Welcome My New Visitor Blog And Thanks My Returning Visitor :)-

As Salam,
Welcome My New Visitor Blog And Thanks My Returning Visitor :)-Hi there.Masih mood raya barangkali korang kan.same here.hehe.Alhamdulillah.Tatkala saya menaip post ini, kita sudah berada pada 25 syawal, dan pada kesempatan ini saya ingin meraikan kalangan new visitor blog ini dengan mengucapkan salam Aidilfitri, semoga perkenalan dan pertemuan anda dengan Blog Cik Matahariku memberikan nilai tambah dalam hidup korang dan dapat dimanfaatkan ke jalan yang betul.Ceh gitu.

Saya agak new visitor blog ini datang time bulan puasa hari tu.Depa dok cari resepi kuih raya kot.Alhamdulillah,Sebab dari Google Anlytics, top landing page di blog saya kebanyakannya post pasal resepi dan cara buat kek.

Sebenarnya, baru-baru ini saya tergerak hati untuk meninjau overview Blog ini melalui Google Analytic.Macam mana nak dapat benda ni semua? sebagai Blogger korang bolehlah sign up dan dapatkan id untuk dimasukkan dalam blog.Dari situ, Google Analytic dapat analisa dan buat overview secara detail tentang keseluruhan blog kita dari aspek user, pageviews, audience, bounce rate dan banyak lagilah.

Pendaftaran Google Analytics
Sumber :Coewebs.com

So macamana nak mula?

Pendaftaran hendaklah menggunakan akaun Google atau Gmail

2. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti Nama Akaun, nama Website dan URL website.
Pastikan anda memilih Malaysia di dalam ruangan Reporting Time Zone supaya laporan analisa berdasarkan mengikut waktu malaysia.

3. Klik pada butang "Get Tracking ID"

4. Klik pada "I accept" dalam erti kata lain anda menerima terma Google
Anda akan dibawa ke Page yang mempunyai Tracking ID

5. Select dan Copy (Ctrl+C) Tracking ID yang terhasil.

Welcome My New Visitor Blog And Thanks My Returning Visitor :)-
Dari Google Analytics inilah saya dapat mengetahui akan bilangan new visitor dan returning visitor yang datang ke Blog Cik Matahariku. Ia bantu kita tahu akan perkembangan sebenar prestasi blog.Kalau korang jenis Blogger yang ambik job buat review atau offer iklan dalam blog, benda-benda macam ini boleh digunakan untuk dikongsikan kepada client supaya depa lebih confident nak offer job kat korang.

Tak sangka jugak, bila tengok pageviews untuk sepanjang Jun 2019 ni boleh capai sehingga 305 565-ratus ribu pageviews ni pada waktu musim raya, kira boleh tahan jugaklah ni kan.kihkih.Alhamdulillah.Rasa nak hugs korang yang jadi readers blog ni tau.

Returning Visitor-I owe u alls
Ingat lagi masa mula-mula buat blog.Hari-hari, malah bukan takat hari-hari, kadang tiap 5 jam sekali dok tengok pageviews blog sendiri.sedih tau!Entah ada orang baca atau lawat blog kita ke idak kan.Tapi tulah.Perasaan teruja dan excited tu lain macam bila PV blog semakin hari baik semakin meningkat.

Ada tak kalangan korang yang start baca dan jumpa blog ni sejak 8 tahun lepas? Pada masa blog kita semakin maju (kononnyalah kann.korang iyakan jelah.muehee.) Ada jugak rakan sesama blogger yang dah hilang dari radar.Blog dah tak aktif dan bersawang.Mungkin juga depa ni dah aktif kat media sosial yang lain.Bagi saya pula, keistimewaan blog ni memang tidak setanding dengan FB, Instagram atau yang lain-lain.Pada sayalah.

smart blogger-akan fikir cara untuk maksimumkan potensi blog dengan buat pasif income.Kena ambil peluang sementara ada kesempatan.

Lain Blogger lain minat dan tujuannya berblog.Bagi saya pula, asalkan apa yang kita kongsikan dalam mana-mana sosial media, janganlah sampai ianya membuatkan hidup kita jadi terkurang kat mana-mana.Biar apa yang kita share, tulis atau maklumkan itu dapat menjadikan followers kita atau readers kita akhirnya dapat kenal Tuhan, dapat lebih dekat dengan Allah dan lebih baik dari sebelumnya.InshaAllah.Kalau fokus kita ke situ, Allah akan mudahkan dan lorongkan penulisan kita juga ke situ.

Tak kisahlah apa pun topik yang korang story dalam blog, hujung daripada matlamat kita tu, readers dapat something new atau something good.Itu sahaja.Yelah kan, kalau macam saya ni, tiap hari nak bagi sedekah seringgit pun kadang tak boleh nak buat istiqamah, bila dapat tulis blog dan share dengan korang walaupun pasal Google Analytics ni, harap dapat tambah pengetahuan korang tentang ilmu blogging.Tak gitu.Terimalah ini semua sebagai jariah saya ya!

Orait, thanks for reading this entry guys! Hope July coming with wonderful and colourful life:)



Post a Comment

0 Comments