Team Raya Johor : Moment Syawal Kami Sekeluarga

As Salam,
Team Raya Johor : Moment Syawal Kami Sekeluarga-Tak habis lagi story mory pasal raya kan.haha.Saya pula, memang dah set kat mind nak share moment kami sekeluarga berhari raya.Orang kata, raya tu jadi hari yang special sebab moment yang kita cipta bersama.Kenangan pakai baju baru, sedondon, makan hidangan raya, solat sunat Aidilfitri di masjid bersama ibu bapa dan banyak lagi.Kalau budak-budak beraya lagilah depa suka, dapat duit raya lagi kann.

Geng bapak dan anak beraya.Teringat kalau ada situasi tertentu, saya akan cakap kat boys 2 ketul ni, lelaki ikut ayah, pompuan ikut mama. Saya mengelat, sebab anak pompuan semua dah besar, anak lelaki masih harap kat ayah.kihkih.

semoga hero-hero mama ni akan dewasa sebagai body guard mama ya..:)

Team Raya Johor : Moment Syawal Kami Sekeluarga
Raya tahun ini sedikit istimewa bagi saya sebab jarang-jarang giliran raya saya di Kota Tinggi akan bertemu dengan Kak Ateh dan Kak Ngah saya.Sepatutnya tahun ini saya akan bersama beraya dengan Adik perempuan saya yang menetap di Shah Alam.Dia ni memang tak buat giliran raya,Senang cakap setiap kali raya Aidilfitri, dia memang akan beraya di Kota Tinggi.Cuma tahun ini, adik saya diuji dengan masalah kesihatan suaminya, jadi dia sekeluarga hanya beraya bersama keluarga mertua di Shah Alam.

 sempat jugak kami posing pagi raya pertama sebelum bergerak ke aktiviti marhaban. Belakang sekali baju biru tu Kak Ngah saya, baju coklat tu pulak kembar saya (kiki), Kak Ateh dan tudung hitam tu pula Mak Long atau Kak Long saya ( wife Abang Long saya).

Macam-macam style hado, siapa lagi kalau bukan ikut style photographernya Encik Suami I, kite orang pasrah jelah.

Ibu saya pula, awal-awal sebelum puasa lagi dah bertanya, saya akan beraya di mana tahun ini? saya katakan, giliran saya beraya di kampung Tunggal ( kampung saya).Nampak cerah muka ibu saya bila mendengarnya, sebab dia tahu, anak pompuan dia yang lagi sorang memang tak dapat nak beraya bersama kali ini.Kakak dan abang pula masing-masing giliran dirumah mertua.

 team girls dari nenek, mak-mak kawasan sampailah sepupu sepapat.Ini grup anak-anak pompuan saya, Kak Ngah, Kak Ateh dan Pak Long


Orang yang sama tapi angle gambar dari arah yang berlainan.Biasalah kena ikut photographer yang tak berapa bertauliah tu.heh.

 Keluarga besar kami, tapi masih tak complete sebab Kak Uda, Adik Riza dan Adik Zack masing-masing beraya di rumah sebelah mertua.

acara wajib dipagi raya, bersalaman dan bermaafan sesama ahli keluarga dan bersama ibu tercinta.
 
Dah panas pun masih nak bergambar satu family, muka pun semua tak ready.

Jadi, bila tahu, Kak Ateh dan Kak Ngah saya tukar giliran beraya tahun ini, seronok tak terkata rasanya.haha.Lagipun, taklah saya sensorang nanti nak siapkan segala mak nenek hidangan pagi raya.Banyak kot menu yang ibu saya dah listkan untuk dimasak bagi tujuan munjung kepada jiran tetangga.

Part paling seronok, dapat masak bersama Kak Ateh dan Kak Ngah saya, chef-chef terkemuka di dapur bila kami adik beradik pulang ke kampung bersama.

 with my mak yang tersayang, usia mak dah masuk 70-an, tapi masih sihat cuma ada sedikit masalah lutut, tak boleh berjalan jauh.Alhamdulillah, semoga Allah lindungi dan rahmati ibuku sepanjang hayatnya.aamiin.

 selfie selpot dengan Encik  Abang. Mintak maaf tak lagi nih, tapi sibuk ngajak selfie kemain.

 
Antara hidangan wajib di pagi raya geng raya Johor.Rasanya kalau orang Johor beraya, ketupat nasi atau nasi himpit memang wajib ada selain kuah lodeh, kuah kacang, sambal goreng, ayam masak kicap, rendang daging dan sambal belacan..eh, yang ni bukan.haha.

 walaweh.gemuks-gemuks pulak hasil ketupat nasi kite orang ni.

 kreatif betul mak saya, siap gantung ketupat yang baru diangkat dari rebusan.Tapi sejak bertahun-tahun dulu, memang ,acam nilah style mak saya kalau gantung ketupat yang dah siap rebus.Asalnya nak toskan air dan bagi kering ketupat supaya tahan lama.

 Kak Ateh saya, sibuk memasak Serunding kelapa.Feveret saya ni tau:)

Anak menantu dan mak mertua:) 

Dah namanya Blog Personal kita kan, kita pun buatlah story mory raya pasal family kita je.haha.InshaAllah, kalau umur panjang, nanti saya story mory pula giliran beraya di Muo, Johor.

Thanks reading this entry! sampai jumpa lagi.

Post a Comment

2 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!