Cari Tempat Makan Best, Sedap dan Murah di SAJI.MY

As Salam,
Cari Tempat Makan Best, Sedap dan Murah di Saji.my-Hi! Pernah tak korang rasa stress atau pening time pi travel sebab tak jumpa atau tak tahu kat mana nak cari port makan yang best, sedap dan murah ? Udah, jangan pening-pening lagi.Saya dah jumpa satu laman web best yang boleh bantu dan guide kita nak tahu kat mana tempat-tempat makan yang sedap dan best kat Malaysia ni.

Laman web saji.my antara laman web terbaik, lengkap, terkini dan memaparkan pelbagai tempat makanan yang sedap dengan senarai menu makanan menarik mengikut negeri-negeri di Malaysia.

Ulang sekali lagi, kat Malaysia hokey! Kalau ikutkan memang melambak je laman web yang boleh kita jumpa yang kongsi pelbagai tempat makanan yang menarik kat Malaysia ni, tapi itu tak sama dengan Saji.my yang ingin saya kongsikan ini.

Satu sebab kenapa saya suka cari tempat makan best di saji.my ialah rekabentuk laman web ini yang simple yang membuatkan kita mudah nak dapatkan info, gambar yang jelas dan menarik dan pastinya mudah diakses! Dengan satu page sahaja, kita boleh klik mana-mana tempat yang kita sedang bercuti atau travel untuk dapatkan maklumat tempat makan yang sedap dengan harga yang berbaloi.

Mudahnya Dapat maklumat Tentang Tempat Makan Yang Sedap, best dan harga berbaloi di saji.my
Orait, sebenarnya dalam zaman serba pantas ini, kebanyakan daripada kita memang dah tak rajin nak buang masa dengan duduk mengadap phone semata-mata nak cari review tempat makanan best yang ada kat Malaysia ni, ada sesetengah review hanya kongsi tempat makanan sedap atau best di lokasi tertentu sahaja, tapi apabila kita lawat page saji.my kita tak payah risau nak klik another website sebab di saji.my semua tempat makan sedap, best dengan harga berbaloi yang ada di Malaysia, semuanya ada! 

Nampak tak tu, pilihan menu negeri, untuk korang klik sendiri nak cari port makan best ikut negeri yang kita nak pi travel atau bercuti.Best bukan ? Macam saya, sejak dah bermastautin kat Negeri Pasir Berdengung ni (haha), maka haruslah saya tahu kat mana tempat makan sedap dan harga berbaloi.Manalah tahu, ada saudara mara atau sahabat handai yang nak datang bercuti ke Negeri Sembilan, senang saya nak bawak depa pi makan-makan:)

Tengok ni.Bila kita klik menu Negeri Sembilan, di saji.my kita akan disajikan bukan hanya dengan satu lokasi, tapi pelbagai lokasi yang mempunyai port makan sedap, sama ada di restoran, pelbagai kedai makan dan warung dan banyak lagilah.

Sebut sahaja Negeri Sembilan, mesti korang akan teringat pantainya yang bersih dan keenakan hidangan orang nogori yang tiada tandingan.Ceh gitu.Bagi saya, sejak hampir dua tahun menetap di sini, memang banyak tempat makan best yang korang patut pergi dan cuba sendiri.Kat saji.my, depa ada kongsi jugak senarai makanan tradisional sesebuah negeri, jadi kalau korang jenis food hunter, memang sangat mudah nak dapat segala info tentang makanan tradisional di mana-mana lokasi, hanya dengan klik saji.my:)

kadang-kadang bila pi travel, kita bukan tahu sangat tentang satu-satu tempat, inikan pula jenis makanan yang rare atau popular kat tempat tersebut, jadi alang-alang kita dah sampai satu-satu lokasi misalnya, bagus jugak ada saji.my yang bagi kita info apa yang patut kita cuba bila di lokasi tersebut.Bab ini memang saya tabik spring kat team saji.my sebab mudahkan hidup kita:)

Seperkara yang menarik juga tentang page saji.my ialah depa turut kongsikan video tempat makan sedap dan best yang team saji.my dah terjah.Rasa-rasa korang boleh tahan tak kalau depa dok pakat tayang makanan yang sedap-sedap dalam video tu? haha.

Nah, tengok pulak video tempat makan best yang team saji.my dah terjah.Memang mantap dan terbaik.

Orait, senang cakap segala keseronokan pi bercuti ni jadi berganda bila ada saji.my:) Kalau korang dah sampai Negeri Sembilan, jangan lupa cari Tempoyak Daun kayu selain rendang maman, masak lomak cili padi, itik salai masak lomak cili api, dan banyak lagilah.

Jangan lupa klik saji.my dan subscribe page depa untuk dapatkan lebih banyak info tentang lokasi makan sedap, best dengan harga berbaloi dan memuaskan.

Thanks reading this entry:) Keep reading guys!



Post a Comment

5 Comments

  1. Kalau macam tu senang la nak cari lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, website saji.my ni mudah akses dan lagi memudahkan kita semua..yaay!

      Delete
  2. senang bila ada panduan mcm gini.. anyway sis datang sini balas kunjungan... terima kasih sudi hulur salam di blog sis... done followback =D Nnti ada masa InshaAllah sis dtang lg ye

    ReplyDelete
  3. Artikel ini sangat bagus dan juga memberi manfaat. Keep it up!

    Kursus Pengendalian makanan

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!