Cikgu Zim, terima kasih singgah sini:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!